You are currently viewing 5 Tip Untuk Menjadi Seorang Trader Konsistent

5 Tip Untuk Menjadi Seorang Trader Konsistent

Hari ini saya ingin berkongsi 5 tip tentang cara untuk menjadi seorang trader konsistent.

Saya tidak menjanjikan kejayaan tetapi dengan baca 5 tip ini serta amalkan ke dalam trading, anda mungkin akan nampak peningkatan dalam trading anda.

1. Guna Strategy Yang Ok

Kesilapan kebanyak trader adalah mereka mencari trading strategy yang dapat buat duit maksudnya apabila mereka lihat seorang trader tersebut berjaya dalam trading menggunakan strategy tersebut, mereka pun mahu belajar teknik itu.

Kemudian bila mareka tak dapat hasil yang sama seperti trader tersebut mereka akan mencari strategy lain pula dan prosess ini terus berulangan.

Ianya tidak salah untuk kita mencari dan belajar satu teknik tersebut jika ianya sudah pasti berkesan tetapi kita perlu pastikan yang cara trading tersebut sesuai dengan diri kita.

Maksud saya adalah jika anda lihat ada seorang trader scalper berjaya menggunakan satu strategy tersebut itu tidak bermakna kita juga akan berjaya guna strategy tersebut.

Ini adalah kesah daripada penggalaman saya sendiri. Saya adalah trader jenis intraday dan swing, saya ada kenal sorang trader ini dan dia menggunakan teknik scalping.

Walaupun dia ajar saya langkah demi lanngkah SOP trading dia tetapi apabila saya trade cara tersebut saya menggalami kerugian. Ianya bukan sebab trading strategy tersebut tidak berkesan tetapi ia tidak sesuai dengan saya.

Seperti scalping biasanya akan trade di time frame yang rendah dimana pergerakan market agak pantas dan perlu tangkas membuat keputusan bukan itu saja untuk menjadi trader scalper juga perlu rajin melihat chart untuk mencari trade setup.

Saya jenis suka releks sikit sebab itu gaya trading intraday dan swing lebih sesuai bagi saya.

Saya tidak boleh katakan cara apa yang anda patut guna kerana ianya bergantung kepada anda juga tahap selera risiko anda dan juga tempoh masa yang anda ada dalam sehari untuk melihat chart.

Kalau anda jenis busy dan tak dapat lihat chart dengan kerap mungkin intraday atau swing strategy lebih sesuai untuk anda.

Jika anda suka ambil risiko yang lebih tinggi sikit pada masa yang sama banyak masa terluang untuk melihat chart mungkin scalping sesuai untuk anda.

2. Sifat Kesabaran Amat Penting

Jika anda tanya saya sifat apa yang perlu ada untuk menjadi seorang trader yang bagus salah satunya adalah sifat sabar.

Trading ini bukanlah satu perjalanan yang pendek kita perlu anggap trading ini sebagai satu perjalanan yang agak lama, untuk berjaya dalam bidang ini kita perlu banyak kesabaran.

Bukan itu saja, untuk jadi trader yang konsistent kita perlu ada sifat kesabaran untuk tunggu market beri kita peluang yang bagus sebelum memasuki market.

Bukan setiap hari akan ada trade setup lagi-lagi jika anda seorang swing trader kadang-kadang kita tunggu selama 2 hari pun masih tiada perluang trade.

Salah satu ciri-ciri trader yang bagus adalah mereka tunggu market beri peluang dan bukannya kejar market. Anda boleh baca petikan daripada Warren Buffett di bawah:

Maksudnya siapa yang sabar ketika di dalam market dia yang akan berjaya.

3. Mengawal Risiko

Mesti anda sudah jangkakan tentang point ini iaitu kawal risiko kita.

Walaupun ianya satu perkara yang paling asas tetapi ia masih tidak kerap diamalkan kebanyakan trader di luar sana masih ramai lagi trader yang trade tanpa menggunakan Stop Loss.

Apabila market sudah bergerak jauh ianya sudah terlambat untuk mereka selamatkan akaun trading tersebut dan mereka mula trade berdasarkan emosi berbanding teknikal analysis.

[adrotate group=”4″]

4. Kawal Emosi

Emosi memainkan peranan yang besar di dalam trading, ramai trader lebih fokus kepada trading strategy atau teknikal analysis sedangkan belajar cara untuk menggawal emosi ketika trading lebih penting sebenarnya.

Antara isu emosi yang biasa dialami oleh trader adalah rasa takut, tamak, ego tidak mahu terima kesalahan, dan juga terlalu yakin.

Saya ada sudah keluarkan satu artikel berkenaan ini dimana saya terang isu ini dengan lebih mendalam serta cara untuk anda atasi masalah untuk mengawal emosi ketika trading.

Boleh baca di artikel: Emosi Bahaya Dalam Trading.

Trading ini tidak susah sangat, apa yang susah adalah untuk mengawal emosi kita ketika trading.

5. Trading Plan

Untuk mencapai kejayaan kita perlu kekal disiplin. Terlalu banyak trader yang masih tidak mempunyai SOP(standard Operating Procedure) apa bila mereka trading.

Dengan mempunyai SOP atau trading plan ia dapat membantu kita untuk menjadi lebih konsistent di dalam trading kita.

Baca: Trading Checklist Kenapa ia Penting.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 3 Comments

  1. Pak lah

    assalamualaikum…cgu saya nak tanya setiap kali saya trading saya rasa ada ketakutan kalu2 saya entry lose dan asal biru kejap je saya dah close …apa ke tip untuk menyakinkan kita trading

    1. Admin

      Waalaikummusalam

      Kalau isu macam ini dia disebabkan takut dengan kerugian, ada beberapa sebab juga kenapa kita rasa takut…

      1) Sebab kita takut dengan kerugian

      Isu ini selalunya berpunca daripada diri kita sendiri, kita masih terlalu terikat dengan duit tersebut.

      Bila kita mula trading seeloknya mula dengan jumlah modal yang kita tidak kesah jika berlaku kerugian.

      2) Tidak yakin

      Sebab kedua pula disebabkan kita masih tidak cukup yakin lagi dengan trading strategy atau SOP trading kita sendiri.

      Untuk atasi isu ini tiada jalan mudah kita kene buat backtest dulu sebanyak yang mungkin dan lihat hasil backtest tersebut untuk tahu result trading kita untuk jangka masa lama adakah bagus atau tidak.

      TIP

      Ini cara saya dulu, buat satu checklist

      Contoh ambil satu kertas dan letak tajuk “Close Trade” atau apa-apa saja.
      Kemudian tulis point-point ini dekat kertas:

      – KENAPA NAK CLOSE?

      * Analysis salah?
      * Market hold di kawasan situ terlalu lama?
      * Ada Reversal Pattern berlaku?
      * Market sedang berada di level SnR atau SnD yang bertentangan?

      Then lihat balik bila nak close secara manual adakah salah satu sebab tersebut benar, jika YEE jadi boleh close posisi trade tersebut.

      Jika tidak let it run jangan close, biar dia run hingga sentuh sama ada Stop loss(SL) atau Take Profit(TP).

      Mungkin ketika sedang floating tu rasa takut market sekejap naik sekejap turun, sebab tu ianya penting juga untuk kita buat backtest seperti saya terang tadi ianya untuk tingkatkan keyakinan kita.

      Lagi satu tip, bila kita sedang ada posisi trade sedang berjalan jangan terlalu kerap lihat chart, sebab bila kerap sangat emosi kita akan ganggu.

      Harap perkongsian ini dapat membantu dalam trading Pak lah 🙂

Leave a Reply