You are currently viewing Teknikal Indicator Terbaik Untuk Kenal Arah Trend

Teknikal Indicator Terbaik Untuk Kenal Arah Trend

Ianya sangat penting untuk trader mengenali arah pergerakan trend semasa, kerana dengan trade ikut arah trend kita dapat tangkap pergerakan pasaran yang besar.

Tetapi macam mana nak kenali arah trend market dengan mengunakan indicator?

Jadi di perkongsian kali ini kita akan lihat 6 jenis indicator yang boleh membantu kita untuk kenali arah trend semasa.

Moving Average

Kita bermula dengan indicator moving average atau singkatannya MA, mungkin ini adalah sebuah indicator yang paling dikenali trader dan mungkin juga indicator yang paling kerap diguna oleh trader untuk kenali arah trend.

Moving average adalah sebuah indicator yang dicipta untuk mengenali arah pergerakan trend pasaran semasa.

Indicator Moving Average(MA) di Chart

Rupa indicator ini hanyalah sebuah line di chart dan jika harga berada di atas moving average itu bermaksud market sedang berada di dalam uptrend. Jika harga berada di bawah line MA itu bermaksud harga sedang berada di dalam downtrend.

Tapi indicator moving average akan jadi lebih berkesan apabila gabungkan antara 2 moving average dengan nilai period yang berbeza.

Contoh, jika lihat gambar di atas terdapat 2 line MA, line warna biru adalah MA period 20 dan line warna merah adalah MA period 50.

Jika line moving average warna biru berada di atas line warna merah itu bermakna market sedang berada dalam keadaan uptrend. Jika line biru berada di bawah merah pula, itu bermakna market sedang berada dalam keadaan downtrend.

Relative Strength Index(RSI)

Indicator RSI ini biasanya digunakan sebagai oscillator indicator, maksudnya RSI ini digunakan untuk melihat bila pasaran telah memasuki kawasan overbought dan oversold.

Tetapi indicator ini sebenarnya boleh juga digunakan sebagai indicator momentum atau trend indicator.

Setting Indicator RSI Sebagai Trend Indicator

Dengan gunakan setting di atas, kita boleh gunakan indicator RSI sebagai indicator untuk kenali arah trend.

Cara gunanya adalah mudah saja, jika line RSI sedang berada di atas level 50 itu bermaksud market sedang berada dalam keadaan bullish atau uptrend, jika line RSI berada di bawah level 50 itu bermaksud bearish atau downtrend.

Tapi indicator RSI ini adalah kelebihan dia sedikit berbanding indicator moving average. Dengan indicator RSI kita dapat melihat jika divergence sudah berlaku atau pun tidak.

Divergence dapat memberi tahu kita jika pergerakan trend semasa sudah makin melemah atau pun tidak. Jika berlakunya divergence ianya mungkin bermaksud pergerakan trend itu sudah hampir tamat dan jangkakan perubahan arah akan berlaku tidak lama lagi.

RSI Divergence

Parabolic SAR

Indicator Parabolic SAR mungkin antara indicator yang paling susah sedikit di dalam senarai ini. Maksud saya dengan susah bukan lah cara untuk gunakannya indicator ini mudah saja, tetapi yang susahnya adalah untuk jumpa setting yang sesuai.

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara untuk guna indicator parabolic sar sebagai level stop loss. Jadi macam mana nak guna indicator ini sebagi trend indicator dan setting apakah yang patut guna?

Setting Parabolic SAR Indicator

Jika kita guna setting di atas, parabolic sar boleh dijadikan sebagai trend indicator.

Walaupun ianya kelihatan seperti bagus tetapi kita tidak boleh bergantung kepada parabolic sar sahaja kerana kita masih tidak dapat tahu jika arah trend tersebut sudah makin melemah ataupun tidak.

Jadi kita mungkin perlu tambah sebuah indicator oscillator untuk lihat jika telah berlakunya divergence.

Parabolic SAR + RSI Divergence

Alligator

Indicator alligator kelihatan sama saja seperti indicator moving average, apa yang bezanya adalah, indicator alligator terdiri daripada 3 line manakala moving average hanya 1 line.

Indicator Alligator di Chart

Pencipta indicator alligator Bill Williams, terangkan 3 line tersebut sebagai Jaw, Teeth dan Lips serta ianya menyerupai alligator, dari situ datangnya nama untuk indicator ini.

Apabila indicator itu tersusun dari atas, jaw, teeth dan lips, itu bermakna uptrend, jika susunannya lips, teeth dan jaw, itu bermaksud downtrend.

Keunikan indicator ini bukan hanya ia dapat kenal pasti trend semasa tetapi ia juga dapat beritahu kita bahawa market sedang berada dalam keadaan sideways.

Alligator Sideways Market

Dalam keadaan market sideways alligator indicator biasanya agak serabut dan susah untuk dibaca, jadi ianya mungkin lebih elok untuk trade di aset tersebut buat sementara waktu.

Stochastic Oscillator

Saya pasti anda mesti tidak jangka indicator stochastic berada di dalam senari ini, mungkin disebabkan stochastic dikenali sebagai indicator oscillator sama seperti indicator RSI tadi.

Setting Trend Stochastic Indicator

Biasanya stochastic oscillator digunakan oleh trader untuk ketahui bila market sudah menjadi overbought dan oversold.

Tapi dengan gunakan setting di atas kita boleh gunakan stoch ini sebagai trend indicator.

Indicator Stoch sebagai Trend Indicator

Gambar di atas menunjukan setiap kali line K period(hijau) berada di atas line D period(merah) market sedang berada di dalam keadaan bullish. Dan setiap kali line K period berada di bawah line D period market sedang berada dalam keadaan bearish.

Tetapi kekurangan dia mungkin akan berlaku kekeliruan sedikit apabila market sedang berada dalam keadaan tidak menentu.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai jenis trend indicator di luar sana ada yang bagus ada yang kurang. Tapi bagi saya indicator yang sudah ada didalam platform Metatrader 4 sudah ok sebenarnya.

Cuma kita kene banyak lakukan backtest untuk mencari setting dan juga period yang sesuai untuk diguna.

Kita juga tidak boleh harapkan satu indicator sahaja biasanya kita perlu gabungkan dalam 2 ke 3 indicator yang berbeza seperti indicator untuk lihat arah trend, indicator untuk lihat bila waktu nak entry dan indicator untuk melihat bila waktu untuk exit atau di mana untuk letak stop loss dan juga take profit kita.

Dengan gabungan indicator-indicator yang dapat memberikan kita ciri-ciri tersebut, ianya tidak mustahil bahawa anda telah jumpa sebuah trading strategy.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 4 Comments

  1. Siti salwa

    Terima kasih

    1. Zul Khairul

      Sama-sama, terima kasih juga kerana baca 😀

      Jika ada sebarang persoalan boleh juga tanya di ruang komen ini 🙂

  2. raja

    Term Kasih tuan kerna sudi berkongsi Ilmu, semoga dibertati Allah SWT kita semua , amiinn

    1. Zul Khairul

      Aminn, Sama-sama, semoga maju jaya dalam trading tuan

Leave a Reply