Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Semua
Ini adalah teknikal analysis saya untuk pair matawang GBP/USD, GBP/JPY & USD/CAD.
GBP/USD – H1
Pair GU untuk minggu ini saya akan lebih fokus kepada buy jika berdasarkan kekuatan GBP berbanding matawang lain.
Tapi itu bukan bermaksud kita perlu buy sekarang, saya mahu tunggu untuk market berikan discount untuk kita masuk buy.
Area yang saya lihat untuk peluang buy adalah di zone 1.29996 – 1.29821 dan target di area kotak hijau di sekitar 1.30556 – 1.30690.
Macam mana kalau harga tak sampai zone kita mahu entry?
Jawapan kepada soalan itu anggap saja tiada peluang trade haha memang market kdg2 akan bg peluang untuk kita entry dan kdg2 tidak, jangan kejar market.
GBP/JPY – H1
GJ sama juga seperti pair GU kita mahu fokus kepada buy dan area yang saya lihat untuk mencari peluang entry adalah di zone 142.855 – 142.779.
Adakah ada peluang untuk market turun lebih dari level tersebut dahulu?
Ada kemungkinan dan kalau market break level zone pertama saya akan cuba lihat di zone kedua pula, 142.228 – 142.142, saya takde marking di gambar tadi sebab terlupa
Zone target adalah di kotak hijau sekitar 143.332 – 143.437.
USD/CAD – H1
Untuk pair UsdCad saya akan mencari peluang sell di pair ini, zone entry adalah di sekitar 1.32735 – 1.32626.
Target ada dua kotak hijau saya tunjuk satu adalah di sekitar 1.32376 – 1.32290 dan yang kedua di area 1.31998 – 1.31915.
Entry follow SOP masing2 berdasarkan strategy anda ^_^.
Jangan Lupa Untuk Menjaga Risiko Anda Ketika Trading, Semua Analaysis Di Sini Adalah Hanya Pandanggan Saya Terhadap Market.
Segala Trade Yang Anda Amik Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.
T.A.Y.O.R(Trade At Your Own Risk).