Biasanya trader akan buka posisi trade mereka sebaik saja berlakunya trade setup atau mungkin pasaran sudah sampai ke aras dimana mereka jangkakan harga akan berubah arah.
Walaupun perancangan itu tidak teruk tapi bagaimana jika saya katakan terdapat cara untuk menambah baik lagi prestasi anda dan jika dilakukan dengan betul prestasi trading anda akan meningkat.
Saya ingin kongsikan 3 perkara yang anda perlu lihat dahulu sebelum buka sebarang posisi trade.
Pengambilan Utama
- Ketahui dimana anda ingin keluar dari posisi trade itu adalah perkara pertama yang anda perlu tahu.
- Jangan ambil risiko yang terlalu besar, tahu tahap risiko yang anda patut ambil antara langkah untuk menuju kejayaan dalam trading.
- Pastikan anda sedang tidak terganggu dari segi emosi dan hanya buat keputusan berdasarkan strategi.
Isi kandungan
Kenapa Trader Perlu Tahu 3 Perkara Ini?
Sebab apa trader perlu ikuti serta laksanakan 3 perkara ini di dalam trading mereka?
1) Dapat Membantu Trading Anda
Dengan mengamalkan 3 benda ini ia dapat membantu untuk meningkatkan lagi prestasi trading anda serta bawa trading anda ke peringkat seterusnya.
2) Lebih Berdisiplin
Ia dapat membantu trader untuk menjadi lebih berdisiplin dalam trading mereka dan juga membuatkan trader untuk trade lebih kepada logik berbanding ikuti perasaan emosi mereka.
Bukan itu saja ia juga akan menjadikan anda lebih konsistent di dalam trading anda.
3) Memaksimakan Keuntungan
Jika dilakukan dengan betul ia dapat membantu trader untuk memaksimakan potensi pulangan mereka pada jangka masa panjang.
Jadi mari kita lihat apakah 3 perkara yang perlu trader lakukan sebelum mula buka posisi dagangan.
Dimana Nak Tutup Posisi Trade
Sebelum kita membuka sebarang posisi trade kita perlu tahu dahulu dimana kita akan tutup atau keluar dari posisi tersebut dalam keadaan untung mahupun rugi.
Ini adalah untuk pastikan kita tidak alami kerugian yang besar sekiranya analisa kita adalah salah atau kehilangan segala keuntungan disebabkan rasa tamak.
Ramai trader akan buka dahulu posisi trade mereka dan kemudian baru fikirkan kawasan mana mereka akan keluar daripada trade tersebut.
Cara itu adalah salah dan kurang efektif kerana mereka mungkin tidak perasan bahawa kawasan untuk mereka ambil keuntungan lebih kecil berbanding jarak dimana mereka akan letakkan aras stop loss.
Situasi itu akan menjejaskan potensi keuntungan mereka dengan mempunyai kadar risiko yang lebih besar berbanding potensi keuntungan.
Kadar potensi keuntungan yang bagus adalah dalam 2:1, maksudnya kita berpotensi untuk membuat keuntungan dua kali ganda(atau lebih) dari potensi kerugian.
Sebab itu ianya penting untuk kita tahu di mana kawasan kita akan ambil keuntungan serta aras mana kita akan tutup posisi trade tersebut jika ianya rugi sebelum membuka sebarang posisi trade, agar kita tidak membuat kesilapan dengan membuka peluang trade yang memiliki potensi keuntungan lebih kecil dari jumlah yang dirisikokan.
Dimana nak ambil keuntungan?
Kawasan mana yang sesuai untuk kita ambil keuntungan sekiranya analisa adalah benar?
Terdapat pelbagai kaedah untuk tahu aras mana kita ambil keuntungan antaranya adalah:
- Guna indicator average true range.
- Kawasan aras SnR seterusnya.
- Signal yang bertentangan.
Itu adalah diantara kaedah yang sering digunakan oleh trader untuk ketahui kawasan yang sesuai untuk ambil keuntungan trade mereka.
Dimana nak tutup kerugian?
