Back to: Belajar Elliott Wave Trading
Ini adalah contoh analysis market menggunakan Elliott Wave.
Kita bermula di time frame besar di weekly untuk tahu dimana kita sedang berada di dalam market adakah motive wave atau corrective.
Kalau lihat chart di atas kita boleh nampak dengan jelas yang market sudah membuat motive wave 1,2,3,4 dan 5. Selepas tamatnya wave motive tersebut correction akan berlaku.
Jadi di time frame weekly kita sudah tahu yang market sudah tamat membuat motive wave dan sekarang ini fasa correction akan bermula.
Kemudian kita turun satu time frame yang lebih rendah iaitu daily untuk melihat sub-wave correction yang sedang berlaku.
Dengan apa yang sedang berlaku di chart ketika ini, kita boleh anggapkan yang 3 wave corrective sedang berlaku (W,X,Y) ataupun sub-wave untuk wave A yang sedang dalam pembuatan.
Gambar di atas menunjukan gambar couting kedua kita sekiranya market mahu membuat correction A,B,C dan bukanya W,X,Y. Ketika ini kita menjangkakan sub wave untuk wave A mempunyai 5 wave jika market mahu membuat Zig-Zag.
Tip: Ianya bagus untuk diamalkan membuat 2 jenis kiraan yang berbeza, dimana jika kiraan pertama kita salah kita boleh menggunakan kiraan kedua. Boleh anggapkan ianya sebagai Plan B sekiranya market tidak bergerak seperti jangkaan pertama kita.
Dengan cara inilah kenapa kebanyakan trader Elliott Wave sentiasa berada satu langkah di hadapan berbanding kebanyakan trader lain.
Ketika ini kita sudah boleh jangkakan yang market sebenarnya membuat 5 sub-wave untuk wave A kerana jika anda masih ingat, salah satu guideline untuk W,X,Y correction adalah wave Y tidak boleh melebihi 161.8% daripada wave W dan sekarang ini wave Y sudah bergerak lebih dari level tersebut.
Jadi counting pertama kita sudah tidak valid dan tukar ke counting Plan B kedua kita iaitu corrective A,B dan C yang sedang dalam pembuatan di mana wave A mempunyai 5 sub-wave.
Kita tahu yang wave 4 kebiasaannya akan retrace ke level fibonacci retracement 38.2% daripada wave 3.
Jadi kita boleh lebel wave 4 mungkin akan tamat di area tersebut. Itu tidak bermakna wave 4 tidak boleh retrace lebih mendalam cuma selagi wave 4 tidak close di dalam kawasan wave 1 kiraan tersebut masih valid.
Selepas market sudah lengkap membuat 5 sub-wave untuk wave A apa yang kita jangkakan selepas itu adalah untuk market membuat wave B dan wave C.
Buat masa ini saya tunjukan analysis menggunakan 2 time frame iaitu weekly dan juga daily. Tetapi kita masih boleh juga turun ke time frame yang lebih rendah seperti H4 jika mahu.
Kita sudah tahu yang di time frame daily baru saja tamat membuat wave A jadi kita boleh jangkakan di time frame H4 akan berlakunya wave A,B,C untuk wave B di time frame besar.
Chart di atas adalah chart H4.
Selepasnya tamat wave B kita boleh jangkakan yang wave C sudah bermula dan wave 1 tersebut kemungkinan adalah sub-wave untuk wave C.
Jika ianya memang betul sub-wave 1 untuk wave C kita boleh menggunakan fibonacci retracement untuk ramal wave 2, kebiasaan wave 2 akan retrace dalam 50% daripada wave 1 itu tidak bermakna wave 2 tidak boleh retrace lebih dari 50%.
Selagi wave 2 tidak close melebihi pemulaan wave 1 kiraan tersebut masih valid lagi.
Dengan jelas kita boleh nampak yang market memang sedang membuat sub-wave untuk wave C pada masa yang sama wave 3 menjadi extention. Lepas wave 3 sudah tamat kita boleh jangkakan wave 4 akan bermula dan biasanya akan retrace hingga ke 38.2% wave 3.
Kalau anda lihat di atas ianya contoh yang bagus untuk situasi dimana market tidak sentiasa akan ikut arah level fibonacci.
Kita sudah target yang wave 4 biasanya akan retrace hingga 38.2% wave 3 tetapi market telah bergerak lebih dari level tersebut dan kalau lihat fibonacci retracement wave 4 telah retrace hingga ke 50%.
Apa yang saya cuba katakan adalah jangan takut jika market bergerak lebih dari level fibonacci kita dan selagi pergerakan wave tersebut tidak melawan cardinal rule dimana wave 4 tidak boleh close di kawasan wave 1 kiraan tersebut masih valid.
Selepas wave 4 sudah tamat kita boleh jangkakan pergerakan wave menaik terakhir akan berlaku iaitu wave(5) untuk lengkap sub-wave untuk wave C di time frame besar.
Ini adalah hasil daripada kiraan wave tersebut.
Di dalam contoh analysis ini saya hanya menggunakan time frame Weekly, Daily & H4, keikutan masih boleh turun ke time frame lebih rendah seperti H1, M30, M15, etc.
Sekiranya anda nak lihat pergerakan market dengan lebih mendalam boleh turun ke time frame yang lebih rendah jika mahu.
Pesanan
Elliott Wave analysis bukan “Holy Grail” di dalam trading, dari masa-kesemasa kita akan terjumpa chart pair matawang dimana ianya agak susah untuk membuat analysis disebabkan pergerakan market yang tidak menentu dan volatility yang tinggi.
Pada masa yang sama anda boleh juga gabungkan Elliott Wave Theory dengan strategy yang lain sebagai contoh Elliott Wave digabungkan dengan Support & Resistance dimana kita guna analysis Elliott Wave untuk ketahui arah market dan Support dan Resistance sebagai point entry kita.