Potensi Short Di EUR/CHF dan AUD/CAD

Selamat Pagi,

Minggu ini saya jangkakan market mungkin akan banyak bergerak secara turun naik dengan kuat jadi perlu berhati-hati untuk trade pada minggu ini. Tetapi terdapat 2 pair yang memberikan potensi trade setup yang ok iaitu AUD/CAD dan juga EUR/CHF.

AUD/CAD

Pair AUD/CAD sudah bergerak secara downtrend selama sebulan, tetapi saya masih menjangkakan pergerakan ini masih belum tamat dan kemungkinan tinggi AUD/CAD masih akan meneruskan pergerakan downtrend mereka.

Terdapat 2 zone resistance yang saya akan lihat untuk mencari peluang entry, yang pertama di 0.90366 – 0.90490, ketika ini harga sedang berada berdekatan dengan zone pertama jadi jika berlakunya ciri-ciri bearish ianya mungkin peluang untuk entry.

Jika harga break zone pertama saya akan lihat zone kedua pula 0.90945 – 0.91073, ini adalah zone kedua resistance yang harga mungkin akan bertahan.

EUR/CHF

Untuk EUR/CHF saya menjangkakan penurunan juga akan berlaku di pair ini tetapi ktika ini harga sedang berada di area support yang kuat. Jadi zone resistance yang saya akan lihat adalah 1.03937 – 1.04020 kemungkinan boleh ambil dalam 2 ke 3 hari sebelum harga sampai ke zone resistance tersebut.

Tapi apa yang perlu ingat adalah minggu ini terdapat keluaran data berkenaan interest rate di U.S yang berkemungkinan dapat memberikan impak yang kuat pada pasaran jadi sentiasa berhati-hati dan jangan lupa untuk menjaga risk management. Data tersebut akan keluar pada 27 Jan jam 3 pagi waktu Malaysia.

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply