Saya pernah ditanya soalan ini “kenapa dalam trading ini penting sanggat untuk kita jaga risk management atau money management dalam trading?”.
Ianya soalan yang bagus, pernah tak anda tertanya-tanya apakah rahsia trader yang sudah berjaya di luar sana, seperti bank trader atau hedge fund ataupun retail trader yang sudah menjadi full time trader, macam mana mereka dapat menjadi konsistent dalam trading mereka.
Sebenarnya tiada rahsia pun semuanya terletak pada cara anda menjaga risiko anda dalam trading. Seperti dalam kehidupan harian anda juga, anda mesti ada perancanggan tentang cara untuk berbelanja wang anda seperti meletakkan budget untuk bayar bil, bayar sewa, duit barang dapur.
Trading tiada bezanya juga, anda kene pandai urus akaun trading anda seperti anda menguruskan duit anda.
Saya akan terangkan kenapa risk management, money management dan trade management itu penting.
– Risk Management
Ramai orang fikirkan yang mereka perlu ada strategy yang bagus dengan win ratio setinggi 80% – 90% dan ke atas untuk menjadi konsistent.
Tetapi sebenarnya tidak walaupun anda hanya ada strategy yang win ratio dia dalam 60% pun anda masih boleh jadi konsistent, biar saya terang dengan lebih mendalam.
Ada 2 trader sorang bernama Alif dan sorang lagi Haikal.
Alif mempunyai trading strategy dengan win rate dalam 80% dan Haikal mempunyai strategy dengan win rate hanya dalam 60%
Katakan mereka berdua berjaya trade dan berjaya kembangkan akaun mereka sebanyak $500.
Kemudian salah satu trade mereka menjadi salah di sebabkan Alif tidak menjaga risk management, Alif mengalami kerugian sebanyak -$100, itu masih ok lagi sebab dia sudah ada profit $500 jadi profit dia untuk hari itu adalah +$400.
Haikal pulak dia hanya mengalami kerugian sebanyak -$50 sebab dia tahu untuk menjaga risk dia dan berjaya kurangkan lost dia, jadi jumlah keuntungan haikal adalah +$450.
Walaupun jumlah tidak jauh beza mana pun, ianya masih tetap berbeza dan untuk jangka masa yang lama Haikal akan jadi lebih konsistent kerana dia dapat kurangkan risiko kerugian dia dalam market.
Untuk Alip, strategy dia munkin mendapat win rate lebih tinggi berbanding Haikal tetapi dia tidak akan menjadi konsistent kerana kesemua profit tersebut dia boleh hilangkannya dalam 1 atau 2 losing trade sahaja dan lebih teruk MC.
Anda boleh baca lebih lagi tentang risk management di sini.
– Money Management
Money management dapat beri tahu kita saiz lot yang sesuai untuk dibuka dengan modal akaun.
Kenapa pentingnya untuk jaga money management, tak boleh ke jaga risk management sahaja?
Money management dan risk management ini ibarat ramuan rahsia kita yang dapat tentukan sama ada kita akan menjadi konsistent atau tidak dalam forex trading ini. Jadi kita tidak boleh buat salah satu daripadanya sahaja, perlu buat kedua-duanya sekali, biar saya bagi contoh.
Kita guna contoh seperti tadi ada dua trader seorang Alif dan seorang lagi Haikal.
Mereka berdua menggunakan jenis akaun yang sama standard akaun, strategy trading mereka juga sama, jumlah modal yang sama iaitu $1000, dan mereka juga menjaga risk management mereka yang bezanya hanyalah leverage.
Alif menggunakan leverage 1:500 jadi itu bermaksud dengan jumlah modal $1000 Alif boleh buka posisi trade 500 kali ganda dari jumlah modal dia dalam maksud lain 5 standard lot size.
Manakala Haikal mengunakan leverage 1:100 itu bermaksud saiz lot maksimum yang boleh dibuka adalah 1 standard lot.
