You are currently viewing 6 Langkah Untuk Mulakan Kerjaya Trading Anda

6 Langkah Untuk Mulakan Kerjaya Trading Anda

Sekarang ini makin ramai orang yang ingin ceburi bidang trading ini tetapi kebanyakannya bermula dengan langkah yang salah.

Mereka bermula dengan melihat sebuah video atau baca sebuah artikel berkenaan trading dan lihat ramai orang berjaya buat duit dengan mudah dalam trading jadi mereka pun ingin mencubanya.

Mereka mendaftar akaun dengan broker dan masukkan duit ke akaun. Bila mereka trade mereka alami kerugian dan kehilangan modal yang dimasukan. Kemudian mereka menggalah dan mula katakan yang trading ini adalah satu penipuan.

Trading ini adalah sebuah kemahiran yang kita perlu asah.

Ini saya ingin kongsikan 6 langkah yang perlu diambil sebelum anda mulakan kerjaya anda sebagai seorang trader.

1) Ilmu Asas Trading

Dalam trading ianya bukan saja tentang berapa besar modal yang kita ada tetapi ianya tentang berapa banyak ilmu kita. Lagi banyak ilmu tentang trading yang kita ada, lagi tinggi kemungkinan untuk kita berjaya.

Selalunya orang sangkakan untuk berjaya dalam trading ini mereka perlukan modal yang besar baru boleh berjaya. Ianya tidak benar, kita boleh saja mula trading dengan modal yang kecil dengan ilmu yang betul ianya tidak mustahil untuk kita menjadi konsistent.

Mungkin juga anda pernah lihat ada trader yang bermula dengan modal kecil dan berjaya untuk besarkan akaun mereka. Ianya memang nampak seperti mudah tapi saya boleh jamin kepada anda ianya tidak semudah itu.

Kita mungkin tidak nampak berapa lama masa yang diambil untuk belajar untuk sampai ke tahap tersebut. Apa yang saya boleh pastikan adalah tempoh yang mereka ambil untuk sampai ke tahap itu bukannya tempoh masa yang pendek.

Memiliki ilmu amat penting untuk kita berjaya dalam trading. Sekiranya anda tidak pasti nak belajar di mana saya sudah ada buat sebuah course dimana anda boleh belajar tentang trading secara percuma dari pemulaan hingga ke advance.

2) Belajar Cara Lihat Corak Pergerakan Market

Hanya tahu cara tanda Support dan Resistance atau cara untuk guna 10 jenis indicator trading tidak mencukupi untuk berjaya, kita perlu belajar cara untuk melihat pergerakan market seperti bila nak buka posisi trade, bila nak keluar dari trade tersebut.

Sebagai contoh, katakan anda trade menggunakan SnR. Daripada membuka posisi trade setiap kali harga sampai ke level SnR, cuba untuk kaji dahulu apakah corak yang selalu berlaku sekiranya market akan bertahan di level SnR tersebut.

Dengan tahu corak tersebut anda mungkin dapat kurangkan kerugian anda daripada memasuki trade terlalu cepat dan anda tahu bila waktu yang sesuai untuk buka posisi trade.

Trading ini bukanlah scheme untuk cepat kaya. Perjalanan untuk menjadi seorang trader yang konsistent bukanlah mudah ianya boleh ambil masa sebelum kita menjadi konsistent dalam trading.

[adrotate group=”4″]

3) Memiliki Trading Plan

Memiliki trading plan amat penting dalam kerjaya trading kita, ia dapat menentukan untuk kita kekal lama dalam trading ataupun tidak.

Trading plan ini adalah seperti namanya ianya sebuah perancangan buat kita ketika trading. Takkan kita mahu terus buka posisi beli atau jual tanpa memiliki sebarang perancangan, kita perlu buat analisa dahulu untuk ketahui ke mana arah tuju harga sebelum kita membuka posisi trade.

4) Asah Kemahiran

Mula berlatih di akaun demo dahulu.

Saya tahu ramai trader kebanyakan ingin terus terjun dan mula trade terus ke akaun sebenar berbanding berlatih di akaun demo dulu.

Trading ini seperti ketika kita berlatih untuk berenang kita tidak terus berenang di air yang dalam tetapi kita bermula di air yang cetek sebelum kita ke bahagian air yang lebih dalam kalau kita terus berlatih di air yang dalam kita mungkin lemas.

Maksud saya dengan lemas dalam contoh ini maksud saya kita boleh hilang modal kita alau kita terus mula trade di akaun sebenar.

Dengan berlatih di akaun demo dulu bukan saja dapat elakkan risiko untuk kehilangan modal tetapi ia juga membenarkan untuk kita uji dahulu trading strategi kita tanpa sebarang risiko.

Jika ketika berlatih di akaun demo kita perasan terdapat kesilapan atau kelemahan dalam trading strategi tersebut masih ada peluang untuk kita perbaikikannya lagi sebelum mula trade di akaun sebenar.

Perbezaan antara akaun demo dan akaun sebenar.

5) Memiliki Mindset Yang Betul

Sebuah strategi trading yang bagus masih tidak dapat menentukan lagi kita akan berjaya dalam trading. Kebanyakan trader yang rugi bukanlah berpunca daripada trading strategi mereka tetapi kerana mereka gagal untuk kawal emosi ketika trading.

Sehebat mana pun strategi itu, kalau kita masih tidak dapat kawal emosi kita masih boleh alami kerugian besar.

Sebab itu ianya penting untuk kita latih diri kita untuk berfikir seperti seorang trader yang professional, belajar cara untuk kawal emosi lagi-lagi ketika sedang alami kerugian amat penting.

Jika anda berminat untuk selami lebih mendalam topik ini, saya ada terbitkan sebuah course tentang trading psikologi dan mindset, anda boleh lihat course tersebut di sini.

[adrotate group=”2″]

6) Jejak Perkembangan

Langkah yang terakhir mungkin antara yang langkah yang leceh dan ramai trader yang elak daripada membuatnya iaitu menjejak prestasi trading mereka.

Maksud saya dengan jejak prestasi trading bukanlah dengan melihat perkembangan akaun trading kita tapi dengan melihat betapa konsistentnya kita.

Cara yang terbaik untuk dapatkan rekod prestasi trading kita adalah dengan memiliki trading journal. Trading journal hanyalah sebuah buku atau spread sheet dimana kita catat kesemua rekod posisi trade yang kita ambil.

Dengan memiliki rekod trading journal ianya dapat membantu kita untuk melihat kelemahan di dalam trading yang kita mungkin terlepas pandang atau tidak perasan langsung.

Untuk terangkan tentang trading journal di post ini mungkin ianya akan jadi terlalu panjang, jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang trading journal dan macam mana ia boleh bantu trading kita boleh baca di sini.

Kesimpulan

Trading bukanlah langkah utnuk menjadi cepat kaya, untuk menjadi seorang trader ianya satu perjalanan yang mudah seperti ramai orang sangkakan. Ia boleh ambil masa yang lama dan mungkin bertahun sebelum kita berjaya menjadi konsistent dalam trading kita.

Tetapi untuk berjaya dalam trading kita perlu pastikan kita memiliki ilmu asas dahulu dan belajar cara untuk kawal emosi kita ketika trading.

Dengan memiliki trading journal juga ia dapat membantu kita untuk lihat betapa konsistentnya kita dalam trading dan trading journal juga mungkin dapat membantu kita untuk nampak kelemahan yang ada dalam trading kita yang mungkin tidak perasan.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply