Selamat pagi dan selamat sejahtera,
Minggu ini kita akan lihat 2 pair matawang yang berpotensi memberikan peluang swing trade.
Tapi sebelum kita lihat analisa minggu ini, mari lihat prestasi analisa pada minggu lepas di pair GBP/JPY dan NZD/CAD.
Trade Recap
GBP/JPY – Update
Pair GBP/JPY turun sebanyak 300 pip dalam tempoh masa 2 hari. Pergerakan ini mungkin berpunca kepada para pelabur lari kepada aset yang lebih selamat seperti mata wang JPY kerana situasi yang agak tegang diantara Russia dan juga Ukrain.
NZD/CAD – Update
Seperti GBP/JPY juga, harga telah sampai dan bertahan di level support pertama pada 3/03 juga. Selepas harga bertahan di level tersebut pair ini telah membuat kenaikan sebanyak 180 pip dalam masa 2 hari.
Minggu lepas pergerakan market agak drastik disebabkan situasi peperangan dan ketegangan situasi di Europe.
Jadi mari kita lihat analisa pasaran pada minggu ini pula macam mana.
Bullish Di USD/CHF
Tapi jika market bergerak melebihi zone pertama tersebut, saya akan lihat pula zone 0.91083 – 0.90904, level ini akan menjadi sebagai zone support kedua jika harga gagal untuk bertahan di zone pertama.
Jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku di zone tersebut mungkin menunjukan kemungkinan harga akan bertahan di kawasan tersebut.
[adrotate group=”2″]
Swing Short EUR/JPY
Tetapi dengan paras harga sekarang ianya tidak bijak untuk membuka sell di kawasan tersebut kerana terdapat risiko dimana market mungkin akan membuat pergerakan bullish sementara waktu sebagai pullback ke kawasan resistance.
Level resistance pertama yang saya akan lihat adalah di 127.382 – 127.753, ini adalah zone potensi untuk menjadi zone resistance pertama kita. Jika harga menunjukan ciri-ciri bearish di kawasan ini, ianya mungkin potensi trade yang bagus.
Tapi jika harga bergerak melebihi dari paras zone itu, saya akan cuba lihat kawasan 128.291 – 128.649, ini adalah kawasan resistance kedua dimana pasaran mungkin akan bertahan sebelum sambung semula pergerakan penurunan mereka.
Apa-apa sekali pun, jangan lupa untuk menjaga tahap risiko ketika trading. Dengan keadaan sekarang pasaran mungkin akan membuat pergerakan drastik secara menggejut. Sila berhati-hati.
Segala analisa di website ini adalah hanya pandangan semasa saya terhadap market. Segala dagangan yang anda lakukan adalah atas faktor risiko anda sendiri.
Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!
Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.
Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.