You are currently viewing Apa itu Cryptocurrency

Apa itu Cryptocurrency

Cryptocurrency atau sesetengah orang panggil sebagai crypto, adalah duit digital yang di kawal oleh teknologi blockchain(kita akan belajar lagi tentang blockchain kemudian). Cryptocurrency adalah “decentralized” yang bermaksud tiada individu, syarikat atau kerajaan yang menggawalnya.

Mata wang crypto ini tidak mudah untuk di tipu atau membuat transaksi palsu kerana ianya dijamin dengan kriptografi. Kriptografi dalam bahasa mudah ianya adalah teknik untuk komunikasi selamat yang hanya membolehkan pengirim dan penerima mesej sahaja untuk melihat kandungannya.

Cuma daripada hantar mesej, apa yang kriptografi buat untuk cryptocurrency adalah mereka memastikan rekod transaksi yang selamat, halang penciptaan duit baru dan juga mengesahkan transaksi.

Jika anda masih keliru jangan risau, saya pasti anda akan lagi paham apabila kita masuk ke topik blockchain.

Sejarah Cryptocurrency

Ok sebelum kita pergi ke teknologi blockchain kita perlu tahu dahulu sejarah macam mana datangnya idea untuk membuat duit digital ini.

Ramai orang sangkakan bahawa bitcoin adalah duit digital yang pertama, sebenarnya terdapat duit digital yang lebih awal lagi daripada itu ianya seawal 1993 yang dipanggil sebagai DigiCash kemudian ditukar ke eCash.

eCash ini dicipta oleh David Chaum seorang pakar kriptografi di Amarika. Pada tahun 1983 David telah publish sebuah kertas menunjukan ideanya untuk mencipta duit digital.

Konsep eCash adalah untuk membenarkan orang ramai simpan duit di dalam komputer mereka dan pengguna boleh guna wang digital tersebut di mana-mana kedai yang menerima eCash daripada guna kaedah pembayaran seperti kad kredit dimana ketika waktu itu ada masalah seperti keselamatan transaksi dan caj bayaran tinggi, yang boleh diselesaikan oleh eCash.

Jadi apa terjadi kepada eCash?

Pada pendapat saya mereka terlalu awal di dalam perjalanan mereka kerana pada zaman itu tidak ramai orang memiliki komputer kerana harga sebuah komputer pada zaman itu masih mahal.

Walaupun mereka dapat kumpul dana sebanyak $10 Juta dollar daripada pelabur, tetapi mereka gagal untuk kekal beroperasi dan tidak lama kemudian mereka kehabisan duit dan syarikat tersebut istihar muflis.

Satu lagi isu ketika itu kerajaan Amarika anggap apa yang David Chaum cuba lakukan sebagai ancaman buat mereka.

Ada juga sebuah cerita dimana Bill Gates ye pencipta MICROSOFT itu ada menawarkan sebanyak $100 Juta USD untuk beli syarikat tersebut daripada David Chaum, tetapi beliau menolak tawaran tersebut.

Pada sekitar hujung tahun 2008 selepas krisis kewangan berlaku terdapat sebuah kertas telah diterbitkan dan kertas tersebut menerangkan konsep cryptocurrency Bitcoin yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto. Tiada siapa tahu siapa sebenarnya Satoshi Nakamoto ini ada yang mengatakan ianya sebenarnya sekumpulan programmer ada yang kata ianya hanya seorang individu.

Tapi apa-apa pun memang tiada siapa kenal siapa beliau yang sebenarnya kerana beliau merahsiakan identiti mungkin sebab takut diburu oleh kerajaan seperti apa yang berlaku kepada David Chaum. Terdapat juga beberapa teori yang mengatakan sesetengah individu tersebut adalah Satoshi tetapi sehingga sekarang tiada bukti yang kukuh.

Satoshi Nakamoto juga dikenali sebagai pemegang Bitcoin terbesar, sebanyak 1 Juta bitcoin, ketika sedang menulis ini ianya bernilai sekitar $30 Billion USD.

Tetapi “rekod menunjukan beliau langsung tidak gerakan bitcoin tersebut daripada wallet peribadinya, maksud beliau tidak ada membuat sebarang transaksi sehingga sekarang.

Mungkin sebab beliau telah hilang kunci peribadi untuk masuk ke crypto wallet tersebut atau mungkin beliau memang tidak minat dengan duit dan hanya mahu ubah cara sistem kewangan berfungsi tiada siapa tahu niat sebenarnya.