Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Cryptocurrency mining adalah salah satu perkara asas yang membolehkan rangkaian blockchain dan cryptocurrency beroperasi.
Secara mudahnya mining ini adalah sebuah proses untuk menghasilkan coin crypto baharu.
Tapi bagaimana ia beroperasi, mari kita lihat terangan yang lebih mendalam.
Pengambilan Utama
- Untuk mining Bitcoin kita perlukan komputer kelajuan tinggi atau mesin ASIC.
- Ganjaran mining Bitcoin ketika ini adalah 6.25 BTC setiap kali block berjaya disahkan dalam blockchain.
- Bitcoin bergantung kepada miners untuk beroperasi tanpa mereka bitcoin tidak dapat beroperasi.
- Coin yang boleh mining biasanya menggunakan algoritma Proof Of Work(PoW).
Isi kandungan
Nota: Dalam terangan ini saya akan mengunakan Bitcoin sebagai contoh tapi konsep ini boleh digunakan pada mana-mana cryptocurrency yang menggunakan algoritma Proof Of Work.
Apa Itu Bitcoin Mining?
Mining adalah proses penyelesaian kiraan matematik dengan menggunakan komputer kelajuan tinggi untuk mengesahkan transaksi atau block dalam rangkaian Bitcoin. Individu yang menghubungkan komputer mereka dan menyertai dalam rangkaian blockchain akan dipanggil sebagai “miner“.
Komputer yang berjaya mengesahkan sebuah block akan menerima bitcoin sebagai ganjaran dan proses ini akan berulang semula dengan penghasilan block baru.
Penerimaan bitcoin sebagai ganjaran adalah salah satu sebab kenapa ramai orang ingin menyertai dalam proses mining dan ini akan menjadikan rangkaian bitcoin lebih stabil serta lebih selamat.
Setiap kali anda mendengar tentang “mining” dalam crypto itu maksudnya adalah proses yang dilakukan oleh komputer untuk selesaikan kiraan metematik untuk penghasilan block baru dan komputer yang berjaya selesaikan sebuah block akan menerima Bitcoin sebagai pampasan atas hasil kerja mereka.
Kenapa Bitcoin Perlukan Miners
Tanpa miner rangkaian bitcoin tidak akan dapat berfungsi kerana tiada sesiapa atau komputer untuk menyelesaikan block baharu yang akan mengakibatkan transaksi akan tergendala.
Miner ini kita boleh lihat mereka sebagai pekerja juruaudit, tanpa mereka bitcoin tidak akan dapat mengenalpasti transaksi yang berlaku itu adalah sah ataupun tidak dan ini akan menjadikan rangkaian kurang stabil dan tidak selamat daripada transaksi palsu.
Jadi bitcoin perlukan miner untuk beroperasi.
Kenapa Orang Mahu Mula Mining Crypto?
Ianya bergantung ada orang ingin ceburi mining ini kerana ingin mendapat penghasilan crypto seperti Bitcoin, ada individu menyertai mining ini hanya disebabkan minat dengan teknologi dan melihat mining ini sebagai hobi.
Terdapat juga golongan yang melihat mining ini sebagai pelaburan jangka panjang, mereka mining crypto dengan berharap nilai coin tersebut akan menaik.
Boleh fikirkan mining crypto ini ibarat pelombong emas cuma daripada menggunakan alat-alat gali kita gunakan tenaga komputer.
Risiko Cryptocurrency Mining
Sudah tentu mining ini mempunyai risiko dia, mari kita lihat isu apa yang sedang dialami oleh crypto miner.
1) Perubahan Harga Crypto
Saya pasti anda tahu tentang pergerakan harga Bitcoin agak tidak menentu, mungkin hari ini ia naik sebanyak 14% dan lusa ia boleh turun sebanyak -10%, ini boleh menjadi isu buat miner kerana mereka mempunyai kos yang perlu dibayar seperti bil elektrik dan modal membeli mesin mining(bukan murah).
Jika harga Bitcoin tidak begitu stabil ini boleh menjejaskan hasil pulangan miner crypto dan disebabkan ini ramai orang yang sudah tidak berminat untuk mining bitcoin kerana ada bulan dimana mereka boleh alami kerugian besar hanya untuk bayar kos elektrik sahaja.
2) Regulasi
Banyak negara yang sudah mula melarangan cryptocurrency mining sebagai contoh negara China sudah perketatkan undang-undang mereka yang melarang rakyatnya untuk mining Bitcoin.
Ini disebabkan mining perlukan tenaga elektrik yang banyak dan pada masa yang sama ia menghasilkan karbon di udara.
Bangladesh, China, Iraq, Mesir dan Qatar adalah antara negara yang telah mengharamkan crypto mining.
3) Pulangan Pelaburan
Seperti dikatakan tadi harga crypto amatlah kurang stabil dan ini boleh menjejaskan pulangan pelaburan kita dalam mining.
Untuk mula mining ini bukanlah mudah dan modal yang diperlukan untuk mula amatlah tinggi boleh cecah puluhan ribu.
4) Ganjaran Mining
Semakin lama ganjaran yang diberikan kepada miner akan makin berkurangan, ketika ini ganjaran yang diterima oleh miner Bitcoin adalah dalam 6.25 BTC setiap 10 minit.
Ia dijangkakan akan kurang kepada 3.125 BTC pada tahun 2024. Ganjaran mining akan dikurangkan kepada separuh setiap 4 tahun.
Bukan itu sahaja tahap kesukaran untuk mining Bitcoin juga makin meningkat setiap tahun dalam erti kata lain ganjaran mining makin berkurang dan ianya menjadi semakin susah untuk mining.
Bagaimana Nak Mula Mining Cryptocurrency?
Jika anda masih minat untuk mula mining crypto anda perlukan beberapa benda, ini adalah senarai keperluan asas:
- Mesin ASIC
- Lokasi Bagus
- Dompet Kripto
1) Mesin Mining ASIC
Walaupun anda boleh saja bermula dengan menggunakan komputer yang anda sudah ada jika ianya mempunyai graphics processing unit(GPU) tapi ianya tidak begitu disarankan kerana penghasilan mining gunakan komputer biasa agak tidak berbaloi.
Miner bitcoin biasanya akan gunakan mesin Application Specific Integrated Circuit atau ASIC. Mesin ini dicipta khas untuk mining bitcoin.
Tapi mesin ini bukanlah murah harga untuk sebuah mesin ASIC ini boleh mencecah hingga berpuluh ribu.
2) Lokasi
Jika anda ingin mining crypto anda perlukan tempat yang sejuk untuk memastikan mesin mining anda tidak menjadi begitu panas jika tidak ia boleh kurangkan prestasi mining atau mesin itu rosak.
Sebab itu kalau anda lihat kebanyakan mining farm akan berada di tempat yang sejuk seperti di kawasan tinggi atau kawasan bersalji di sini mereka dapat jimat tenaga elektrik untuk penyaman udara.
3) Dompet Kripto
Anda akan perlukan dompet kripto untuk anda menerima bayaran bitcoin dari hasil mining. Sekarang ini terdapat banyak jenis dompet kripto yang anda boleh download pada komputer ataupun telephon pintar.
Mining Pools
Mining pool adalah kumpulan miner kecilan yang gabungkan kuasa mining mereka ke dalam sebuah pool untuk meningkatkan kuasa mining mereka dengan bertujuan untuk menjadi yang terawal selesaikan kiraan block baru dan menerima ganjaran.
Hasil ganjaran mining tersebut akan dibahagikan kepada semua yang terlibat dalam mining pool tersebut berdasarkan jumlah kuasa komputer masing-masing. Mereka yang membekalkan tenaga komputer yang lebih tinggi akan menerima ganjaran yang lebih besar.
