You are currently viewing Apa Itu Cryptocurrency Mining

Apa Itu Cryptocurrency Mining

Saya harap anda sudah paham apa itu teknologi blockchain dan macam mana ia beroperasi. Sekarang kita akan lihat pula apa itu cryptocurrency mining.

Kalau anda pernah kaji tentang crypto mungkin anda pernah terdengar atau terbaca tentang cryptocurrency mining.

Apa Tu Cryptocurrency Mining?

apa itu cryptocurrency mining

Topik mining agak popular juga di kalangan peminat crypto kerana ianya antara cara yang mudah untuk menjana bitcoin pada suatu ketika dulu ketika crypto masih tidak dikenali ramai, sekarang ini ianya agak susah untuk ceburi bidang mining ini.

Secara asasnya cryptocurrency mining ini adalah satu prosess dimana kita gunakan komputer kita untuk cuba selesaikan kiraan matematik untuk mengesahkan block transaksi. Apabila kita berjaya mengesahkan block tersebut kita akan mendapat bitcoin sebagai ganjaran.

Ini adalah terang berkenaan bitcoin mining, untuk mining coin lain seperti Ethereum atau LiteCoin prosess dia sama saja cuma daripada kita terima bitcoin kita akan dapat ETH atau LTC sebagai ganjaran.

Sebelum ini kita sudah lihat cara blockchain ini beroperasi dan kerja miner hanyalah untuk kumpul jumlah transaksi yang berlaku di dalam blockchain dan simpan ke dalam block sebelum hantar ke seluruh rangkaian komputer dalam blockchain.

Jadi kenapa orang mahu mine crypto?

Ianya bergantung sesetengah orang sebab mahu dapat pendapatan tambahan, ada juga jenis sebab minat, mining ini ibarat hobi juga, ada yang suka meneroka mencuba benda baru, ada juga sebab mahu kumpul coin tersebut dan tunggu nilainya naik.

Boleh anggap crypto mining ini ibarat kita mining emas juga cuma daripada guna alat-alat gali emas kita guna komputer lebih spesifik GPU komputer kita.

ASIC Mining

Pada suatu ketika dulu kita boleh saja mining pakai komputer biasa, tetapi sekarang ini ianya agak tidak berbaloi untuk kita mining guna komputer biasa, sekarang ini untuk mining coin crypto seperti Bitcoin kita perlu guna ASIC.

– Apa itu ASIC?

apa itu asic mining

Application Specific Integrated Circuit(ASIC) adalah sebuah alat yang dicipta khas hanya untuk mining cryptocurrency.

Gambar di atas menunjukan rupa bentuk sebuah mesen ASIC Bitcoin dan setiap mesen ASIC dicipta khas untuk coin tersebut sahaja, kiranya kalau ASIC untuk Litecoin hanya boleh mining litecoin sahaja.

Model terbaru untuk ASIC miner ketika sedang tulis ini adalah Antminer S19 Pro dan harga dia dalam RM35,000 setiap satu. Itu masih tidak masuk kos untuk jaga mesen tersebut dan kos bil eletrik untuk ia beroperasi.

Ada juga model lain yang harga tidak semahal itu tapi masih dalam lingkungan ribuan ringgit.

Sebab itu bidang mining ini satu industry yang agak kompetitif untuk ceburi.

bitcoin mining difficuly

(sumber: CoinDesk)

Cloud Mining

Jika anda masih berminat berkenaan crypto mining tapi tiada modal untuk beli mesen ASIC, mungkin cloud mining adalah jalan yang sesuai untuk anda.

Apa itu Cloud Mining?

Cloud Mining adalah proses di mana anda mengambil bahagian dalam kolam mining dan membeli sejumlah kuasa mining.

Hasil daripada mining tersebut akan diagihkan di antara semua peserta yang ambil bahagian di dalam kolam tersebut berdasarkan kepada jumlah kuasa mining yang anda ada.

Kelebihan cloud mining adalah kita tidak perlu beli dan maintain mesen mining itu sendiri tetapi kita sewa dia daripada sebuah syarikat yang membekalkan kuasa mining tersebut.

Kekurangan cloud mining pula hasil dia agak perlahan, jadi kita tidak boleh fikir yang cloud mining ini dapat beri kita pulangan yang tinggi tapi anggapkan ia satu process untuk kita belajar berkenaan mining.

Satu lagi kekurangan cloud mining adalah sudah berlaku banyak kes penipuan, biasanya mereka akan ada sebuah website katakan yang mereka adalah syarikat cloud mining tapi apabila kita deposit duit mereka akan lesap tidak lama kemudian.

Jadi sila berhati-hati dengan program seperti ini.

Satu lagu, jika platform cloud mining tersebut memberikan pulangan yang spesifik seperti hasil mining boleh dapat pulangan dalam 1% sehari ke macam itu, sila jauhkan diri kerana ianya satu penipuan. Dalam mining tiada pulangan yang spesifik.

Mining Pool

apa itu mining pool(sumber: bitcoinwiki)

– Apa itu mining pool?

Mining pool ini adalah di mana miner-miner kecilan gabungkan kuasa mining mereka ke dalam sebuah pool untuk meningkatkan kuasa mining mereka.

Kemudian hasil keuntungan daripada gabungan tersebut akan dibahagikan sama rata berdasarkan jumlah kuasa komputer masing-masing dan diedar kepada kesemua miner yang ada di dalam pool tersebut.

Sesetengah mining pool akan ada caj sekitar 1% hingga 3% dari hasil mining anda.