You are currently viewing 7 Sebab Kenapa Kebanyakan Trader Gagal

7 Sebab Kenapa Kebanyakan Trader Gagal

Ianya bukanlah satu rahsia yang lebih daripada 95% trader gagal di dalam industri ini.

Tetapi jangan biarkan angka itu melemahkan semanggat anda untuk menceburi bidang trading kerana ianya tidak mustahil untuk berjaya dalam bidang ini anda hanya perlu perbaikikan diri dan elak daripada membuat kesilapan seperti kebanyakan trader yang lain buat.

Hari ini saya akan berkongsi 7 sebab kenapa kebanyakan trader gagal di dalam trading dan apa yang boleh kita belajar daripadanya.

1) Mereka Tidak Tahu Waktu Bila Sesuai Untuk Trade

Munkin anda sudah tahu salah satu kelebihan pasaran forex berbanding pasaran lain seperti saham adalah market forex dibuka selama 24 jam dari isnin hingga jumaat.

Walaupun market forex ini dibuka selama 24 jam sehari, tetapi itu tidak bermaksud yang market sentiasa aktif, ada waktu dimana market tidak banyak pergerakkan dan ada juga dimana waktu market aktif.

Contoh kita perlu tahu sesi market yang sedang buka ketika waktu itu, biasanya ketika pagi waktu Malaysia market yang sedang buka adalah Australia, New Zeland dan juga Jepun, jadi ketika ini 3 matawang tersebut biasanya aktif sedikit berbanding matawang yang lain seperti USD, EURO dan GBP.

Waktu yang paling aktif adalah apabila sesi trading di London sudah dibuka bersama waktu pasaran New York.

Jadi hanya trade matawang yang sedang aktif.

Kalau anda trade forex sebagai part time dan ada kerja ikut shif, kalau anda trade waktu pagi jadi munkin anda mahu fokus di matawang AUD, NZD dan JPY kerana ketika ini 3 matawang tersebut sedang aktif.

Jika anda trade malam biasanya tidak kesah mana-mana pair anda trade sebab biasanya waktu itu market memang sedang aktif.

Untuk melihat market mana yang sedang buka boleh lihat di Forex Market Hours.

2) Terlalu Sebuk Mencari Strategy Yang Sempurna

Mesti anda pernah google untuk mencari strategy trading yang padu punya tidak ada loss betul tak, jangan rasa malu sebab saya pun pernah cari sampai berjam-jam cari di internet sampai post dekat forum trading di negara luar untuk menanya hahaha.

Memang tidak wujud “Teknik Holy Grail” tidak kesah anda habiskan masa berjam-jam atau berhari memang tidak akan jumpa, setiap strategy akan ada kelebihan dan kelemahannya.

Satu lagi adalah menggunakan strategy yang tidak sesuai, apa maksud saya?

Sesetengah trader sesuai dengan trading cara scalping dan ada yang tidak tetapi mereka sesuai dengan intraday atau swing trading. Jadi kita perlu mencuba dan cari strategy yang sesuai dengan diri kita.

Anda boleh baca jenis-jenis trader yang ada untuk tahu jenis trader yang mana satu munkin sesuai dengan anda.

[adrotate group=”2″]

3) Mereka Menggambil Risiko Yang Besar

Ini munkin antara benda yang paling simple tetapi masih ramai trader buat kesilapan ini iaitu tidak menjaga risiko mereka ketika trading seperti menggunakan leverage yang besar, tidak melakukan Risk Management serta Money Management adalah antara faktor utama kenapa kebanyakkan trader gagal.

Anda munkin sudah baca banyak kali dimana saya kata “sentiasa jaga risk” dan ianya memang benar, seorang trader yang berjaya mereka tahu dimana mereka patut keluar daripada trade tersebut sekiranya mereka salah darpiada terus pegang posisi trade tersebut.

“Saya Kaya Hanya Sebab Saya Tahu Bila Saya Salah, Pada Dasarnya Saya Berjaya Dengan Mengenali Kesilapan Saya.”

Quote diatas adalah daripada George Soros salah seorang trader yang ternama didunia yang telah menjatuhkan bank negara England dengan menjual matawang British Pound.

Saya sendiri dulu sangkakan yang risk dan juga money management ini hanya membuang masa, tetapi bila saya mula lakukan risk management serta money management saya nampak yang trading saya makin bagus serta prestasi semakin menaik.

