You are currently viewing 4 Tiang Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

4 Tiang Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Hari ini kita akan melihat 4 tiang yang dapat membantu kita untuk berjaya dalam forex trading.

1) Jaga Risk & Money Management

Anda mesti sudah baca atau dengar banyak kali ayat seperti “Jaga Risk” atau “Jaga Money Management”, saya akan beri tahu benda yang sama juga.

Kerana 2 perkara ini memang penting untuk kita sebagai trader, saya tidak pernah lagi jumpa dengan trader yang berjaya dengan tidak menjaga risk serta money management mereka.

Selalunya apabila ada trader tanya cara untuk menjadi konsistent atau berjaya dalam trading ini, biasanya saya akan cakap jaga risk management & money management, kerana itu je rahsia untuk berjaya dalam bidang ini ianya bukan tentang strategy yang hebat tiada loss atau modal yang besar, tetapi ia tentang kita menjaga risiko kita di setiap posisi trade yang menentukan sama ada kita akan berjaya atau pun tidak dalam bidang ini.

Saya sudah ada tulis satu artikel di mana saya terang kenapa risk serta money management ini penting dalam trading kita dengan lebih detail.

Anda boleh baca di sini: Kenapa Ia Penting Untuk Menjaga Risiko Serta Money Management.

2) Disiplin

Untuk berjaya dalam dunia trading ini kita perlu sentiasa kekal disiplin dengan mempunyai mindset sebagai seorang trader dan bukanya berjudi.

Selalunya apabila trader baharu ceburi bidang ini, apa yang mereka selalu bayangkan yang mereka menjangkakan pulangan keuntungan yang besar dalam jangka masa pendek.

Tetapi situasi macam itu hanyalah satu fantasi, trading ini akan ambil masa yang lama untuk mahir hanya mereka yang dapat menggawal emosi mereka serta mempunyai tahap disiplin yang tinggi selalunya akan berjaya dalam bidang ini.

Jadi sekiranya anda baru saja mahu mula ceburi bidang trading ini, saya sarankan jangan mula dengan harapan yang tinggi dengan menjangkakan dapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek.

[adrotate group=”4″]

3) Waktu Entry

Mungkin salah satu sebab kenapa kebanyakan trader menggalami kerugian besar adalah disebabkan mereka tidak tahu bila masa yang sesuai untuk membuka posisi trade mereka dalam erti kata lain Timing Entry.

Apa yang saya perasan kebanyakan trader akan membuka saja posisi trade apabila market sudah sampai ke satu level seperti Support & Resistance, atau level trendline dengan menjangkakan yang market akan terus berubah arah bila harga sudah sampai di level tersebut.

Dari masa kesemasa memang level support atau resistance itu akan bertahan, tetapi akan ada masa dimana market akan break level-level tersebut.

Gamabr di atas menunjukan yang market sedang berada di zone level resistance.

Jika kita membuka posisi sell setiap kali market sentuh level tersebut macam saya katakan tadi dari masa kesemasa ianya berkesan tetapi jika market break level tersebut kita sudah menggalami kerugian di situ.

Di entry Sell #2 saya ada label bulat kuning yang menunjukan dimana market tidak menghormati level resistance tersebut dan berlakunya breakout.

Tetapi jika kita meletakan syarat untuk membuka posisi trade, kita mungkin dapat elak daripada menggalami kerugian tersebut.

Syarat entry tidak perlu gempak pun, letak syarat yang simple saja pun sudah ok seperti tunggu candlestick pattern untuk berlaku di level support atau resistance sebelum membuka sebarang posisi trade.

Jika anda lihat gambar di atas kita tambah syarat yang hanya membuka posisi apabila berlakunya candlestick pattern di level resistance tersebut untuk kepastian yang level tersebut masih bertahan.

Dengan meletakan syarat yang mudah seperti itu saja kita dapat kurangkan kerugian kita di dalam market.

4) Timing Exit

Apabila kita sudah tahu bila masa yang sesuai untuk memasuki market, kita perlu tahu juga bila masa yang sesuai untuk tutup posisi trade tersebut.

Jika tutup posisi terlalu awal, kita mungkin akan terlepas pergerakan market yang lebih besar, jika tutup terlalu lewat kita mungkin akan hilang kebanyakan profit yang sudah ada.

Contoh katakan kita sudah ada posisi trade yang dibuka dan kita sedang berada dalam keadaan profit sebanyak 100 pip.

Daripada ambil terus proft tersebut kita masih jangkakan yang market boleh bergerak jauh lagi, kemudian market turun semula sebanyak 40 pip.

Jadi kita sudah rugi 40 pip di situ dan rasa menyesal sebab tidak ambil saja profit 100 pip tadi.

Jadi macam mana nak atasi masalah seperti ini?

Ada 2 cara untuk atasi masalah seperti ini, satu adalah dengan tahu di level mana sepatutnya anda ambil profit anda, kedua adalah dengan melakukan trade management.

Trade management adalah cara untuk kita uruskan posisi trade kita yang sedang dibuka, contoh kita mahu mengambil separuh daripada profit kita dan meletakan level stop loss ke level dimana kita entry, jadi kita dapat kurangkan risiko kita terhadap market.

Untuk tahu dimana level sepatutnya kita ambil keuntungan kita ia ada beberapa cara, satu dengan mengambil profit kita di level Support & Resistance seterusnya yang terdekat.

Cara kedua dengan menggunakan tool bernama Fibonacci Expention/Extention.

Anda boleh baca lagi tentang cara untuk ambil profit di sini.

Bacaan Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply