Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Apa itu Proof Of Stake
Proof of stake atau PoS agak berbeza sedikit berbanding Proof of work(PoW). Perbezaan mereka adalah dari segi protokol kelas mekanisme.
Jika protokol PoW ianya bergantung kepada siapa yang mempunyai kuasa komputer hash yang paling banyak mempunyai kemungkinan paling tinggi untuk terima ganjaran mining.
Untuk proof of stake pula mereka berbeza sedikit, mereka tidak terima ganjaran dari block mining tetapi mereka akan terima ganjaran daripada caj bayaran(fee).
Macam Proof of work blockchain ia bergantung kepada kuasa komputer untuk dapat kemungkinan yang tinggi daripada ganjaran mining.
Tetapi untuk proof of stake ia bergantung kepada berapa banyak pegangan(stake) yang mereka ada.
Contoh katakan ada coin crypto nama WiraTrader yang gunakan konsep proof of stake dan untuk kita sertai network blockchain coin WiraTrader kita tidak perlu ada komputer yang kuat tetapi kita perlu ada “stake” yang kita perlu letak untuk sertai network blockchain tersebut.
Dalam contoh ini kita perlu ada letak sejumlah coin WiraTrader ke dalam akaun sebagai cagaran. Lagi banyak coin yang kita ada lagi tinggi kemungkinan untuk kita dapat ganjaran.
Seperti yang saya katakan tadi ganjaran untuk PoS adalah dalam bentuk Fee, katakan ketika itu terdapat banyak transaksi yang berlaku di dalam rangkaian, jadi lagi tinggi ganjaran block tersebut.
Kekurangan PoS pula adalah bila terdapat segelintir individu yang mempunyai pegangan yang besar dalam sebuah coin tersebut ianya tidak mustahil untuk berlakunya monopoli.
Di dalam proof of work untuk orang yang mengesahkan transaksi dipangil sebagai miner, tapi di dalam proof of stake mereka dipanggil sebagai validator(pengesah).
Proof of Work vs Proof of Stake