Bergantung kepada pool mana yang anda gunakan, sesetengah mining pool akan ada caj bayaran dan caj ini boleh sekitar 1 peratus hingga 3 peratus dari hasil mining anda.
Apa Itu Cloud Mining?
Cloud mining adalah sebuah perkhidmatan yang membenarkan orang lain untuk menyewa tenaga mining tanpa mereka perlu membeli dan menjaga mesin mining atau memasang perisian mining, segala proses adalah secara dalam talian.
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat cloud mining antara yang dikenali adalah IDMining, Genesis Mining, Nice Hash dan Slo Mining.
Mari kita lihat apakah kelebihan serta kekurangan cloud mining ini.
Kelebihan Cloud Mining
- Mudah dan senang: Ianya mudah untuk mereka yang baru saja ingin mula mengenali tengan kripto mining tanpa perlu risau tentang bayaran bil elektrik dan kos pemulaan yang tinggi.
- Kurang risiko: Disebabkan kita tidak membeli atau perlu jaga mesin mining itu sendiri maka itu sudah kurangkan risiko buat kita kerana mesin mining boleh cecah harga berpuluh ribu dan perlukan kawasan yang sejuk untuk beroperasi.
Kekurangan Cloud Mining
- Penipuan: Telah banyak berlakunya kes penipuan dalam crypto dan dalam industri cloud mining, tapi itu tidak bermaksud semuanya adalah scam. Kita perlu pilih syarikat mining yang benar dan sudah lama beroperasi. Kebanyakkan kes scam adalah apabila syarikat mining menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal atau terlalu tinggi dari biasa.
- Pulangan rendah dan kadang-kadang tidak berbaloi: Cloud mining ini bukanlah cara untuk kaya dan kemungkinan tinggi pulangan yang kita dapat tidak begitu tinggi dan masih terdapat caj bayaran yang dikenakan kepada pengguna.
Soalan Lazim
Berapa Hasil Kita Boleh Dapat Melalui Crypto Mining?
Ianya tidak tetap kerana terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebagai contoh, harga kripto semasa dan kita tahu harga kripto boleh berubah dengan pantas dalam tempoh sehari.
Adakah Mining Cryptocurrency Ini Berbaloi?
Untuk mula mining cryptocurrency bukanlah mudah dan memerlukan modal pemulaan yang agak tinggi serta perlu mempunyai lokasi yang sesuai. Buat mereka yang benar-benar minat dan mempunyai modal boleh cuba untuk lihat bagaimana hasilnya, tapi anda perlu lihat mining ini sebagai hobi atau pelaburan jangka panjang.
Berapa Ganjaran Mining Bitcoin?
Ketika ini ganjaran Bitcoin mining adalah sekitar 6.25 BTC setiap 10 minit dan ianya akan kurang menjadi separuh pada tahun 2024 kepada 3.12 BTC setiap 10 minit. Penurunan ini akan berlaku setiap 4 tahun.
Coin Apa Yang Boleh Mining?
Bitcoin(BTC), LiteCoin(LTC), Monero(XMR), DogeCoin, Bitcoin Cash(BCH), Zcash dan Ethereum Classic adalah antara coin kripto yang boleh mining dan masih terdapat beratus lagi kripto lain yang boleh mining.
Apa Itu Mining Farm?
Mining farm adalah sebuah tempat dimana ianya dibina khas untuk mining kripto, mereka biasanya akan beroperasi dalam sebuah gudang atau bagunan besar dan dipenuhi komputer atau mesin ASIC.
Kesimpulan
Cryptocurrency mining adalah langkah yang penting buat crypto kerana ianya adalah proses untuk pengesahan transaksi dan tanpa proses ini rangkaian crypto seperti Bitcoin tidak dapat beroperasi dengan selamat.
Selain itu mining juga adalah proses untuk penghasilan coin baru. Sesiapa saja boleh mula mining kripto tapi ianya disarankan untuk miner kecilan sertai mining pool untuk menerima penghasilan yang lebih bagus.