Back to: Trading Psikologi dan Mindset
Ramai orang selalu katakan “belajar dari kesilapan” tetapi di dalam dunia trading tidak ramai orang mendengar nasihat tersebut, mereka tetap membuat kesilapan yang sama berulang-ulang kali yang menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar.
Perbezaan diantara trader yang berjaya dan tidak berjaya adalah, trader yang berjaya mereka anggap kerugian tersebut sebagai peluang untuk mereka belajar dan perbaikikan lagi trading mereka.
Anda mesti sudah tahu yang kerugian itu tetap akan berlaku, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh kurangkan berlakunya posisi trade yang rugi tersebut.
Trader biasanya akan cuba untuk mencari cara untuk tambahkan keuntungan mereka lagi, sebab itu mereka selalu tukar strategy dengan berharap mereka akan jumpa sebuah strategy dimana kadar kemenangan lebih tinggi, tetapi tidak banyak yang fikirkan cara untuk kurangkan kerugian tersebut berbanding cuba untuk cari cara untuk tambahkan lagi kemenangan.
[adrotate group=”4″] |
Cara Untuk Kurangkan Kerugian
Jadi macam mana cara yang terbaik untuk kita kurangkan kerugian kita?
Mudah saja, dengan belajar semula dari trade yang rugi.
Tiada siapa cakap yang perjalanan untuk menjadi seorang trader ini mudah ia akan ambil masa dan kebanyakan masa anda akan habis dengan mengkaji semula trade anda.
Cuba tetapkan satu hari dalam seminggu untuk anda kaji semula trade anda untuk minggu trading tersebut, seeloknya ketika market sedang tutup seperti hari sabtu atau ahad.
Kenapa anda perlu buat semua ini?
Sebab dengan kaji semula trade sebelumnya, kita mungkin akan jumpa satu petunjuk atau corak pergerakan market yang mungkin dapat perbaikikan lagi gaya trading dan strategy trading kita.
Saya tahu sebab saya sendiri telah alami situasi macam ni dimana sebuah stretegy yang sudah bertahun saya pakai bila kaji semula trade saya lagi-lagi trade setup yang rugi, saya jumpa sesuatu dimana saya masih boleh perbaikikan lagi strategy tersebut dan buatkannya jadi lebih bagus.
Sebagai contoh, kebiasaanya saya akan entry posisi trade saya apabila harga sudah sampai ke satu spesifik level. Kadang-kadang ia mungkin berkesan tetapi kemudian saya perasan selalunya market akan beri petunjuk jika market akan bertahan di level tersebut dan sambung perjalanannya ataupun tidak lalu membuat breakout di level tersebut.
Selepas dapat tahu tentang corak tersebut, saya akan tunggu untuk market beri corak tersebut sebelum entry untuk konfirmasi yang level tersebut akan bertahan ataupun tidak. Dengan ketahui corak tersebut saya dapat kurangkan berlakunya trade yang rugi.
Kadang-kadang ianya bukan sebab strategy trading kita tidak bagus tetapi kita sendiri tidak banyak luangkan masa untuk kaji serta perbaikikan lagi strategy tersebut.
[adrotate group=”2″] |
Trading Checklist
Cara lagi satu adalah dengan mengunakan trading checklist. Penggunaan trading checklist sememangnya dapat membantu dalam trading kita.
Apa itu trading checklist?
Munkin ada yang terfikir apa itu trading checklist sebenarnya dan macam mana pula ia dapat bantu dalam trading kita.
Saya mendapat ilham untuk membuat trading checklist ini daripada sebuah buku bertajuk THE CHECKLIST MANIFESTO daripada Dr. Atul Gawande.
Untuk pendekan cerita buku itu terang tentang cara untuk kurangkan kesilapan dan risiko yang selalunya berlaku disebabkan kesilapan daripada diri kita sendiri, saya bagi satu contoh.
