Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Sekarang ini anda mesti sudah tahu apa itu blockchain, mari lihat pula cara blockchain beroperasi. Terdapat 2 blockchain yang kita akan lihat proof of work dan proof of stake(dua ini anda akan paling kerap dengar).
Apa itu proof of work(PoW)
Kita mula dengan proof of work. Proof of work atau nama pendek PoW adalah jenis blockchain yang digunakan oleh bitcoin.
Konsep proof of work ini diperkenalkan pada tahun 1993 untuk cegah email spam. Tetapi ianya tidak diketahui sangat sehingga Satoshi Nakamoto gunakan konsep proof of work untuk mencipta bitcoin.
Cara PoW ini beroperasi adalah dengan miner perlu selesaikan kiraan matematik untuk mendapat ganjaran, seperti apa yang kita sudah belajar di topik mining sebelum ini.
Dalam proof of work, mining ini seperti siapa yang cepat dia dapat. Maksudnya siapa yang terawal untuk selesaikan kiraan matematik dan sahkan transaksi block tersebut dia dapat ganjaran.
Sebab itu miner yang mempunyai sumber komputer yang banyak biasanya ada kelebihan yang lebih tinggi berbanding miner kecilan.
Gambar di atas adalah salah satu mining farm terbesar di dunia. Jadi kemungkinan untuk mereka akan dapat ganjaran mining itu lebih tinggi berbanding miner lain.
Proof of work menggunakan sumber kuasa komputer yang sangat banyak, ianya dianggarkan bitcoin mining guna eletrik sebanyak 54 TWh.
Kalau anda tidak pasti berapa banyak eletrik, dengan 54 TWh kita sudah mampu untuk bekalkan tenaga untuk seluruh negara New Zealand.
Sebab itu ramai miner kecilan selalu sertai mining pool untuk naikkan kemungkinan untuk mereka mendapat ganjaran mining block yang seterusnya.
Tetapi jika mining pool tersebut menjadi terlalu besar contoh lebih daripada 50% miner bergabung dalam satu pool, terdapat risiko untuk berlakunya 51% attack.