Apakah tabiat atau perkara yang sering dilakukan oleh trader profesional untuk mencapai ke tahap seorang trader yang berjaya dan bagaimana kita boleh gunakan tabiat tersebut untuk perbaiki trading kita untuk mendapat prestasi trading yang lebih bagus.
Saya pasti ramai ingin menjadi seorang trader yang berjaya, tapi untuk berjaya dalam apa-apa perkara sekali pun kita perlu betulkan tabiat kita dahulu.
Perkongsian kali ini adalah tentang apakah tabiat yang perlu dimiliki oleh trader untuk berjaya dalam trading.
Pengambilan Utama
- Untuk menjadi trader yang berjaya, kita perlu miliki tabiat seorang trader yang berjaya.
- Trader profesional tidak akan berhenti mencari ilmu walaupun mereka sudah konsistent dengan trading mereka.
- Emosi amatlah bahaya, jika ianya tidak dikawal ia boleh menghancurkan trader.
Isi kandungan
Terus Mencari Ilmu
Ianya tidaklah begitu mudah untuk menjadi trader yang berjaya kerana trading ini memerlukan sifat suka untuk terus belajar, dalam trading pembelajaran ini tiada penghujungnya sentiasa terdapat perkara baru untuk dibelajari.
Sebab itu kita tidak boleh rasa bahawa kita sudah tahu kesemua perkara berkenaan trading dan tiada siapa yang boleh katakan mereka sudah paham seratus peratus tentang trading.
Trading ini bukan hanya tentang analisa teknikal atau fundamental sahaja, ianya lebih dari itu antaranya bagaimana kita nak kawal emosi semasa trade, cara nak kurangkan risiko dan bina sifat kesabaran.
Ulang Kaji Trade Lama
Antara cara terbaik untuk teruskan belajar dalam trading adalah dengan mengkaji semula trade kita yang terdahulu.
Banyak perkara yang kita dapat belajar dari posisi trade lama yang kita ambil tidak kira untung mahupun rugi.
Dengan mengkaji semula trade lama kita akan nampak perkara baru yang kita mungkin terlepas pandang contoh, kenapa trade itu menjadi rugi walaupun sudah berlakunya trade setup?
Mungkin ia rugi disebabkan waktu kita buka posisi trade itu terlalu awal atau mungkin juga terlalu lewat, dari situ kita dapat tahu perkara yang perlu diperbaiki adalah waktu bila patut buka posisi trade.
Mengawal Waktu Trading
Walaupun pasaran kewangan seperti saham, forex dan crypto ini dibuka hampir setiap hari tapi itu tidak bermaksud setiap hari kita perlu ada ambil peluang trade.
Mungkin ketika itu pasaran sedang bergerak dalam keadaan tidak menentu, jadi ianya lebih selamat untuk tidak ambil sebarang peluang trade buat seketika.
Kadang-kadang trade yang kita tidak ambil itu adalah keputusan trade yang paling bagus kerana kita tidak alami sebarang kerugian.
Dengan mengawal waktu bila kita trade juga dapat membantu dengan masalah dipanggil sebagai “over trading” dimana trader ambil peluang trade terlalu banyak yang boleh mendatangkan risiko kerugian tak terkawal.
Selain itu ia juga dapat membantu trader untuk kawal rasa ketagihan mereka terhadap pasaran. Ramai trader alami masalah dimana mereka terlalu ketagih untuk sentiasa melihat chart dan ingin tekan butang beli dan jual disebabkan adrenalin yang mereka dapat semasa trading.
Apabila trader tahu bila waktu untuk trade dan bila masa yang tidak sesuai untuk trade mereka akan menjadi seorang trader lebih berdisiplin serta konsistent.
Melatih Emosi
Ramai trader terlalu fokus kepada analisa teknikal atau fundamental tetapi mereka tidak tahu bahawa kawalan emosi memainkan peranan sebanyak 40 peratus dalam trading, penjagaan risiko lagi 40% manakala analisa hanyalah 20 peratus.
Jadi jangan terlalu hanya beri perhatian pada teknikal analisa sahaja tapi berikan tumpuan lebih kepada cara nak kawal emosi semasa trading.
Antara punca utama trader gagal bukanlah kerana teknik analisa mereka salah tetapi sebab tidak dapat mengawal emosi mereka.
