Anda pasti sudah banyak kali dengar tentang cryptocurrency dan juga blockchain tidak kira dimana kita berada mungkin anda dengar daripada berita, atau membaca artikel online mungkin juga ada kenalan yang pernah menceritakannya.
Jadi apa yang menarik sangat tentang cryptocurrency ini dan patut ke kita ketahui tentangnya?
Kenapa Kita Perlu Tahu Tentang Cryptocurrency dan Blockchain
Saya percaya cryptocurrency dan teknologi blockchain adalah satu benda yang akan kekal lama dan tidak akan hilang dalam masa terdekat kerana konsep blockchain ini dapat mengubah sistem kewangan tradisi yang kita gunakan sekian lama.
Ianya lebih selamat untuk digunakan dan tempoh transaksi boleh ambil masa yang lebih pantas. Selain dari itu, cryptocurrency juga dicipta untuk kalis inflasi sebagai contoh untuk cryptocurrency bitcoin hanya sebanyak 21 juta bitcoin saja yang boleh wujud tiada siapa boleh mencipta bitcoin baru atau ubah nilai tersebut, ianya selamanya akan kekal pada 21 juta.
Tidak seperti duit kertas yang digunakan sekarang ini ianya boleh dicetak tidak kira berapa banyak sekali pun ianya tanpa ada had.
Apa Kelebihan Jika Kita Tahu Tentang Cryptocurrency
Bayangkan kalau kita jadi antara pengguna internet yang terawal ketika ia baru dicipta, blockchain dan cryptocurrency juga saya rasa mempunyai peluang yang sama seperti itu.
Walaupun teknologi blockchain ini sentiasa dikaitkan dengan cryptocurrency tetapi potensi teknologi ini sebenarnya lebih daripada itu.
Sekarang ini terdapat banyak syarikat-syarikat yang sedang menkaji tentang blockchain dan lihat macam mana mereka boleh gunakannya di dalam perniagaan mereka.
Selain dari itu ianya dijangkakan sektor perkerjaan untuk mereka yang mahir dalam teknologi ini akan semakin meningkat di dalam beberapa industri lain seperti kewangan, perkilangan, hospital, logistik, keselamatan siber dan banyak lagi.
Jadi kemahiran untuk membina blockchain ini semakin meningkat permintaan.
Sekiranya anda memang tidak beberapa mahir atau minat tentang teknologi seperti cara untuk mencipta dan program blockchain ianya masih tidak rugi untuk kita belajar dan ketahui tentangnya kerana dengan tahu tentang cryptocurrency dan blockchain kita dapat elak daripada menjadi mangsa penipuan.
Dalam industri cryptocurrency juga terdapat banyak kes penipuan yang berlaku jadi dengan ketahui benda asas seperti cara cryptocurrency berfungsi kita dapat elak diri kita dari ditipu oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Apa Cryptocurrency Ini Bukan
Sekarang ini ramai orang lihat cryptocurrency adalah sebagai tempat yang mudah untuk menjana duit dan menjadi kaya.
Walaupun terdapat cerita dimana orang menjadi jutawan dalam tempoh masa yang pendek, tetapi bukan itu sebenarnya tujuan cryptocurrency. Dan jika anda kaji dengan betul, lagi ramai orang yang kehilangan duit daripada membuat duit.
Punca kenapa mereka kehilangan duit adalah kerana mereka memasuki bidang ini dengan kekurangan ilmu serta dengan harapan untuk membuat duit yang banyak.
Dalam apa-apa benda sekali pun kita tidak boleh terus terjun ke dalamnya tanpa memastikan kita sudah mempunyai kepahaman dan juga ilmu.
Ianya seperti berenang, ketika kita kecik-kecik dulu mesti guna pelampung atau berenang di air yang cetek dahulu, selepas kita sudah tahu cara nak berenang baru kita mula berenang di tempat yang lebih dalam.
Kalau kita terus berenang ke tempat yang dalam tanpa ada ilmu cara untuk berenang dahulu, kita akan lemas.
Adakah Terdapat Risiko Dalam Cryptocurrency?
Sudah tentu dalam apa-apa perkara sekali pun pasti ada risikonya. Risiko yang kita boleh alami adalah risiko untuk kehilangan kesemua modal pelaburan kita.
Selain itu terdapat juga risiko untuk kita menjadi mangsa penipuan seperti saya katakan tadi, dalam bidang cryptocurrency ini banyak berlakunya kes penipuan dan kita perlu berhati-hati.
Sebab itu ianya penting untuk kita mempunyai ilmu asas dalam cryptocurrency dan blockchain supaya kita dapat kurangkan pendedahan risiko kita.
Di Mana Nak Belajar Tentang Crypto dan Blockchain?
Course Wira Crypto
Course Wira Crypto adalah sebuah course percuma, ye PERCUMA! Dimana anda boleh belajar tentang cryptocurrency dan juga blockchain.
Di dalam course ini anda akan belajar banyak benda yang anda perlu tahu tentang crypto dan blockchain.
Antara topik yang anda akan belajar adalah:
- Apa itu cryptocurrency
- Apa itu blockchain dan cara ia beroperasi
- Apa itu Bitcoin
- Jenis-jenis cryptocurrency dan Altcoins
- Apa itu Crypto Mining
- Crypto Exchange dan wallet
- Cara baca white paper
dan banyak lagi….
Selepas anda tamat course ini anda akan paham lebih dari 80% tentang cryptocurrency dan blockchain.
Apa yang lagi bagus, seperti saya katakan tadi course ini adalah 100 peratus percuma tidak perlu bayar 1 sen.
Sekiranya anda mahu, anda boleh lihat course Wira Crypto dan lihat topik apa yang akan di ajar.
Kesimpulan
Cryptocurrency dan teknologi blockchain ini masih di peringkat awal mereka masih terdapat banyak perkara lagi yang kita masih belum belajar lagi tentang kebolehan mereka.
Tapi ianya tidak mustahil untuk cryptocurrency ini dapat mengubah sistem kewangan kita menjadi lebih bagus.
zul kacak. suka baca artikel mengenai trading. harap harap zul perasan comment saya ini.
Haha… Ye saya perasan komennya dan saya tidak sekacak kamu.