Back to: Belajar Elliott Wave Trading
Pattern triangle elliott wave adalah satu pergerakan sideways atau correction yang berlaku apabila volume dan liquidity berkurangan di dalam market.
Triangle pattern terdapat 5 pergerakan dan setiap satu pergerakan tersebut mempunyai 3 sub wave jadi sub wave untuk pattern triangle adalah 3,3,3,3,3.
Biasanya pattern triangle ini akan berlaku di wave B atau wave 4 dan di lebel menggunakan A,B,C,D dan E.
Terdapat 4 jenis pattern triangle dalam Elliott Wave: Ascending, Descending, Contracting & Expanding.
Mari kita lihat setiap satu contoh pattern triangle tersebut.
1) Ascending Triangle
Pattern ini biasanya berlaku di pergerakan uptrend.
Ciri-ciri ascending triangle adalah apabila market membuat level swing high yang sama tetapi swing low menjadi makin tinggi berbanding swing low yang sebelumnya.
Corrective ini di lebelkan sebagai A,B,C,D dan E. Kita boleh cuba untuk mencari peluang entry di penamat wave E untuk mendapat risk reward yang bagus.
2) Descending Triangle
Rupanya hampir sama seperti ascending triangle pattern cuma ianya terbalik, berbanding market membuat swing low yang baharu, market membuat swing low di paras level yang sama tetapi swing high yang makin rendah berbanding dari swing high yang sebelumnya.
Pattern ini biasa berlaku di downtrend market yang menunjukan market akan sambung bergerak ke arah motive wave. Jika ianya berlaku di uptrend market itu bermaksud continuation pattern dan biasanya berlaku di wave 4.
3) Contracting Triangle
Berlaku selepas pergerakan impulse yang kuat, tetapi daripada market membuat swing higher high atau lower low, market membuat swing high yang lebih rendah berbanding swing high yang sebelumnya serta swing low yang makin tinggu berbanding swing low yang sebelumnya.
Market bergerak makin rapat dan menggecil, boleh berlaku di uptrend ataupun downtrend market. Peluang terbaik untuk entry dengan risk reward yang bagus adalah apabila tamatnya wave E dan market sambung semula bergerak ke arah motive wave.
4) Expanding Triangle
Pattern ini boleh berlaku di uptrend mahupun downtrend dan ianya adalah pattern yang menunjukan market akan sambung bergerak ke arah trend market yang asal.
Ciri-ciri expanding triangle adalah, wave B akan bergerak melebihi pemulaan wave A.
Wave C akan bergerak melebihi wave A. Wave D akan bergerak lebih rendah berbanding wave B dan wave E bergerak lebih dari wave C.