Back to: Trading Psikologi dan Mindset
Seperti kita ada baca sebelum ini yang kita tahu yang kita boleh alami kerugian berturut-turut sebelum mendapat keuntungan.
Tetapi bagaimana jika ketika kita mengalami kerugian berturut-turut tersebut modal akaun kita sudah berkurangan terlalu banyak lagi-lagi jika ianya berlaku dalam hari yang sama.
Sebab itu kita perlu jaga pembukaan lot saiz kita.
Tetapi sebagai contoh katakan lah kita memang sudah buka lot saiz yang sesuai dengan akaun kita pada masa yang sama sudah ada letakan Stop Loss(SL), tetapi akaun kita masih alami kerugian yang agak teruk.
Apa yang kita patut buat sekiranya alami situasi macam ini?
Ada satu benda yang di panggil sebagai Circuit Brakers atau Pemutus Litar.
Setiap trader perlu ada pemutus litar, ianya sebagai langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak mengalami kerugian yang terlalu besar pada account mereka.
Kerana biasanya bila akaun kita alami kerugian yang besar, kita akan mula trade berdasarkan emosi.
Dengan pemutus litar ini ia dapat bantu elakkan kita daripada trade bedasarkan emosi seperti “revenge trading” dimana trader berasa mereka perlu trade lagi untuk tutup semula kerugian tersebut dalam masa itu juga, tapi apabila situasi macam itu kebiasanya mereka hanya menambahkan lagi kerugian mereka daripada kurangkan.
Jadi berapa sepatutnya limit kerugian patut kita guna sebelum pemutus litar aktif?
Ianya bergantung ada sesetengah trader mengunakan berapa kali mereka loss dalam satu hari, ada trader gunakan jumlah mereka trade, ada juga gunakan jumlah dalam bentuk duit contoh rugi -$25, dan ada juga gunakan peratusan(%).
Saya sarankan untuk guna peratusan sebagai petunjuk untuk pemutus litar anda.
[adrotate group=”4″] |
Jadi berapa peratus yang elok?
Ianya bergantung kepada tahap yang anda mampu terima, sesetengah trader suka gunakan -6% dari total capital, ada juga -20% dari jumlah capital. Kalau saya, saya sendiri guna -10%.
Maksudnya jika akaun saya mengalami kerugian melebihi -10% dari jumlah modal akaun, saya akan berhenti trade buat seketika dan berehat serta tenangkan diri dahulu.
Jadi berapa lama kita perlu berhenti trade?
Setiap orang berbeza, tujuan berhenti trade buat seketika adalah untuk tenangkan minda kita daripada melihat chart kerana jika kita masih melihat chart selepas alami kerugian teruk ia mungkin akan kaburkan pemikiran dan kita mula trade berdasarkan emosi dan bukannya analysis.
Setengah orang perlukan masa 2 ke 3 hari sebelum mereka dapat tenangkan minda mereka ada juga seminggu, apa-apa pun saya sarankan untuk tunggu anda sudah berasa tenang semula sebelum mula trading serta pastikan anda rehat sekurang-kurangnya 24 jam.
Jadi kalau pemutus litar anda sudah aktif akaun anda alami kerugian sebagai contoh -10%, berhenti trade untuk hari itu dan berehat buat sementara waktu hingga anda sudah berasa tenang dan sudah yakin untuk mula kembali trading.
Berhenti dari trading buat seketika mungkin agar sukar tetapi ianya adalah langkah yang bijak.
Seperti kata-kata orang english “Live to fight another day”. Kita ingin bertahan untuk dapat berdagang di hari yang lain daripada hilangkan terus modal kita dalam hari yang sama.
Ambil masa berehat sebanyak mana yang anda perlukan jangan risau, market tidak akan hilang, sentiasa ada peluang di hari yang lain.
[adrotate group=”2″] |
Jadi selepas anda sudah mula rasa tentang adakah anda patut terus mula trading?
Saya sarankan untuk anda kaji dahulu setup trade yang punca anda mengalami kerugian besar tersebut dulu sebelum mula trade semula.
Ini untuk membantu kita tahu apa puncanya kita alami kerugian tersebut adakah disebabkan kita ada terlepas pandang sesuatu benda ketika analysis market.
Apabila kita sudah dapat tahu apa puncanya sebab kita alami kerugian tersebut kita boleh ambil pengajaran serta belajar dari kesilapan tersebut supaya kita tidak mengulanginya lagi di masa depan.
Di topik sebelum ini saya sudah terangkan kenapa ianya penting untuk kita kaji semula trade kita dan macam mana ia dapat membantu tingkatkan lagi trading kita.
Macam saya katakan sebelum ini, kebanyakan masa kita sebagai trader bukanlah habis untuk membuat analysis tetapi dengan kaji semula trade dahulu.