Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Apa Itu Zcash(ZEC)
Seperti monero, Zcash atau ZEC juga cuba fokus kepada privasi.
Transaksi blockchain Zcash tidak mendedahkan siapa penghantar dan penerima serta berapa jumlah transaksi yang dilakukan.
Terdapat dua pilihan untuk pengguna sama ada mahu membuat transaksi secara privasi atau secara terbuka.
Jika dengan cara terbuka ianya sama saja seperti bitcoin dimana sesiapa saja boleh melihat transaksi tersebut dan nampak maklumat seperti alamat pengirim serta penerima, dan berapa jumlah transaksi.
Jika transaksi privasi ia dipanggil sebagai ‘Shielded transection’. Algorithm kriptografi yang digunakan oleh Zcash adalah “zero-knowledge succinct non-interactive arguments of knowledge,” atau zk-SNARKs.
Saya tidak akan terangkan tentang cara zk-SNARKs ini berfungsi, jika anda berminat nak tahu boleh baca di website rasmi Zcash tentang zk-SNARKs.
Dengan adanya ciri-ciri tersebut Zcash membuatkan ianya sebuah cryptocurrency yang unik dengan membenarkan penggunanya untuk memilih jika mahu membuat transaksi secara terbuka atau pun secara privasi.