Pernah tak anda terfikir kenapa di lapangan terbang jarang berlakunya kemalangan sedangkan setiap hari beratus kapal terbang mendarat dan mulakan penerbangan di situ dan macam mana menara kawalan trafik udara dapat kekal tenang berkerja sedangkan beratus nyawa boleh berada dalam risiko sekiranya berlaku kemalangan atau kesilapan.
Mereka dapat mengelak daripada melakukan banyak kesilapan disebabkan mereka ada checklist, senarai untuk memberitahu mereka apa yang mereka perlu lakukan selangkah demi selangkah, mereka akan selesaikan langkah yang pertama dahulu sebelum pergi ke langkah kedua dan seterusnya.
Disebabkan checklist tersebut mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan dahulu sebelum memberikan kapal terbang itu mendarat atau mulakan penerbangan. Sekiranya salah satu langkah daripada checklist itu tidak lengkap, kapal terbang tersebut tidak akan terima kebenaran untuk terbang atau mendarat lagi.
Jadi apa kaitan semua ini dengan trading?
Checklist ini sangat membantu untuk disiplinkan kita sebagai trader dan juga dapat kurangkan kerugian kita dalam market.
Pernah tak anda trade kemudian trade tersebut menjadi trade yang rugi selepas itu bila anda kaji semula trade tersebut anda perasan yang yang ada terlepas pandang sesuatu dalam analysis anda.
Itulah kegunaan trading checklist ini ia dapat membantu kita daripada melakukan kesilapan seperti itu.
Download Template Trading Checklist
Ini adalah contoh template trading checklist yang saya guna, ianya tidak perlu mewah-mewah hanya simple text sahaja, anda mungkin ada mahu ubah atau tambah sesuatu kepada checklist tersebut bergantung kepada
strategy anda.
Download Trading Checklist
Dalam trading checklist saya ini hanya ada 8 langkah yang perlu di semak sebelum buka apa-apa posisi trade.
- Adakah Trade Setup Sudah Berlaku
- Trade Tersebut Ikut Arah Trend
- Tiada News Besar Berdekatan
- Adakah Risk Ratio Bagus
- Anda Hanya Risk Dalam 1%-2% Dari Jumlah Modal Akaun
- Apakah Keadaan Emosi Anda Sekarang
- Adakah Anda Mahu Entry Sebab Analysis atau Emosi?
- Saya Boleh Terima Kerugian Dalam Trade Ini
Cara Guna Trading Checklist Tersebut
Ini adalah panduan cara guna trading checklist dan maksud setiap benda dalam trading checklist tersebut.
Adakah Trade Setup Sudah Berlaku?
Maksudnya berdasarkan strategy trading anda adakah trading setup sudah berlaku, sekiranya Ye anda boleh terus ke point kedua, sekiranya Tidak jadi anda tidak perlu trade ketika waktu itu.
Trade Tersebut Ikut Arah Trend?
Adakah trade setup yang berlaku tersebut menggikut arah trend. Sekiranya market sedang berada dalam uptrend kita hanya perlu cari peluang buy sahaja dan sekiranya market berada dalam downtrend kita hanya cari peluang setup untuk sell.
Ini tidak bermaksud yang anda tidak boleh trade lawan arah trend, cuma sekiranya anda masih baru lagi dalam trading saya sarankan anda untuk hanya trade ikut arah trend market dengan cara ini anda akan dapat jadi lebih konsistent dengan trading anda.
Kalau anda lihat gambar di atas menunjukan market sedang membuat downtrend dan jika kita trade ikut arah trend tersebut keuntungan kita lebih besar berbanding lawan arah trend.
Tiada News Besar Berdekatan
Lihat Economic Calendar sebelum membuka posisi trade anda, ini sebab sekiranya anda buka posisi trade ketika news berdekatan risiko untuk market bergerak bertentangan dengan analysis anda amat tinggi.
News tidak sentiasa akan mengubah arah pergerakan market tetapi ianya agak bahaya sekiranya anda adalah intraday trader, kerana intraday trader biasanya trade menggunakan stop loss yang ketat jadi risiko untuk market sentuh stop loss itu amat tinggi.
