PARABOLIC SAR

Indicator parabolic SAR direka oleh J. Welles Wilder Jr, ia adalah sebuah indicator yang digunakan trader untuk kenal pasti arah trend dan juga potensi perubahan harga.

Mari kita lihat cara untuk guna indicator parabolic dalam strategi analisa forex trading kita.


Pengambilan Utama

  • Parabolic SAR adalah trend indicator yang berbentuk seperti titik yang berada di atas atau bawah harga.
  • Jika titik parabolic SAR berubah dari atas ke bawah atau sebaliknya, terdapat potensi harga atau arah trend pasaran akan mula berubah.
  • Ketika pasaran sedang berada dalam fasa mendatar, parabolic SAR boleh kelihatan agak serabut.
  • Parabolic SAR lebih berkesan untuk digunakan sebagai exit indicator, kiranya untuk tahu bila waktu yang sesuai untuk tutup posisi trade.

Apa Itu Parabolic SAR

Rupa Indi Parabolic SAR

Parabolic SAR adalah indicator berunsurkan trend, rupa indicator ini adalah seperti titik yang berada di bawah dan juga di atas harga candlestick.

Nama penuh parabolic SAR adalah “parabolic stop and reverse”, dan seperti namanya, indicator ini bukan saja boleh digunakan untuk ketahui arah trend tapi boleh juga digunakan untuk tahu bila perubahan harga mungkin akan berlaku.

Parabolic SAR Uptrend
Parabolic SAR Bullish Trend

Cara asas untuk guna parabolic SAR adalah dengan melihat dimanakah titik itu berada, jika ia berada di bawah candlestick itu bermakna harga sedang berada dalam uptrend.

Sekiranya titik berubah dari bawah ke atas itu bermakna terdapat potensi untuk harga berubah arah.

Parabolic SAR Downtrend
Parabolic SAR Bearish Trend

Apabila parabolic SAR berada di atas, ia bermaksud bahawa pasaran sedang berada dalam pergerakan downtrend.

Jika titik berubah dari atas ke bawah, itu adalah petunjuk kemungkinan harga akan berubah menjadi bullish.

Parabolic SAR Pasaran Mendatar

Kerana indicator parabolic SAR ini adalah trend indicator, maka ia sesuai untuk digunakan ketika pasaran trending. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh gunakan indicator ini ketika pasaran berada dalam fasa mendatar.

Cara Guna Parabolic SAR

1) Parabolic SAR Sebagai Exit Trade

Kebanyakan trader akan gunakan parabolic SAR sebagai indicator untuk tahu bila untuk memasuki pasaran.

Sebagai contoh, bila titik parabolic berubah dari atas ke bawah ketika itu mereka akan buka posisi beli mereka.

Tapi cara terbaik untuk guna indicator SAR adalah dengan menggunakan ia sebagai exit point, kiranya guna untuk tahu bila masa yang sesuai untuk tutup posisi trade anda.

Contoh Parabolic Exit

Contoh situasi, katakan kita buka posisi beli pada paras harga yang ditunjukkan tersebut. Kerana harga sedang berada dalam uptrend, kita ingin ikut arah trend ini sehingga ke penghujungnya.

Jika kita tutup posisi trade kita terlalu awal mungkin kita akan terlepas potensi pergerakan harga yang besar, tapi jika tutup terlalu lambat harga mungkin akan berubah arah dan kita akan kehilangan kesemua keuntungan yang sedang ada.

Jadi indicator parabolic SAR dapat membantu anda dalam situasi seperti ini.

Parabolic Sebagai Exit Indicator

Apa yang kita perlu buat adalah untuk tunggu situasi dimana titik parabolic SAR mula berubah kedudukan mereka, dalam contoh ini dari bawah ke atas dan bila situasi ini berlaku, baru kita tutup posisi trade tersebut.

Pasti mungkin anda ada terfikir dan tertanya-tanya, bukan ke ada berlakunya perubahan titik lebih awal, kenapa tidak tutup di kawasan situ?

Ini kerana kita mahu tunggu sekurang-kurangnya 3 atau 4 titik parabolic SAR berlaku pada arah bertentangan sebelum membuat keputusan untuk tutup posisi trade kita.

Ia sebab perubahan titik parabolic masih tidak bermakna harga akan berubah, ia mungkin hanya pullback harga sebelum bergerak ke arah trend semula.

Parabolic SAR Contoh Exit Downtrend

Situasi yang sama juga untuk pasaran downtrend. Kita akan tunggu sehinga titik parabolic berubah dari atas ke bawah dan sekurang-kurangnya berlaku 3 ke 4 titik yang bertentangan sebelum tutup posisi trade.

2) Parabolic SAR Sebagai Stop Loss

Anda juga boleh gunakan parabolic sebagai kawasan untuk letak stop loss.

Parabolic SAR Stop Loss Level

Jika anda membuka posisi buy, anda boleh letak SL anda dengan jarak sekitar 2 ke 3 titik daripada parabolic SAR.

Ia bagus kerana kita tahu jika parabolic berada di bawah harga ia bermakna pasaran sedang berada dalam bullish, dengan meletakan jarak SL kita apda 2 ke 3 titik SAR ia dapat memastikan kurangnya risiko dimana harga akan sentuh stop loss anda dulu sebelum harga mula berjalan.

Kesimpulan

Indicator parabolic SAR adalah sebuah indicator trend, tapi ia lebih sesuai digunakan sebagai untuk tahu bila dan dimana patut kita keluar atau tutup posisi trade.

Dengan gunakan tetapan yang betul anda boleh gunakan parabolic SAR untuk trade pasaran yang sedang bergerak sideways.

Pastikan anda tunggu untuk berlaku sekurang-kurangnya 3 titik pada arah yang bertentangan untuk kepastian perubahan arah mungkin akan berlaku.