Chart analysis untuk pair AUD/JPY dan EUR/CAD

Selamat Tengah Hari,

Harap minggu lepas semua trading ok saja, ketika saya sedang menulis ini pun kesemua pair NZD sedang agak mengganas. Hari ini saya akan pantau pair AUD/JPY dan juga EUR/CAD.

– EUR/CAD

Untuk pair EUR/CAD saya menjangkakan penurunan untuk berlaku, zone yang saya akan perhatikan adalah di paras harga 1.48739 – 1.49004, di sini terdapat satu zone resistance yang kuat.

Saya akan tunggu untuk berlakunya tanda-tanda bearish di sekitar harga ini sebelum dapat kepastian untuk entry.

– AUD/JPY

Pair AUD/JPY ketika sedang menulis ini sedang berada di kawasan support yang kuat dan saya jangkakan ada berlakunya pergerakan bullish. Target saya jika ada berlakunya pergerakan bullish adalah sehingga level resistance pertama di 80.812 – 80.630

Tapi jika berlakunya breakout di level resistance pertama saya akan tunggu hingga ada berlakunya pullback ke level tersebut untuk mencari peluang entry buy dan target saya hingga ke level resistance ke-2 di harga 81.580 dan 81.402

Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga risiko ketika trading, supaya tidak mengalami kerugian yang besar. Serta sentiasa buka lot saiz yang sesuai dengan modal akaun.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply