Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Ada pelbagai jenis coin cryptocurrency di luar sana tetapi tidak semua gunakan algorithm yang sama. Jadi di topik ini kita akan lihat jenis-jenis algorithm yang digunakan oleh cryptocurrency.
Sebelum kita lihat jenis algorithm yang ada, kita perlu paham dulu macam mana hashing kriptografi ini berfungsi. Jika anda masih ingat di awal-awal pemulaan course ini saya ada terang tentang apa itu kriptografi.
Kalau anda dah lupa ini penerangan dia, kriptografi dalam bahasa mudah ianya adalah sebuah teknik untuk komunikasi selamat yang hanya membolehkan pengirim dan penerima mesej sahaja untuk melihat kandungannya.
Untuk jadikannya lebih mudah anda boleh fikirkan hashing ini ibarat satu proses untuk ambil beberapa maklumat yang boleh baca dan buat ia kelihatan seperti merapu dan tidak masuk akal.
Contoh ini adalah ayat yang kita boleh baca “WiraTrader” tapi bila saya hash kan ia untuk tidak mudah dibaca ia akan jadi seperti ini:
“5b1aa5eb2033e2d0a2e01eab13ebd719ba3ea8b2”
Di atas adalah hash untuk ayat “WiraTrader” dan jenis algorithm yang saya gunakan adalah SHA1 Hash. Jadi itulah penerangan mudah untuk hash, sekarang kita sudah paham apa fungsi hash algorithm ini mari kita lihat jenis-jenis algorithm lain.
Terdapat pelbagai jenis algorithm berbeza yang digunakan cryptocurrency seperti:
1. SHA-256
2. Scrypt
3. Ethash
4. Equihash
5. CryptoNight
6. X11
1) SHA-256
SHA bermaksud “Secure Hash Algorithm”. Ini adalah algorithm yang digunakan bitcoin. Crypto lain yang guna algorithm yang sama seperti bitcoin:
Bitcoin Cash
Namecoin
Peercoin
Emercoin
Terracoin
Freicoin
Ixcoin
dan banyak lagi…
2) Scrypt
Algorithm scrypt ini lebih mudah dan pantas berbanding algorithm SHA-256. Cryptocurrency yang terawal menggunakan scrypt adalah Litecoin dan sekarang ini banyak juga coin lain yang mula guna algorithm ini seperti:
Dogecoin
ReddCoin
Gulden
Viacoin
Fastcoin
BlackCoin
Omni
VeriCoin
dan banyak lagi….
3) Ethash
Ethash adalah sebuah algorithm yang berdasarkan Ethereum Proof of Work blockchain. Di sebabkan algorithm yang digunakan menggunakan sumber komputer yang banyak seperti bitcoin, ethereum(ETH) juga terdapat mesen ASIC mereka yang dicipta khas untuk mining ETH.
Antara coin yang menggunakan algo yang sama semerti ethereum:
Ethereum Classic
Expanse
Ubiq
4) Equihash
Equihash menggunakan konsep algorithm proof of work, tapi tidak seperti coin PoW yang lain dimana kita perlu guna mesen khas seperti ASIC untuk mining, dengan algo equihash kita boleh minining guna komputer biasa.
Antara coin yang guna algo equihash:
Zcash
Komodo
Flux
Hush
Zero
ZClassic
5) CryptoNight
CryptoNight algorithm direka khas untuk membenarkan komputer yang menggunakan CPU baisa untuk mining dan CryptoNight adalah kalis ASIC maksudnya algo ini akan halang daripada orang menggunakan ASIC untuk mining.
Selain menghalang ASIC mining, algorithm cryptonight juga fokus kepada privasi yang lebih selamat berbanding coin algorithm lain, kita akan belajar lagi tentang ini di topik cryptocurrency monero.
Coin yang guna algorithm cryptonight:
Monero
Bytecoin
Karbo
Swap
Citadel
6) X11
Algorithm X11 ini dicipta oleh pencipta cryptocurrency Dash. Algo ini dicipta untuk menghalang ASIC daripada mining coin yang guna algo X11.
Mungkin ada yang tertanya, kenapa banyak sangat algorithm yang cuba halang daripada ASIC mining?
Ini disebabkan terdapat beberapa pandangan di dalam kominiti crypto bahawa ASIC mining dianggap sebagai pembunuh untuk decentralization.
Kerana tidak banyak syarikat yang mencipta mesen ASIC ini jadi boleh berlakunya monopoli dalam bidang crypto mining.
Jadi coin apa yang guna algo X11:
Dash
Stakenet
TransferCoin
NativeCoin
BitSend
BlueCoin
dan banyak lagi….
Seperti yang saya katakan tadi ada pelbagai jenis algorithm di luar sana, tapi di atas adalah antara algo yang terkenal dan diguna kebanyakan cryptocurrency ketika ini.