Anda sudah lakukan analysis dan anda yakin dengan analysis tersebut, tetapi adakah anda mempunyai perancangan sebelum anda buka apa-apa posisi trade?
Kelebihan ada plan sebelum buka posisi trade adalah untuk, kurangkan loss kita, contoh sekiranya setup trade tersebut tidak cukup syarat kita boleh elak daripada trade setup tersebut.
Saya ingin berkongsi 3 syarat yang saya guna sebelum saya buka apa-apa posisi trade, dengan system ini saya dapat kurangkan risiko dengan elak daripada entry trade yang berkemunkinan akan menjadi loss trade.
Mari kita lihat apakah 3 syarat tersebut.
1) Risk Management
Benda yang pertama sekali anda perlu lakukan adalah risk management.
Sesetengah trader mereka akan buka posisi trade mereka dahulu, kemudian baru mereka lihat di mana nak letak stop loss dan take profit mereka.
Cara itu salah kerana kita munkin tidak perasan yang take profit kita munkin terlalu kecil dan stop loss kita pulak terlalu besar, ini akan merosakan risk reward ratio kita.
Kita perlu tahu di mana kita akan letak stop loss dan dimana take profit kita sebelum membuka posisi trade tersebut, dengan cara ini kita akan tahu berapa risk ratio kita sebelum buka posisi trade tersebut, adakah ianya lebih dari 1:1 atau munkin anda gunakan syarat sekurang-kurangnya risk ratio 2:1 baru entry.
Terpulang berapa risk ratio yang anda gunakan, tetapi pastikan yang setup tersebut cukup syarat dahulu, jangan pulak kalau trade setup tersebut kurang dari risk ratio yang anda tetapkan, anda masih tetap membuka posisi trade setup tersebut.
Kalau setup itu tidak cukup syarat munkin risk ratio terlalu rendah jangan trade setup tersebut, cari peluang trade yang lain.
2) Money Management
Benda kedua saya lakukan selepas semak risk ratio adalah melakukan money management.
Money management dapat beritahu kita yang berapa saiz lot yang kita sepatutnya buka yang bersesuaian dengan capital akaun kita.
Kalau kita hanya melakukan risk management tetapi tidak melakukan money management ianya masih sia-sia kerana risk dan money management ini ibarat ramuan rahsia dalam trading kita.
Kita tak boleh buat salah satu sahaja ianya tidak lengkap, kita perlu buat kedua-duanya sekali.
Saya bagi contoh, katakan kita sudah lakukan risk management dan stop loss kita jarak dalam 20 pip dan take profit dalam 40 pip, 2:1 risk ratio. Saiz akaun kita adalah $1000 Usd.
Kalau kita buka saiz lot yang lebih besar dari apa yang akaun kita boleh sokong katakan 1 lot, loss kita akan jadi lagi besar.
Tetapi kalau kita lakukan money management dan kita dapat tahu yang saiz lot sebesar 0.11 adalah saiz yang sesuai dengan akaun kita.
Sekiranya trade tersebut bergerak bertentangan dari analysis kita, loss tersebut tidak akan jadi terlalu besar buat akaun kita sebab kita buka saiz lot yang bersesuaian dengan akaun.
3) Emosi
Langkah ketiga dan yang terakhir sekali adalah lihat sebab kita mahu entry trade tersebut, adakah kita mahu entry posisi trade ini disebabkan emosi kita ataupun disebabkan analysis kita.
Sekiranya kita mahu entry di sebabkan analysis, kita boleh buka posisi tersebut.
Tapi kalau ianya disebabkan emosi seperti fear of missing out(F.O.M.O), munkin baru ada berita yang keluar dan market buat gerakan besar, disebabkan kita tidak mahu terlepas peluang tersebut kita pun mahu buka posisi trade.
Atau munkin kita paksa diri kita untuk buka posisi trade tersebut sebab kita masih tidak ada trade setup untuk hari itu, jadi disebabkan perasaan kita buka juga posisi trade walaupun tiada setup yang berlaku.
Apa-apa pun sekiranya anda dapat kenal pasti yang anda mahu buka posisi disebabkan emosi, JANGAN ENTRY trade tersebut, jauhkan diri dari komputer atau jangan hadap chart, kalau tidak akan ada tangan yang gatal mahu tekan Buy atau Sell.