Antara kaedah yang trader gunakan untuk tahu di mana nak letak aras stop loss adalah:
- Kawasan support dan resistance.
- Jarak tetap seperti 50 pip dari entry.
- Penggunaan indicator seperti ATR atau parabolic SAR.
Saya pasti anda pernah dengar betapa pentingnya untuk trader menggunakan stop loss ketika trading untuk kurangkan rugi dan ianya amatlah benar.
Ketahui Tahap Risiko Anda
Trader perlu tahu apakah tahap risiko yang patut diambil agar mereka tidak mendedahkan diri mereka kepada pendedahan risiko yang terlalu besar.
Antara cara terbaik untuk melaksanakan perkara ini adalah dengan jaga money management kita dengan betul, ini termasuk menggunakan saiz lot yang berpatutan dengan modal akaun serta guna tahap leverage yang tidak terlalu tinggi.
Rajah di atas menunjukkan berapa besar saiz lot yang patut dibuka oleh trader berdasarkan jumlah modal mereka. Ini untuk memastikan trader tidak buka lot yang terlalu besar dimana mereka boleh alami margin call di akaun trading mereka.
Untuk leverage pula ianya disarankan untuk guna dalam 1:100 atau 1:200 maksima agar kita dapat kurangkan risiko.
Antara sebab utama kenapa ramai trader rugi adalah disebabkan mereka ambil risiko yang terlalu besar kerana mereka ingin mendapat pulangan lumayan dalam jangka masa pendek.
Tapi ianya sudah terbukti bahawa trader yang ambil risiko terlalu besar akan gagal untuk bertahan lama dalam trading akibat alami tahap kerugian yang melampau.
Maka ianya disarankan untuk trader mula gunakan saiz lot yang sesuai serta tahap leverage yang berpatutan dan jangan ambil risiko yang berlebihan dari apa yang perlu.
Logik atau Perasaan
Sebelum anda buka posisi trade pastikan keputusan itu dibuat berdasarkan logik dan S.O.P trading anda dan bukannya berdasarkan emosi seperti F.O.M.O atau tamak.
Cara terbaik adalah dengan bertanya soalan kepada diri anda “adakah posisi ini dibuka sebab berlakunya setup?”. Jika ianya adalah benar maka boleh buka trade tersebut tapi jika ianya bukan kemungkinan besar ianya disebabkan emosi.
Terdapat banyak kekacauan emosi yang selalu dialami oleh trader tapi antara yang kerap berlaku adalah rasa tamak, takut terlepas peluang(F.O.M.O), sifat takut dan ego.
Emosi adalah antara punca utama kenapa trader alami kerugian dalam trading mereka, jadi belajar cara untuk mengawal emosi ketika trading amatlah penting buat trader.
Soalan Lazim
Bila waktu sesuai untuk memasuki posisi trade?
Ianya bergantung kepada teknik analisa serta S.O.P masing-masing, tapi waktu terbaik untuk buka posisi trade adalah apabila terdapatnya pengesahan bahawa harga akan mula berubah arah.
Sebab apa trader selalu rugi besar?
Kerana kebanyakkan trader ambil risiko yang terlalu besar seperti menggunakan tahap leverage yang tinggi dan buka saiz lot terlalu besar dari apa yang sepatutnya.
Kenapa ia penting untuk tahu dimana nak keluar dari posisi trade?
Ianya supaya trader tidak alami kerugian yang besar sekiranya analisa anda adalah salah dan penting juga untuk tahu dimana anda akan ambil keuntungan supaya tidak kehilangan keuntungan yang sudah ada.
Kesimpulan
Itu adalah 3 perkara yang perlu trader lihat dulu sebelum buka posisi trade mereka. Kalau dilakukan dengan betul ia dapat membantu trader untuk menjadi lebih bagus dan meningkatkan potensi keuntungan mereka.
Jika anda rasa ianya agak susah untuk anda amalkan perkara di atas mungkin sebab takut terlupa, maka saya sarankan anda untuk membuat trading checklist ianya dapat membantu untuk meningkatkan lagi prestasi trading anda serta elakkan anda daripada membuat kesilapan di dalam trading.