Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Di dalam industri cryptocurrency juga sudah berlaku banyak kes-kes penipuan. Jadi dibahagian ini kita akan belajar jenis-jenis scam yang ada di dalam cryptocurrency industry ini.
Kita mula dengan crypto coin scam OneCoin.
Apa Itu OneCoin
Onecoin dilancarkan pada tahun 2015 oleh Dr.Ruja Ignatova. Mungkin Onecoin ini adalah kes scam yang terbesar di dalam industri crypto buat masa ini dengan dianggarkan nilai kecurian dalam $4 Billion hingga ke $15 Billion USD.
Onecoin ini sebenarnya adalah sebuah skim Multi Level Marketing atau MLM. Jika anda tidak tahu apa itu program MLM ianya sebuah program dimana orang mempromosikan serta menjual barangan atau perkhidmatan kepada orang lain dan mereka akan dapat sedikit komisyen daripada jualan tersebut.
Tapi cara sebenar untuk membuat duit dalam program MLM bukanlah dengan menjual produk atau perkhidmatan tetapi dengan membawa ahli baru untuk sertai program tersebut dan daftar di bawah mereka. Apabila orang yang sertai di bawah mereka membuat jualan orang yang di atas juga akan terima sedikit komisyen daripada jualan tersebut. Lagi ramai mereka bawa orang sertai mereka, lagi tinggi komisyen yang mereka akan dapat.
Begitulah cara MLM beroperasi, kalau anda lihat gambar di atas menunjukan contoh macam mana MLM ini beroperasi(program MLM ini juga kadang-kadang dipanggil sebagai piramid skim), dan anda dapat lihat biasanya dalam skim seperti ini, siapa yang berada di atas mendapat hasil yang paling tinggi.
Apa yang Onecoin ini buat adalah dengan menjual pakej pembelajaran dengan harga bermula serendah $100 sehingga $100,000, dan selepas kita beli pakej tersebut mereka menggatakan duit itu akan ditukarkan kepada token yang akan mining untuk coin baru serta harga token tersebut akan makin menaik.
Tapi apa yang berlaku sebenarnya adalah tiada unsur mining langsung di dalam Onecoin kerana Onecoin sebenarnya tidak mempunyai rangkaian blockchain, tapi hanya sebuah pangkalan data SQL website biasa yang menggatakan jumlah token kita miliki.
Macam Mana OneCoin Menjadi Besar?
Antara punca kenapa skim ini berjaya adalah bukan hanya sebab janji-janji yang diberikan atau kata-kata semanggat yang dikonsikan seperti kebanyakkan program MLM yang lain. Tetapi siapa yang melancarkannya, Dr.Ruja Ignatova ini bukanlah seorang individu biasa Dr.Ruja ini agak terkenal juga di dalam dunia kewangan pada masa yang sama Dr.Ruja mempunyai sijil daripada Oxford dan juga telah melamatkan PhD.
Disebabkan reputasi Dr.Ruja Onecoin berjaya untuk berkembang pesat dengan mempunyai seminar di seluruh dunia dari US, Europe, Asia dan juga negara Afrika. Dianggarkan lebih daripada 3 Juta pelabur telah sertai skim ini.
Apa Terjadi Kepada OneCoin
Dr.Ruja telah menghilangkan diri sejak tahun 2017 dan sehingga kini masih tiada siapa tahu dimana dia berada. Ada juga yang menggatakan Dr.Ruja telah berjaya membawa lari sebanyak $400 Juta USD sebelum dia menghilangkan diri.
Walaupun Dr.Ruja telah menghilangkan diri, ketika ini onecoin masih lagi beroperasi walaupun skim ini sudah didedahkan, masih terdapat ramai individu yang menjadi mangsa untuk skim penipuan ini setiap hari.
Apa yang kita Boleh Belajar
Apa skim program onecoin ini dapat menggajar kita adalah, kita perlu sentiasa selidik dahulu sebelum menyertai apa-apa program, kita perlu tahu dulu macam mana sebenarnya blockchain ini beroperasi dan apa itu cryptocurrency sebenarnya.
Kerana Onecoin bermula pada tahun 2015 dan ketika waktu itu masih tidak ramai yang tahu macam mana blockchain ini berfungsi dan apa sebenarnya teknologi blockchain ini dan apa itu cryptocurrency.
Tujuan saya buat course ini adalah untuk mendidik orang ramai berkenaan cryptocurrency serta tentang teknologi blockchain dan cara ia beroperasi supaya orang ramai tidak menjadi mangsa kepada kes penipuan crypto seperti onecoin.