ALLIGATOR INDICATOR

Alligator indicator dicipta oleh Bill Williams. Beliau mendapat gelaran sebagai seorang lagenda dalam dunia trading kerana hasil kerjanya dengan mencipta pelbagai jenis indicator seperti Accelerator Oscillator, Awesome Oscillator, gator Oscillator, dan Fractals.

Tapi antara hasil kerja Bill Williams yang dikenali adalah dengan penciptaan indicator alligator. Mari kita lihat bagaimana nak guna indicator ini.


Pengambilan Utama

  • Alligator adalah sebuah trend indicator yang dicipta oleh trader lagenda Bill Williams.
  • Alligator adalah gabungan antara moving average(smoothed dan simple moving average).
  • Terdapat 3 komponen dalam indicator Alligator iaitu Jaw, Teeth dan Lips.
  • Apabila kesemua ketiga-tiga komponen tersusun, itu bermakna pasaran sedang berada dalam fasa trend.

Apa Itu Alligator Indicator

Alligator adalah sebuah indicator trend, dan ia terhasil daripada gabungan indicator moving average.

Indicator ini dinamakan sebagai “Alligator” kerana Bill menganggap pasaran ini ibarat alligator di mana terdapat 3 fasa.

  • Fasa pertama, ketika Alligator berasa lapar ia akan memburu mencari makan, maksud Bill Williams pasaran sedang bergerak dalam keadaan trending.
  • Fasa kedua, bila Alligator sudah kenyang, dia akan berehat dan tidur, dalam dunia pasaran ia bermaksud pergerakan harga menjadi sideways dimana pembeli dan penjual berehat.
  • Fasa ketiga, Alligator bangun dan rasa lapar semula.

Situasi ini sentiasa berulang-ulang dalam pasaran. Tugas kita sebagai trader adalah untuk tunggu ketika Alligator sedang berada pada fasa kedua dimana harga sedang bergerak dalam trend.

Rupa Indicator Alligator

Jika anda lihat gambar di atas indicator Alligator ini terdiri daripada 3 line moving average.

Tetapan asas untuk indicator ini adalah:

  • Jaw(Rahang), line hijau, 13 SMA
  • Teeth(Gigi), line merah 8 SMA
  • Lips(Bibir), line biru, 5 SMA

Cara Guna Alligator Dalam Forex Trading

Cara Pasang Indi Alligator

Anda boleh ke senarai indicator di metatrader untuk gunakan Alligator.

Alligator Uptrend Setup

Jika kesemua garis alligator tersusun dari Lips, Teeth, dan Jaw dan ianya mengembang itu bermakna pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend atau alligator sedang memburu makan.

Alligator Downtrend Setup

Jika susunannya terbalik, itu juga menunjukan alligator sedang aktif memburu, cuma ia adalah pergerakan downtrend.

Alligator Berehat dan Pasaran Mendatar

Sekiranya garisan tidak tersusun dan saling bersilang antara satu sama lain, itu maknanya alligator sedang berehat dan tidur, pasaran sedang berada dalam keadaan sideways. Ketika situasi seperti ini berlaku, kita ingin tunggu untuk alligator bangun dan harga mula bergerak dalam keadaan trending semula.

Alligator Indicator Mula Trend Semula

Satu perkara anda perlu ingat adalah, lebih lama alligator tidur(pasaran mendatar), lagi besar dan kuat potensi pergerakan harga(trend) apabila alligator mula bangun.

Kesimpulan

Indicator Alligator adalah sebuah indicator yang bagus untuk trader tahu bila harga sedang bergerak dalam keadaan trend dan bila harga sedang bergerak secara mendatar.

Kita hanya ingin membuat transaksi trading ketika harga sedang berada dalam keadaan trending sahaja kerana ketika pasaran berada dalam keadaan trend ia adalah waktu yang sesuai untuk jana keuntungan.

Apabila kesemua garis Alligator tersusun ia menunjukan pasaran sedang berada dalam fasa trend.