Course ini adalah untuk mereka yang mahu belajar Elliott Wave Theory analysis.
Elliott wave adalah cara analysis teknikal yang advance di dalam market yang boleh digunakan dalam pelbagai pasaran di luar sana seperti saham, forex, indeks, komoditi, etc.
Mungkin antara teknikal analysis yang paling susah untuk trader belajar adalah Elliott Wave Theory, tetapi jangan risau saya akan cuba untuk terangkan konsep Elliott Wave Theory ini dalam cara yang mudah untuk anda paham.
Di dalam course ini juga saya akan menggunakan chart yang sebenar sebagai ilustrasi contoh supaya anda lebih mudah paham cara untuk gunakan analaysis ini di dalam keadaan market sebenar.
Sekiranya anda mahu menyertai course ini pastikan anda sudah ada penggalaman dalam bidang trading sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan dan sudah tahu cara guna Fibonacci Retracement & Fibonacci Extention kerana kita akan banyak gunakan 2 benda tersebut di dalam analaysis nanti.
Sekiranya anda masih baru lagi dalam trading saya sarankan anda untuk bermula di Forex Simple Course dahulu, kerana konsep trading Elliott Wave ini agak advance untuk trader yang masih baru lagi.
Di dalam course ini anda akan belajar:
* Apa itu Elliott Wave Theory.
* Apa itu impulse & Correction wave.
* Jenis-jenis correction yang ada.
* Di mana nak mula kira Elliott Wave.
dan banyak lagi…
Jadi apa anda tunggu lagi mari mula belajar tentang cara analysis market menggunakan Elliott Wave Theory.