Kalau George Soros, seorang trader yang ternama di dunia katakan yang ianya penting untuk menjaga risiko, siapakah kita trader yang biasa-biasa nak katakan yang ianya tidak penting.

Untuk terangan lebih mendalam boleh baca lagi di artikel: Kenapa Money, Risk & Trade Management Penting Dalam Trading.

4) Tidak Mempunyai Ilmu Yang Mencukupi

“Risiko Datang Apabila Anda Tidak Tahu Apa Yang Anda Buat.”

Quote dia atas adalah daripada Warren Buffet, apa yang beliau cuba katakan adalah sebelum anda melakukan sesuatu atau melabur dalam sesuatu cuba untuk paham benda itu dahulu.

Cuba habiskan masa dalam 1 tahun untuk belajar tentang market dahulu sebelum anda mula trade guna duit sebenar, munkin ada yang fikir 1 tahun itu masa yang lama anda perlu ingat nak berjaya dalam sesuatu akan menggambil masa kalau anda boleh habiskan masa 3 tahun untuk mendapat diploma kenapa anda tidak boleh habiskan masa dalam setahun untuk belajar tentang market dahulu?

5) Tidak Ikut Price Action

Salah satu kelebihan market forex berbanding pasaran lain macam saham adalah di forex kita boleh buat keuntungan ketika market sedang menaik dan juga menurun.

Tetapi itu tidak bermakna yang kita boleh saja trade ketika market sedang menaik dan menurun, kita perlu lihat arah trend market yang sebenar.

Kalau anda lihat di atas ianya memang jelas yang market sedang bergerak dalam keadaan downtrend, saya ada label yang bila market bergerak ke bawah ikut arah trend ianya lebih jauh berbanding market yang bergerak arah bertentanggan dalam contoh ini menaik.

Sebab itu pentingnya untuk anda trade dengan ikut arah trend market, ini tidak bermaksud yang anda tidak boleh trade dengan lawan arah trend cuma saya tidak sarankan lagi-lagi jika anda masih baru lagi dalam bidang trading ini, sebab ketika market bergerak melawan arah trend ia agak susah untuk ramal pergerakan market.

[adrotate group=”4″]

6) Tidak Bersedia Dari Segi Mentality

20% Strategy, 40% Risk Management & 40% Mindset.

Itu adalah peratus yang memainkan peranan besar dalam trading, strategy hanya memainkan peranan sebanyak 20% dalam trading kita, 40% adalah cara kita menjaga risiko dalam trading dan itu masih tidak cukup kerana lagi 40% adalah mindset kita dalam trading.

Dalam apa-apa bidang pun mindset itu amat penting, kalau anda terlibat dalam bidang perniagaan anda perlu menjaga emosi anda supaya tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, doctor pun sama mereka perlu sentiasa menjaga emosi mereka lagi-lagi ketika dalam keadaan tertekan kerana nyawa orang dalam terancam.

Trading pun tiada bezanya juga kita perlu belajar untuk menggawal emosi kita daripada membuat keputusan disebabkan emosi seperti tamak, ego, F.O.M.O, perasaan takut, etc.

Boleh baca lagi tentang perkara ini di sini untuk tahu jenis-jenis emosi yang bahaya dalam trading serta cara untuk atasi emosi tersebut.

7) Tidak Mempunyai Minat

Kebanyakan sebab kenapa ramai orang mahu mula trading adalah untuk membuat duit dan itu tidak salah tetapi kita perlu minat juga prosess untuk menjadi seorang trader.

Trading ini bukanlah bila kita baru mula dan dalam masa 1 bulan atau 3 bulan atau 6 bulan kita dah boleh sangkakan kita akan berjaya, macam di point no.4 yang saya katakan kita perlu kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun dan bagi setengah orang ianya tempoh yang agak lama sebab itu ianya penting untuk anda betul-betul minat dalam trading ini.

Kalau kita tidak minat untuk belajar ianya agak susah untuk kita berjaya dalam bidang ini, untuk membuat duit dalam market ini tidak susah tetapi untuk mencari ilmu untuk membuat duit dalam market itu yang susah.

Untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun kita perlu ada minat dalam bidang tersebut, pernah tak anda jumpa pemain bola professional yang cakap dia tidak minat main bola?

Mesti tidak pernahkan, jadi anda perlu ada minat untuk belajar dan kaji tentang market serta trading.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply