Mungkin soalan yang biasa ditanya kebanyakan orang yang baru dalam forex trading adalah, berapa modal yang patut mereka mula?
Kebanyakan akan katakan mula dengan modal yang anda mampu untuk rugi, ianya memang betul anda perlu mula dengan jumlah yang tidak berat sekira berlakunya kerugian, tetapi jawapan itu macam terlalu mudah dan sebenarnya masih banyak faktor lain yang main peranan.
Jadi harini kita akan lihat terangan yang lebih mendalam tentang berapa sepatutnya modal pemulaan untuk anda mula trade pasaran forex.
Berapa Jumlah Modal Pemulaan Yang Sesuai?
Untuk tahu berapa jumlah modal yang patut anda mula, anda kene tanya dahulu dekat diri anda, berapa target yang anda mahu setiap bulan.
Contoh adakah anda mahu jadikan forex trading ini sebagai pendapatan full time, jika ye munkin target anda dalam RM3,000 atau RM4,000 setiap bulan, atau munkin berbeza dari jumlah tersebut saya tidak tahu gaya hidup anda.
Atau munkin anda hanya mahu jadikan trading ini sebagai extra income setiap bulan, munkin untuk bayar bil telephone, bil letrik atau munkin bil air, apa-apa pun anda perlu tahu target bulanan anda.
Apabila anda sudah tahu berapa target bulanan anda, barulah kita dapat tahu berapa modal pemulaan yang sesuai dengan target kita.
TIP: Mula Dengan Target Yang Tidak Besar Sangat Pada Awalnya Dan Kemudian Set Target Yang Lebih Besar Selepas Capai Target Sebelumnya.
Sebagai situasi contoh katakan target pertama anda adalah untuk dapat keuntungan dari trading untuk lepas bayar bil telephone anda setiap bulan, untuk permudahkan keadaan katakan ianya adalah RM100/Sebulan.
Dengan tahu target tersebut, kita sudah boleh kira berapa modal pemulaan kita. Kebiasaannya pulanggan yang masuk akal adalah dalam 3% hingga 10% sebulan, tapi untuk contoh ini kita akan guna 5% pulanggan setiap bulan.
Formula: Modal(USD) x 5% = $
$500 x 5% = $25/Sebulan
Kiraan diatas menunjukan yang kiraan bulanan keuntungan kita sekiranya modal pemulaan adalah $500 USD dan pulangan dalam 5% setiap bulan.
Itu tidak semestinya bermaksud yang kita akan sentiasa dapat tepat $25 setiap bulan, kerana market bergerak secara random ada hari kita rugi ada hari kita untung, ianya bergantung juga kepada trading strategy masing-masing serta cara kita menjaga risiko ketika trading.
Ini terangan lebih mendalam, katakan anda ada satu strategy dan dengan strategy tersebut kebiasaanya anda menang dalam 6 trade daripada 10, jadi setiap 10 trade anda akan ada 6 win dan 4 loss trade.
Setiap kali anda lost anda hanya risk dalam 1% hingga 2% dari jumlah modal anda, kita guna contoh modal yang sama iaitu $500 USD, jadi $500 x 2% = -$10.
Setiap win trade pulak anda biasanya ambil profit apabila risk reward anda dalam 2:1 maksudnya setiap $1 yang anda risikokan anda ada peluang untuk membuat $2.
Kalau setiap trade anda risk dalam -$10 jadi potensi profit anda adalah 2 kali ganda dari itu +$20 setiap trade.
Dengan strategy yang digunakan biasanya daripada 10 trade anda loss 4 trade, -$10 x 4 = -$40.
Setiap win trade anda mendapat pulangan 2 kali ganda, 6 win trade, +$20 x 6 = +$120.
Jadi jumlah profit anda dalam $120 – $40 = $80 setiap bulan.
Ini hanya ilustrasi, semua ini bergantung kepada strategy trading anda macam mana serta cara anda menjaga risk management dan juga money management dalam trading anda.
Berapa Modal Anda?
Jadi sudahkah anda tahu berapa jumlah modal pemulaan anda?
Sekiranya ye jadi itulah modal yang sesuai dengan target anda. Tetapi sekiranya modal keperluan lebih besar dari apa yang anda mampu, contoh modal yang disarankan adalah dalam $500 tapi anda hanya mampu $100, macam mana itu?
Kalau anda lalui situasi macam ini saya sarankan anda untuk cuba kembangkan dahulu modal yang anda mampu tersebut.
Sekiranya modal pemulaan anda bawah $500 saya sarankan anda mula trade dengan menggunakan akaun micro dahulu untuk kembangkan akaun tersebut.
Apabila anda sudah berjaya kembangkan akaun tersebut melebihi $500 anda boleh transfer duit tersebut ke akaun standard.
[adrotate group=”2″]
Kalau zaman dulu hanya mereka yang mempunyai modal yang besar saja seperti bank dan intitusi yang dapat trade dalam forex market ini.
Tetapi dengan adanya internet dan juga broker ini telah membenarkan trader kecilan seperti saya dan anda untuk mula trade pasaran forex.
Sekarang ini sudah ada banyak broker di luar sana dan mesti susah untuk pilih broker mana satu yang elok.
Saya sarankan anda untuk mencuba broker XM.
Broker ini sudah beroperasi melebihi dari 10 tahun sejak 2009 dan sudah menjadi antara broker yang ternama di kalanggan trader.
Broker ini juga menawarkan akaun micro sekiranya modal pemulaan anda tidak besar anda boleh trade menggunakan jenis akaun tersebut untuk kembangkan dahulu modal anda sebelum mula trade ke akaun yang lebih besar macam akaun standard.
Sekarang ini ada promosi bonus tanpa deposite $30, anda boleh bermula trading dengan bonus tersebut, baca lagi tentang bonus tersebut di sini XM $30 Bonus.
Atau sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang broker XM anda boleh baca review saya terhadap broker tersebut di post XM Review 2022.