Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Ok sekarang kita sudah sampai ke bahagian yang seronok dan apa buat cryptocurrency ini bagus adalah sebab teknologi blockchain.
Sebelum anda teruskan membaca saya ingin katakan sekiranya anda tidak beberapa paham tentang blockchain ini jangan risau cuba untuk baca dalam beberapa kali, kerana konsep blockchain ini memang agak pening sikit tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk terang guna cara yang mudah paham. Ok, mari teruskan.
Apa Itu Blockchain
Blockchain telah muncul sebagai salah satu teknologi yang paling inovatif pada abad ini. Untuk lagi mudah paham blockchain adalah sebuah sistem untuk merakam maklumat dan menyukarkan atau mustahil untuk mengubah, menggodam, atau menipu.
Blockchain pada dasarnya adalah sebuah komputer yang saling berhubung dengan komputer yang lain. Fungsi blockchain ini untuk menyimpan kesemua rekod transaksi dan diduplikasi serta diedarkan ke seluruh rangkaian sistem komputer yang ada dalam blockchain.
Apabila berlakunya block transaksi baru di dalam blockchain, rekod tersebut akan di edarkan kepada seluruh rangkaian komputer yang ada dalam blockchain.
Untuk lagi mudah, blockchain ini adalah seperti pangkalan data dan data yang disimpanya adalah rekod transaksi yang berlaku.
Tapi apa yang bezakan teknologi blockchain ini daripada pangkalan data yang biasa seperti pangkalan data bank, facebook atau google yang berpusat dan tiada siapa dapat masuk.
Dengan blockchain ianya terbuka sesiapa saja boleh lihat rekod tersebut ianya diedar ke seluruh rangkaian dan jika anda mahu anda juga boleh jadikan komputer anda untuk sertai rangkaian blockchain.
Pangkalan data yang tidak dikawal oleh sesiapa dan diuruskan oleh peserta di seluruh dunia dikenali sebagai “Distributed Ledger Technology (DLT)”.
Apa kelebihan teknologi blockchain?
Seperti anda tahu duit traditional ini dikawal oleh kerajaan dan mereka boleh cetak duit baru pada bila-bila masa. Salah satu kelebihan cryptocurrency adalah ianya tidak di kawal oleh sesiapa.
Tapi mungkin ada yang terfikir, kalau ada orang yang mencipta coin baru dan macam mana kita nak percaya bahawa pencipta coin tersebut tidak akan monopoly atau kawal majoriti bekal coin tersebut atau mencipta supply coin baru pada masa akan datang?
Di sinilah datangnya teknologi blockchain untuk selesaikan isu seperti itu. Sekarang ini anda sudah tahu bahawa blockchain ini hanyalah satu pangkalan data yang simpan maklumat berkenaan transaksi.
Tidak seperti pangkalan traditional dimana hanya sesetengah individu yang kawal komputer tersebut saja yang dapat ubah maklumat dalam contoh ini dia akan pegang majoriti coin tersebut.
Dengan teknologi blockchain ianya mustahil ini buat begitu kerana tiada siapa yang kawal Pangkalan data tersebut, ia dikendalikan oleh orang ramai di seluruh dunia.
Jika ada orang yang mencurigakan cuba ubah maklumat di dalam blockchain, contoh dia mahu ubah dan katakan bahawa ada orang hantar sebanyak 100 BTC ke wallet dia, transaksi tersebut tidak akan sah.
Kerana apabila dia ubah maklumat tersebut ianya hanya pada komputer dia sahaja tetapi komputer lain yang berada di dalam rangkaian blockchain tersebut tidak akan terjejas.
51% Attack
Ada sesuatu yang di panggil sebagai serangan 51% di dalam blockchain.
– Apa Itu serangan 51%?
Kita guna contoh seperti tadi, terdapat orang yang curiga cuba mahu ubah maklumat di dalam blockchain tapi ianya tidak berjaya kerana data yang diubahnya hanya di komputer dia sahaja sedangkan blockchain ini terdiri daripada beribu-ribu komputer di seluruh dunia.
Untuk dia berjaya ubah maklumat tersebut, dia perlu kawal sekurang-kurangnya 51% komputer yang berada di dalam rangkaian blockchain.
Tetapi ianya bukan satu kerja yang mudah dan ianya di anggap sebagai benda yang mustahil kerana, seperti saya katakan tadi blockchain ini terdiri daripada beribu komputer di seluruh dunia dan untuk kawal lebih dariapda 51% kuasa komputer tersebut ianya agak mustahil.
Sebab itu teknologi blockchain ini sangat selamat dan inovatif.
Tapi katakan memang terdapat individu atau kumpulan yang berjaya untuk kawal 51% jumlah komputer di dalam rangkaian blockchain sekali pun ianya mungkin tidak berbaloi buat mereka, kerana nilai harga coin ditentu oleh orang ramai.
Kalau terdapat monopoli yang berlaku di dalam coin tersebut ada kemungkinan besar orang sudah tidak percaya atau mahu gunakan coin itu dan akan pergi ke coin lain ini boleh menyebabkan harga cryptocurrency tersebut jatuh.
Apa Maksud ‘Block’ dalam Blockchain?
Anda boleh fikirkan block di dalam blockchain ini sebagai kotak yang isi semua maklumat berkenaan transaksi yang berlaku untuk tempoh waktu tertentu.
Contoh, bila Ali hantar crypto kepada Abu guna bitcoin, Abu tidak semestinya terus dapat bitcoin tersebut, Abu perlu tunggu sehingga block yang simpan rekod transaksi antara Ali dan Abu masuk ke dalam blockchain dahulu sebelum coin itu masuk ke crypto wallet Abu.
Setiap coin berbeza waktu tempoh untuk hasil block yang baharu contoh untuk bitcoin hasilkan block baru ambil masa dalam 10 minit, manakala untuk Ethereum pula ia ambil masa dalam 10 hingga 20 saat untuk hasil block baru.
Sebab itu transaksi untuk ethereum biasanya lebih laju berbanding bitcoin.
Setiap block akan di sambungkan dengan block yang sebelumnya, sebab itu nama teknologi ini dipanggil sebagai “Blockchain” kerana ia hanya block baru yang bersambung(chain) kepada block yang sebelumnya sehinggalah ke block yang pertama yang dipanggil sebagai ‘Genesis Block’.