Maka peranan emosi dalam trading ini sangatlah tinggi dan penting tetapi selalu dianggap remeh kebanyakkan trader.
Dengan ketahui jenis-jenis gangguan emosi selalu dialami trader kita akan dapat mengenal pasti punca kenapa gangguan itu berlaku dan apakah cara terbaik untuk atasinya.
Berlatih Dahulu
Ramai trader yang selalu lompat diantara satu strategi trading ke strategi yang lain dalam tempoh masa pendek biasanya disebabkan mereka lihat prestasi itu bagus di awal pemulaannya kemudian prestasi teknik itu makin merundum.
Cara ini adalah salah dan agak berbahaya kerana ia boleh memerangkap trader dalam kitaran yang sama dan sentiasa berulang.
Apa yang trader patut buat adalah dengan cuba untuk kekal gunakan stratgi yang sama dalam tempoh 3 hingga ke 4 bulan ini untuk ketahui prestasi sebenar strategi itu dan penurunan prestasi yang berlaku bukan disebabkan strategi itu tidak berkesan tetapi kerana keadaan pasaran semasa yang tidak sesuai.
Trader selalu jangkakan jika teknik analisa itu bagus, pergerakan perkembangan akaun trading mereka akan terus bergerak menaik, tapi realitinya ianya tidak secantik itu.
Jangkaan yang bagus adalah dengan tahu bahawa prestasi tidak akan menaik secara lurus tetapi akan berlakunya naik turun tapi dalam jangka masa panjang ianya bergerak semakin menaik.
Sebab itu pentingnya untuk trader berlatih pada akaun latihan dahulu untuk betul-betul kenali prestasi teknik analisa mereka benar-benar berkesan ataupun tidak.
Trader tidak boleh terus trade menggunakan akaun sebenar hanya selepas 1 minggu ke 2 minggu berlatih di akaun latihan. Anda perlukan sekurang-kurangnya 3 ke 4 bulan rekod latihan.
Kenapa perlu berlatih selama itu?
Dalam pasaran kewangan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut dan sekiranya strategi anda benar-benar berkesan anda akan nampak kenaikkan dalam akaun anda dalam sekitar tempoh waktu tersebut.
Bagaimana Semua Ini Dapat Perbaiki Trading Kita?
Anda tidak akan jumpa mana-mana trader profesional yang tidak mengamalkan apa yang dikongsikan di atas. Mungkin tidak kesemua tabiat di atas akan diamalkan oleh seorang trader tapi saya pasti trader yang berjaya pasti akan ada amalkan sekurang-kurangnya 2 daripada apa yang dikongsikan.
Jadi bukannya saya katakan anda perlu amalkan kesemuanya sekali tapi pilih yang mana satu anda yakin dapat laksanakan dan terus melaksanakannya ke dalam trading anda.
Soalan Lazim
Apakah Sifat Paling Penting Untuk Menjadi Trader Berjaya?
Kesabaran adalah antara sifat penting yang perlu dimiliki trader untuk berjaya dalam trading kerana perjalanan untuk menjadi seorang trader konsistent bukanlah mudah untuk dicapai ia perlukan kesabaran yang tinggi.
Bagaimana Nak Kekal Tenang Dalam Trading?
Cara terbaik untuk kekal tenang adalah dengan mempunyai perancangan trading yang kukuh dan hanya membuat keputusan trade kita berdasarkan perancangan tersebut. Dengan menggunakan trading checklist dapat membantu kita untuk menjadi lebih tenang dan berdisiplin dalam trading.
Bagaimana Nak Bina Tabiat Yang Baik Dalam Trading?
Bina tabiat satu demi satu adalah cara terbaik untuk bina tabiat dalam trading, ianya tidak disarankan untuk cuba membina 3 atau lebih tabiat secara serentak.
Kesimpulan
Semua trader yang berjaya pasti akan ada amalkan dalam dua atau lebih daripada senarai tabiat yang dikongsikan di atas.
Jika diamalkan dengan betul trader akan perasan prestasi trading mereka akan mula meningkat dan trading ini tidak menjadi begitu membebankan lagi.
Untuk membina tabiat juga bukanlah sekejap bergantung kepada individu tersebut ada yang dapat membina tabiat mereka dalam 30 hari ada 90 hari, apa yang penting adalah mereka kekal disiplin.