Selamat pagi dan Salam Sejahtera
Harap semua sihat dan sudahkah bersedia untuk trade pada minggu ini?
Minggu ini saya akan pantau dua pair ini GBP/CHF dan NZD/CAD.
NZD/CAD
Pair NZD/CAD sudah berada dalam keadaan uptrend selama 2 minggu berturut-turut dan telah membuat kenaikan lebih dari 200 pips.
Saya masih tidak jangkakan pergerakan uptrend ini sudah tamat dan kemungkinan akan ada continuation lagi untuk pergerakan ini.
Level Support Pertama: 0.82905 – 0.82741
Level Support Kedua: 0.82422 – 0.82213
Ketika ini harga sedang berada dalam kawasan support 1 dan jika ada ciri-ciri bullish berlaku mungkin menunjukan harga akan bertahan di level ini dan pasaran sudah mahu mula sambung bergerak ke arah trend semula.
GBP/CHF
Di pair GBP/CHF terdapat kemungkinan harga akan bertahan di antara level resistance ini:
Resistance Pertama: 1.21439 – 1.21582
Resistance Kedua: 1.21942 – 1.22139
Ini adalah 2 level resistance yang kuat saya dapat lihat dan terdapat kemungkinan tinggi harga akan bertahan di salah satu resistance tersebut.
Market Recap
Ini adalah bahagian recap analisa pada minggu lepas buat pair AUD/USD dan EUR/CHF.
AUD/USD
Analisa pair AUD/USD pada minggu lepas kita menjangkakan pergerakan bullish di pair ini.
Pada awalnya harga mempunyai kesukaran untuk bergerak menaik seperti pada hari selasa harga sudah masuk dalam zone support dan naik hanya dalam 40 pip.
Kemudiannya harga turun semula untuk sentuh level break even dan pada hari rabu terdapat peluang kedua untuk entry baru dan kali ini harga bergerak sebanyak 100 pips.
Jadi jumlah keseluruhan adalah dalam 140 pips di pair AUD/USD.
EUR/CHF
EUR/CHF agak menggecewakan sedikit kerana harga gagal untuk sampai ke salah satu zone resistance dan terus membuat penurunan.
Jadi ini adalah satu trade yang terlepas peluang untuk entry. Jika harga berjaya memasuki zone resistance tersebut potensi trade ini adalah dalam 250 pips.
Dalam trading ini terdapat risiko yang tinggi dimana kita boleh kehilangan kesemua modal kita. Jadi sila berhati-hati ketika trading.
Segala analisa di website ini hanyalah sekadar pandangan saya ketika keadaan pasaran semasa. Semua trade yang anda ambil adalah atas faktor risiko anda sendiri.