Saya sarankan untuk tidak membuka posisi trade sekiranya ada news yang besar akan keluar dalam jangka masa 30 minit.
Contoh kalau anda ada trade setup yang berlaku dan masih ada dalam 2 jam sebelum ada news besar itu ok lagi anda boleh buka posisi trade tersebut dan anda akan ada masa untuk lakukan trade management ketika itu.
Adakah Risk Ratio Bagus
Adakah risk ratio setup tersebut ada dalam kriteria anda, sebagai contoh munkin anda hanya masuk trade sekiranya risk ratio dalam 2:1.
Kalau setup tersebut lebih rendah daripada 2:1 jadi anda tidak perlu trade setup tersebut dan tunggu peluang lain, munkin anda hanya trade sekiranya risk ratio dalam 3:1, apa-apa pun pastikan setup tersebut lengkap dengan syarat anda sebelum entry.
Anda Hanya Risk Dalam 1%-2% Dari Jumlah Modal Akaun
Ini lebih ke money management, adakah anda hanya risiko kan dalam 1% hingga 2% dari jumlah modal akaun anda.
Contoh kalau anda trade akaun standard dengan modal $100, 2% daripada $100 adalah $2.
Jadi maximum yang anda boleh risikokan adalah $2 setiap trade.
Boleh baca lagi tentang ini di topik Money Management.
Apakah Keadaan Emosi Anda Sekarang
Adakah anda sedang berasa sedih atau munkin marah, sekiranya emosi atau mood anda tengah tidak elok jangan trade.
Walaupun ada trade setup yang nampak macam baik jangan trade juga, ketika emosi anda sedang tidak stabil, kerana ketika emosi tidak bagus kita biasanya tidak dapat lakukan sesuatu benda itu dengan sempurna munkin anda akan ada terlepas pandang sesuatu ketika analysis.
Adakah Anda Mahu Entry Sebab Analysis atau Emosi?
Adakah anda mahu entry ini disebabkan analysis ataupun emosi seperti F.O.M.O
Pastikan anda hanya entry disebabkan analysis anda dan bukannya disebabkan emosi.
Saya Boleh Terima Kerugian Dalam Trade Ini
Adakah anda mampu untuk terima kerugian sekiranya trade tersebut bergerak bertentangan daripada analysis anda?
Ramai trader cakap yang losing trade itu memang perkara biasa dalam trading dan ianya memang benar tetapi apa yang saya nampak dengan trader baru adalah kebanyakan masih takut untuk membuka posisi trade disebabkan perasaan takut dengan kerugian.
Munkin mereka mula dengan modal yang kecil seperti $100 dan trade di akaun standard jadi kerugian itu akan nampak besar.
Tetapi sekiranya mereka mula dengan modal yang sama tetapi membuka akaun kecil seperti micro munkin mereka tidak akan berasa takut sangat untuk membuka posisi trade mereka kerana risiko loss mereka yang kecil.
Jadi itulah apa yang ada dalam trading checklist saya.
Apa yang saya sendiri lakukan adalah sekiranya salah satu daripada 8 soalan tersebut saya jawab tidak atau pilihan yang tidak bagus saya tidak akan trade setup tersebut walaupun ianya nampak seperti setup entry yang sempurna.
Katakan 7 kotak tersebut semuanya bagus kecuali satu kotak saya tanda tidak sebagai contoh belah emosi sedang tidak stabil jadi saya tidak akan trade.
Munkin ada yang terfikir kalau macam tu habislah terlepas peluang, ye munkin setup tersebut sebenarnya akan menjadi trade yang profit tetapi sekiranya anda kekal kepada trading checklist anda serta kekal disiplin, anda akan jadi lebih konsistent dalam trading anda.
Dalam trading ini ia bukan hanya tentang untuk membuat duit tetapi kesabaran kita untuk kekal disiplin.
Apabila anda menjadi lebih disiplin secara automatic anda akan jadi lebih konsistent dalam trading dan akan membuat keuntungan.