You are currently viewing 6 Tip Sekiranya Anda Seorang Scalper Forex Trader

6 Tip Sekiranya Anda Seorang Scalper Forex Trader

Pernah tak anda lihat trader dimana mereka membuka posisi trading yang banyak dan tutup kesemua posisi trade tersebut tidak lama kemudian. Gaya trading tersebut  dipanggil sebagai Scalping atau nama lain yang dipangil adalah scalper forex trader.

Trader scalping ini membuat keuntungan daripada perubahan pergerakan harga di dalam pasaran yang kecil.

Di sebabkan profit mereka biasanya kecil mereka perlu membuka posisi trade yang banyak setiap sehari untuk menghasilkan profit yang ketara.

Cara Forex Scalping Berfungsi

Forex scalping mungkin antara trading style yang paling banyak trader gunakan.

Perbezaan antara trading cara scalping dan juga cara intraday adalah tempoh posisi tersebut dibuka.

Intraday trader biasanya akan pegang posisi trade mereka dalam tempoh beberapa jam sebelum mereka mula tutup posisi trade tersebut, tetapi scalper pula mereka hanya membuka posisi trade tersebut dalam 1 minit hingga 10 minit saja untuk setiap posisi trade mereka.

Disebabkan itu trader scalper biasanya akan trade di time frame yang rendah seperti M5 dan ke bawah kerana mereka hanya ingin membuat keuntungan daripada perubahan market yang kecil.

Walaupun trade cara scalping ini kedengaran seperti seronok tetapi ianya agak susah untuk dilakukan lagi-lagi jika anda masih trader baru.

Cuba untuk bermula dari strategy intraday trading dahulu sebelum mula menjadi scalper.

Jika anda masih tidak berjaya lagi dengan trading gaya intraday ada kemungkinan besar scalping itu tidak sesuai untuk anda ini sebab, untuk menjadi scalper trader anda perlu mempunyai ciri-ciri tertentu seperti refleks yang pantas, dapat membuat keputusan dalam jangka masa pendek dan juga jiwa yang kuat. Kerana pergerakan pasaran di time frame rendah agak laju dan kita perlu membuat keputusan dengan pantas.

Tetapi jika anda sememangnya adalah seorang trader cara scalping. Ini adalah 5 perkara yang anda perlu tahu sekiranya anda adalah seorang scalper trader.

1) Modal

Kebanyakan trader akan sangkakan yang mereka dapat ubah akaun daripada modal yang kecil seperti $50 dengan leverage yang tinggi boleh dapat keuntungan yang besar seperti $1000 dengan membuka posisi trade yang banyak untuk jangka masa pendek.

Kita perlu ingat yang leverage ini seperti “Double Edge Sword” ia boleh jadi kelebihan atau kekurangan untuk kita.

Antara sebab kenapa banyak trader gagal adalah disebabkan mereka gagal untuk menjaga money management pada masa yang sama tidak mengetahui cara leverage itu berfungsi sebenarnya.

Cuba untuk pahamkan dahulu cara leverage berfungsi dalam trading dan lihat adakah modal trading anda sebenarnya sesuai untuk membuka posisi trade yang banyak setiap sehari.

Ini terpakai untuk semua jenis gaya trading intraday, swing ataupun scalper.

Tetapi disebabkan scalper biasanya membuka posisi trade yang banyak dalam sehari ianya memang penting untuk trader scalper menjaga money management mereka.

2) Market Spread

Sebagai scalper anda perlu mengunakan broker yang menawarkan spread yang kecil ini kerana apabila trader scalper membuka posisi buy atau sell mereka perlu tunggu untuk pasaran bergerak melebihi spread pasaran sebelum mereka dapat membuat keuntungan biasanya scalper hanya mencari keuntungan dalam 5 ke 10 pip sahaja kadang-kadang lebih.

Pihak broker juga biasanya suka dengan trader cara scalping kerana mereka mendapat keuntungan daripada spread dan disebabkan scalper selalunya mambuka posisi trade yang banyak mereka perlu bayar spread tersebut kepada broker dalam erti kata lain lebih banyak trader scalper trade, lagi banyak keuntungan bagi pihak broker daripada spread.

3) Berita Market

Disebabkan scalper biasanya trade di time frame yang lebih kecil untuk menangkap pergerakan perubahan pasaran yang kecil.

Ianya amat penting untuk mereka ketahui tentang economic kalender untuk melihat sekiranya terdapat peristiwa keluaran data yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Biasanya apabila terdapat keluaran data yang akan diumumkan dalam jangka masa terdekat, liquidity market akan mula meningkan dan ada risiko untuk market bergerak bertentangan daripada trade anda.

Sentiasa tahu bila ada peristiwa berita dan keluaran data terdekat yang akan berlaku untuk elak risiko pasaran secara tiba-tiba bergerak bertantangan daripada arah jangkaan kita.

4) Fokus Kepada Satu

Scalping ini memerlukan daya fokus yang tinggi daripada trader kerana pergerakan market yang laju di time frame yang lebih kecil dan market boleh berubah pergerakan dalam sekelip mata.

Di sebabkan ini ianya bagus untuk diamal fokus kepada satu pair dalam satu masa, ianya akan lebih memudahkan prosess untuk anda uruskan trade tersebut berbanding fokus kepada 3 atau 5 pair matawang yang berbeza secara serentak.

Cuba untuk hanya fokus dalam 1 atau 2 pair matawang saja dalam satu masa.

5) Waktu Trade

Sebagai scalper anda perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk trade dan disebabkan scalper membuat keuntungan yang kecil dalam jangka masa pendek mereka perlukan liquidity.

Pasaran biasanya mula aktif apabila di sesi London dan New York, waktu malam di Malaysia.

Tetapi jika anda mahu trade waktu siang anda boleh rujuk gambar di atas dan lihat waktu pasaran manakah yang dibuka ketika waktu pagi dan waktu itu lah yang sesuai untuk berdagang di pasaran tersebut.

6) Psikologi

Trading di time frame kecil memerlukan psikologi dan juga mindset yang kuat kerana trader scalper biasanya akan lebih terdedah kepada tekanan daripada trader lain seperti intraday atau swing trader kerana sebagai scalper trader mereka perlu sentiasa pantau perubahan pergerakan harga.

Dengan scalping risiko itu lebih besar kerana mereka membuka posisi trade yang agak banyak dalam satu masa dan disebabkan itu risiko untuk membuat kesilapan itu lebih tinggi disebabkan gangguan emosi.

Pastikan anda mempunyai disiplin yang tinggi dan lakukan risk management untuk ketahui di mana anda akan tutup posisi trade anda sekira berlakunya kerugian.

Ingat trading ini adalah satu perniagaan dan bukannya tempat untuk cepat kaya, untuk menjadi trader yang konsistent dan berjaya itu akan ambil masa dan trading bukan hanya tentang strategi sahaja, tapi cara kita kawal emosi kita juga penting dalam trading.

Kesimpulan

Trading gaya scalping bagus buat mereka yang mempunyai sedikit masa untuk diluangkan untuk melihat chart. Tetapi ianya bukanlah mudah untuk menjadi seorang trader scalper yang berjaya.

Scalping memerlukan disiplin yang kuat serta mind-set yang betul daripada trader, ini kerana mereka perlu membuat keputusan dengan pantas, jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan kerugian.

Jika anda adalah seorang trader gaya scalping, minta tolong kongsikan petua buat mereka yang baru ingin menjadi trader scalping di ruang komen di bawah.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply