You are currently viewing Monero(XMR)

Monero(XMR)

Apa itu Monero

Monero atau nama pendeknya XMR, dicipta oleh 7 orang programmer pada tahun 2014 dan tujuan monero ini adalah untuk mengembalikan ciri-ciri privasi yang bitcoin telah hilang.

Walaupun transaksi bitcoin tidak mendedahkan identiti siapa sebenarnya penghantar dan penerima, tetapi transaksi bitcoin senang untuk dijejak semula ke sumber asal kerana blockchain adalah terbuka.

Di bawah adalah contoh satu transaksi bitcoin dimana di sini kita dapat lihat alamat wallet pengirim dan wallet penerima, serta berapa jumlah transaksi yang dilakukan.

Monero direka untuk mengaburkan siapa penghantar dan penerima dengan guna kriptografi yang lebih maju.

rekod transaksi monero

Jika anda lihat di atas adalah salah satu rekod transaksi untuk monero, kita tidak dapat lihat maklumat seperti,  alamat wallet penghantar dan penerima, berapa jumlah transaksi, tidak seperti bitcoin.

Bukan itu saja, untuk meningkatkan lagi keselamatan dan privasi, setiap alamat wallet hanya boleh digunakan sekali sahaja, kiranya jika alamat tersebut sudah digunakan dan anda ingin membuat transaksi baru, alamat baru akan dicipta untuk anda.

Ini untuk memastikan bahawa setiap transaksi tidak dapat dihubungkan antara satu sama lain dan akan menyusahkan orang untuk jejak semula transaksi ke sumber asal dengan guna teknik seperti blockchain forensics.

Disebabkan ciri-ciri keselamatan seperti ini menyebabkan ramai orang yang mencurigakan akan guna coin seperti monero untuk menjalankan urus niaga mereka, dan coin XMR juga adalah salah satu coin yang kerap digunakan di dalam Dark Web.

Ada juga yang cerita yang mengatakan XMR ini sebenarnya dicipta oleh Satoshi Nakamoto tapi tiada cara untuk pastikan sama ada ianya benar atau hanya cerita dongeng.