Teknologi blockchain telah menjadi sebuah ciptaan yang revolusi pada tahun abad ke 21 dan walaupun pada asal dicipta untuk digunakan sebagai pengesahan transaksi untuk rangkaian mata wang kripto tapi potensi kegunaan teknologi ini semakin berkembang.
Makin banyak sektor industri sedang mencuba dan mengkaji bagaimana mereka boleh gunakan teknologi ini di dalam perniagaan mereka.
Mari kita lihat 10 industri yang berpotensi untuk menggunakan blockchain pada masa hadapan.
Pengambilan Utama
- Teknologi blockchain mempunyai kegunaan di pelbagai sector.
- Permintaan untuk teknologi blockchain dijangkakan akan meningkat.
- Penggunaan blockchain dapat meningkatkan prestasi syarikat dan meningkatkan lagi keselamatan.
Isi kandungan
Kenapa Perlu Guna Blockchain Dalam Perniagaan?
Peniaga atau syarikat yang menggunakan blockchain dapat meningkatkan kepercayaan pengguna kepada peniagaan tersebut kerana ia menunjukkan ketelusan dalam urus niaga mereka.
5 sebab kenapa perlu guna blockchain dalam perniagaan:
- Ketulusan Urus Niaga: Tanpa penggunaan blockchain setiap syarikat perlu menyimpan maklumat berkenaan urus niaga secara tersendiri dan ini mudah untuk berlakunya kesilapan. Disebabkan blockchain mengedarkan maklumat yang sama pada semua rangkaian komputer maka ianya lebih susah untuk berlakunya kesilapan atau pengubahan maklumat.
- Keselamatan: Dengan kaedah urus niaga lama sesiapa saja boleh ubah maklumat dalam rekod, tetapi apabila maklumat itu sudah berada dalam blockchain ianya agak susah untuk diubah maka ianya lebih selamat dan dapat kurangkan berlakunya kes penipuan.
- Penjejakan: Dalam blockchain peniaga dapat menjejaki segala langkah dalam sebuah urusan perniagaan, ini dapat kurangkan berlakunya kesilapan seperti kehilangan barang ketika import dan eksport.
- Automasi: Untuk urusan yang kecil dan mudah ianya boleh dijalankan secara automatik dengan menggunakan ‘smart contracts‘ ini dapat meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan lagi proses kerja.
- Meningkatkan Kecekapan dan Kelajuan: Kaedah tradisi menggunakan kertas boleh memakan masa yang lama dan boleh berlakunya kesilapan disebabkan ketidakcekapan manusia. Jika blockchain digunakan ianya dapat permudahkan urusan tersebut dan menyimpan segala transaksi urus niaga dengan lebih selamat.
Sector Mana Blockchain Boleh Digunakan?
Terdapat beberapa industri yang boleh gunakan teknologi blockchain dalam urusan mereka. Mari kita lihat apakah sektor-sektor tersebut.
1. Perbankan
Ketika ini sekiranya kita ingin mengirim duit ke luar negara mungkin kerana ada membeli barang secara dalam talian biasanya kita akan dikenakan bayaran tambahan seperti kadar tukaran mata wang serta caj pembayaran, bukan itu saja bergantung kepada jumlah yang dihantar ia mungkin boleh ambil masa beberapa hari untuk transaksi tersebut selesai.
Tapi blockchain dapat menyelesaikan masalah yang sering dialami bank traditional. Dengan blockchain kita dapat kurangkan tempoh masa yang diambil untuk menghantar duit ke seluruh dunia, pada masa yang sama dapat kurangkan caj bayaran yang dikenakan kepada pengguna atau peniaga.
Ini kerana blockchain membenarkan untuk tiada penglibatan orang tengah untuk selesaikan transaksi apa yang kita perlukan hanyalah alamat dompet kripto penerima serta jumlah untuk dibayar.
Sebagai contoh, satu projek crypto yang sedang cuba untuk menyelesaikan isu ini adalah Ripple dimana mereka cuba untuk memudahkan cara kita melakukan transaksi secara antarabangsa.
Dalam kata yang ringkas, penerapan blockchain ke sektor perbankan dapat memajukan lagi cara kita melakukan tansaksi ke luar negara dengan lebih pantas serta caj bayaran yang lebih rendah.
2. Penjagaan kesihatan
Potensi penggunaan teknologi blockchain di bahagian kesihatan sangat berpotensi tinggi. Ketika ini sektor penjagaan kesihatan mempunyai isu berkaitan dengan simpanan data ianya mudah untuk diceroboh, boleh ambil masa jika ingin mencari data berkenaan pesakit dan data menjadi rosak atau hilang.
Sebab itu pelaksanaan blockchain pada sektor penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memudahkan penyimpanan maklumat pesakit dan pada masa yang sama lebih selamat.
Daripada menyimpan data secara berpusat yang memudahkan penggodam untuk mencuri data ianya lebih selamat untuk menyimpan data dalam blockchain di mana setiap block akan berhubung dengan block yang sebelumnya yang akan menyusahkan penggondam untuk rosakkan data pesakit.
3. Pengurusan rantaian bekalan
Blockchain amatlah bermanfaat buat syarikat yang terlibat dalam pengurusan rantaian bekalan kerana mereka boleh menjejaki segala rekod berkenaan barangan seperti siapa penghasilnya, dari mana asalnya produk itu, siapa penggedarnya dan peruncit mana yang menjualnya.
Jika sektor ini berjaya menggunakan blockchain ke dalam operasi mereka ini akan memberikan mereka lebih ketelusan berkenaan dari mana datangnya bekalan tersebut yang akan menjadikan lebih sukar untuk berlakunya penipuan bekalan. Pada masa yang sama disebabkan segala rekod akan disimpan ke blockchain ianya agak sukar untuk mengubah data dalam erti kata lain ianya lebih selamat.
4. Kerajaan
Antara kaedah pengunaan blockchain pada sektor kerajaan adalah gunakan ia sebagai sistem pengundian pilihan raya dan penyimpanan maklumat berkenaan keselamatan pengenalan diri.
Disebabkan ianya agak susah untuk mengubah maklumat dalam blockchain maka ianya adalah kaedah yang terbaik untuk menyimpan data berkenaan pengenalan diri seperti kad pengenalan rakyat, kad pemandu dan juga pasport ini dapat membantu untuk membasmi isu berkenaan dengan pengenalan palsu.
Bagi sistem pengundian pilihan raya pula ianya lebih selamat kerana peluang untuk berlakunya undian paslu amatlah tipis dan mustahil, ini adalah isu yang sering dialami di pelbagai negara.
Maka implementasi teknologi ini pada bahagian kerajaan sangat membantu untuk menjaga keselamatan negara daripada berlakunya pencerobohan data.
5. Insurans
Dengan blockchain industri insurans dapat mencegah isu seperti tuntutan palsu dan pada masa yang sama mencegah pemalsuan.
Selain dari itu ianya juga akan menjaga keselamatan data pengguna daripada penceroboh dan memudahkan proses pekerjaan.
6. Penyimpanan Maklumat
Sekarang ini semua menyimpan fail, maklumat serta kerja mereka ke dalam pusat penyimpanan data seperti Google Cloud atau Microsoft Azure.
Tapi risiko kaedah ini adalah ianya berpusat, sekira berlakunya pencerobohan atau pangkalan data mempunyai masalah terdapat potensi untuk ktia kehilangan segala benda yang kita simpan.
Tapi dengan blockchain segala file dan data yang kita simpan lebih selamat kerana ianya bukanlah pangkalan berpusat jika berlakunya situasi seperti kebakaran pada satu komputer ianya tidak akan memberi kesan sangat kerana data simpanan itu disebarkan ke seluruh komputer di serata dunia yang berada dalam rangkaian blockchain tersebut.
Selain dari itu disebabkan tiada pangkalan data pusat, kos operasi menjadi lebih murah dan secara tidak langsung harga yang perlu dibayar untuk setiap GB data lebih rendah berbanding dengan pilihan lain.
Salah satu projek crypto yang menawarkan perkhidmatan cloud storage adalah Storj, harga yang ditawarkan lebih murah.
Satu lagi, jika anda mempunyai ruang simpanan tambahan yang tidak guna di komputer, anda boleh kongsikan ruang tersebut dan menerima bayaran sebagai ganjaran.
7. Hartanah
Jika anda pernah beli atau menjual rumah anda pastu tahu betapa penat dan lecehnya proses untuk selesaikan urusan pembelian atau penjualan.
Dengan menggunakan blockchain dalam hartanah dapat membantu kita untuk elak pelbagai orang tengah seperti ejen hartanah, broker dan pengurus hartanah dengan itu bukan saja ia dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam urus niaga bahkan juga menyediakan akses terus untuk pembeli kecilan seperti pemilik rumah.
8. Pelancongan
Pihak kapal terbang boleh menggunakan teknologi blockchain untuk memudahkan lagi penjualan tiket penerbangan yang akan mengurangkan berlakunya kesilapan ketika daftar masuk dan daftar keluar penerbangan.
9. Mekanik
Ramai tidak fikir tentang penggunaan blockchain dalam sektor pembaikan kenderaan. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk menyimpan rekod tentang urus niaga apa yang dibaiki untuk kereta apa dan jumlah, ini bagus sekiranya terdapat isu atau masalah selepas pembaikan.
Selain itu, bengkel juga boleh gunakan blockchain untuk ketahui dari mana datangnya alat ganti tersebut, ini dapat menghindarkan daripada berlakunya penipuan dengan menukar barang alat ganti dengan tiruan.
10. Keselamatan Siber
Pencerobohan data makin kerap berlaku dan ianya mungkin akan terus meningkat. Tetapi blockchain dapat membantu untuk menurunkan kemungkinan untuk berlakunya pencerobohan maklumat.
Disebabkan blockchain ini tiada komputer yang berpusat maka ianya lebih susah untuk pengondam serang dan cerobohi kerana mereka perlu ceroboh banyak komputer daripada hanya satu komputer pusat.
Tapi ini bukan nak katakan bahawa blockchain ini 100 peratus selamat, masih terdapat kelemahan juga tapi ianya lebih susah untuk berlakunya pencerobohan dalam blockchain.
Soalan Lazim
Adakah Blockchain Hanya Untuk Cryptocurrency?
Blockchain boleh juga digunakan di pelbagai industri selain cryptocurrency antaranya perbankan, keselamatan siber, penjagaan kesihatan dan penyimpanan maklumat.
Syarikat Mana Sudah Menggunakan Blockchain?
Sudah banyak syarikat yang sudah menggunakan blockchain dalam operasi mereka antaranya Microsoft, Coca Cola, Shell, Citi, Samsung dan Alibaba.
Sektor Apa Yang Paling Terjejas Akibat Blockchain?
Sektor kewangan seperti bank dan hartanah adalah antara sektor yang paling terjejas akibat blockchain.
Kesimpulan
Ketika ini teknologi blockchain masih berada di peringkat awal dan masih banyak syarikat yang sedang mengkaji bagaimana nak gunakan teknologi ini dalam operasi perniagaan mereka.
Tapi saya yakin bidang blockchain ini terdapat potensi lagi untuk berkembang dan mungkin tempoh yang diambil adalah sekitar 5 hingga 10 tahun sebelum teknologi ini mula menjadi matang.