Katakan mereka berdua jumpa peluang trade di pair EUR/USD, Alif membuka trade dengan saiz 1 standard lot tetapi Haikal melakukan money management dan dapat tahu yang jumlah saiz lot yang sesuai dengan akaun dia adalah 0.10 lot.
Disebabkan mereka berdua mengunakan strategy yang sama jadi stop loss mereka pun berada di level yang sama, katakan 20 pip.
Kemudian trade tersebut bergerak bertentangan dari analysis mereka dan trade tersebut menjadi trade yang salah.
Alif mengalami kerugian sebanyak -$200, tetapi Haikal hanya mengalami kerugian sebanyak -$20, perbezaan yang ketara.
Jadi walaupun strategy yang digunakan adalah bagus dan kita jaga risk management, tetapi kalau kita tidak menjaga money management, masih tiada gunanya.
Sebab itu kita perlu mengunakan leverage yang rendah dan membuka saiz lot yang bersesuaian dengan modal akaun kita.
Munkin ada yang akan katakan yang mereka guna leverage tinggi supaya dapat buka saiz lot besar baru la cepat kaya sebab profit besar, saya ingin katakan yang forex ini bukanlah tempat untuk anda menjadi cepat kaya, dia antara anda akan bertahan lama ataupun sekejap dalam erti kata lain rugi dalam industri ini.
– Trade Management
Trade management dapat membantu kita kurangkan risiko kita ketika posisi trade masih dibuka.
Contoh kalau anda sudah ada posisi trade dalam keadaan profit sebanyak $100 tetapi kemudian market bergerak ke arah dimana anda masuk posisi trade tersebut, anda akan rasa menyesal dan rugi sebab tidak ambil saja profit $100 tersebut.
Perasaan itu akan ganggu prestasi trading anda yang lain, contoh katakan posisi trade baru anda sudah dalam keadaan profit sebanyak $100 jadi anda pun tutup posisi tersebut kerana takut akan kehilangan profit itu seperti sebelum ini, tetapi kemudian market bergerak lebih jauh dan anda rasa menyesal kerana tutup posisi trade tersebut terlalu awal.
Jadi dengan melakukan trade management ia dapat membantu kita untuk atasi masalah seperti ini.
Kita gunakan contoh keadaan yang sama, posisi trade sudah ada dalam $100 profit, kemudian kita lakukan trade management dan tutup separuh daripada posisi trade tersebut untuk mengambil sedikit keuntungan.
Pada masa yang sama kita sudah alihkan stop loss kita di mana kita entry trade tersebut, jadi risiko kita semakin kurang kerana kita sudah ambil sedikit profit dan sekiranya market bergerak ke arah stop loss kita masih tidak menggalami kerugian kerana stop kita sudah berada dimana kita buka posisi trade tersebut.
Dengan ini anda dapat atasi masalah rasa takut sekiranya anda ada posisi trade yang sedang profit dan anda tidak pasti sama ada mahu tutup ataupun tidak kerana munkin kalau tutup market akan bergerak jauh lagi tetapi kalau tidak tutup anda munkin akan kehilanggan keuntungan tersebut.
Trade management ini dapat kurangkan rasa gementar atau takut itu dan pada masa yang sama akan tingkatkan prestasi trading anda untuk jangka masa yang lama.
Kesimpulan
Jadi itulah sebab kenapa pentingnya untuk menjaga risk management, money management dan juga trade management.
Risk management dapat kurangkan kerugian kita dalam forex market, kita perlu fokus untuk kurangkan lost kita lebih daripada sentiasa fokus untuk membuat keuntungan.
Money managment dapat membantu kita untuk tahu saiz lot yang sesuai dengan modal akaun kita, jangan mengunakan leverage yang tinggi dan cuba buka saiz lot yang sesuai dengan akaun anda.
Trade management dapat bantu kita untuk kurangkan risiko kita ketika posisi trade yang masih dibuka pada masa yang sama akan dapat tingkatkan lagi prestasi kita dalam jangka masa panjang.
Pingback: Chart Teknikal Analisa Pair AUD/USD dan juga EUR/JPY