Pernah tak anda terfikir apakah tabiat seorang trader yang berjaya?
Macam mana mereka sampai ke tahap dimana mereka dapat fokus dan menjadi konsistent dalam trading mereka.
Ini adalah senarai 5 tabiat anda boleh buat untuk perbaiki trading anda.
1) Membuat Matlamat
Membuat matlamat adalah satu cara untuk anda dapat perbaiki trading anda, munkin ada yang tertanya kenapa set matlamat dapat perbaikikan lagi trading kita?
Dengan meletakkan matlamat yang betul anda akan ada sebab dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut tetapi mula dengan matlamat yang masuk akal.
Sebagai contoh katakan dalam bulan pertama anda mula trading anda meletakan matlamat untuk cuba capai $100 profit dengan modal akaun $1000, ianya tidak mustahil.
Jangan pulak mula dengan modal $100 pastu target mahu jadikan $5000 dalam sebulan, ianya tidak masuk akal, boleh jadi tetapi ianya agak mustahil lagi-lagi kalau anda masih baru dalam trading ini.
Saya juga tidak sarankan anda untuk membuat matlamat harian seperti cuba untuk capai $5 profit sehari.
Sebab dalam trading ini ada hari dimana market banyak bagi kita peluang dan ada hari ianya tidak, sekiranya anda tidak capai matlamat harian ada kemunkinan anda akan rasa tertekan dan mula trade berdasarkan emosi daripada analysis anda.
Jadi mula dengan meletakkan matlamat mingguan atau bulanan, sekiranya anda capai matlamat tersebut ianya akan memberikan lagi semanggat dan motivasi kepada anda sebab telah mencapai matlamat tersebut.
2) Kawal Waktu Ketika Trading
Ianya sangat penting untuk anda meletakkan had masa ketika trading kerana anda munkin duduk melihat chart terlalu lama tanpa sedar sudah berapa lama waktu berlalu.
Lagi lama anda duduk di depan screen, lagi rendah kebolehan anda untuk memberi tumpuan.
Anda boleh set timer di jam atau phone untuk berbunyi setiap beberapa jam untuk melihat chart sama ada berlakunya setup trade ataupun tidak.
Dengan menguruskan masa ianya bukan sahaja dapat perbaiki prestasi trading anda malahan dapat perbaiki kehidupan harian anda juga.
[adrotate group=”2″]
3) Terus Mencari Ilmu
Terus mencari ilmu walaupun anda sudah lama dalam bidang trading ini, dalam trading ini tiada penghujung dalam benda yang kita boleh belajar.
Set kan masa dalam sehari berapa jam untuk aktivity pembelajaran dan kaji tentang market, sekurang-kurangnya 1 jam sehari sudah ok dari melihat video kucing di youtube atau chat di facebook.
Kalau anda masih mahu cakap yang anda terlalu busy sangat, mesti anda akan ada waktu makan seperti itu, jadi boleh guna masa itu untuk belajar sambil makan.
Saya sendiri habiskan masa dalam 4 ke 5 jam sehari untuk melakukan backtest di chart untuk lihat dimana saya dapat perbaikikan diri dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Itu tidak bermakna anda pun patut habiskan 5 jam sehari, ikut waktu anda, ada orang prestasi dia bagus di waktu malam, ada orang di waktu pagi, cari waktu mana yang sesuai dengan anda.
4) Kawal Emosi Ketika Trading
Tabiat trader yang berjaya adalah dengan menggawal emosi mereka.
Mereka tidak akan membuat andaian berdasarkan emosi, tetapi mereka akan ikut apa yang analysis mereka katakan dan bukannya firasat mereka.
Kalau anda terlepas pergerakkan market takpe lupakan saja, jangan kejar market dan mencari peluang trade yang lain.
Sekiranya mood anda kurang baik munkin disebabkan ada masalah di office atau masalah pribadi, dinasihatkan jangan trade ketika waktu itu kerana emosi anda akan menggangu penilaian anda terhadap market.
Seeloknya tunggu sehingga fikiran anda sudah tenang dan masalah sudah selesai sebelum anda mula trading semula.
Adakah anda tahu yang ais cream dapat kurangkan stress, jadi sekiranya anda menggalami hari yang teruk atau ada masalah yang menganggu fikiran anda, cuba makan ais cream ianya dapat bantu untuk menggurangkan stress.
Tetapi jangan pulak makan terlalu banyak, nanti kene penyakit kencing manis.
[adrotate group=”4″]
5) Kekal Setia Kepada 1 Strategy
Tabiat seorang trader yang berjaya adalah mereka akan kekal dengan satu strategy.
Anda tidak perlu mempunyai banyak strategy untuk berjaya dalam trading, tetapi anda hanya perlu cari satu strategy yang sesuai dengan anda dan sentiasa menambah baik lagi strategy tersebut.
Kebanyakkan trader bila strategy mereka baru ada 2 atau 3 loss berturut-turut mereka terus mahu tukar strategy mereka tanpa cuba lihat apa kesilapan strategy tersebut.
Sebagai contoh munkin anda menggunakan trading system yang ikut arah trend tetapi anda trade ketika market sedang bergerak secara sideways.
Tabiat sentiasa menukar strategy ini tidak bagus kerana anda tidak akan dapat menjadi konsistent dengan sentiasa tukar strategy malahan ia akan banyak membuang masa anda.
Cuba cari satu strategy dan cuba upgrade kan lagi, kalau anda lihat kebanyakkan strategy di luar sana kebanyakkan hampir sama kesemuanya, itu kerana akan sentiasa ada individu yang akan perbaiki lagi strategy tersebut dengan lebih berkesan.
Jadi dari sentiasa tukar strategy anda setiap kali ada 2 ke 3 loss berturut-turut, cuba cari di mana kesilapannya dan betulkan.
Mempunyai satu strategy yang konsistent lagi bagus daripada memiliki 10 strategy yang berbeza.
Tetapi kalau strategy tersebut memang teruk macam, trade yang kalah lebih banyak dari yang menang, itu anda boleh tukar strategy.