Selamat pagi,
Minggu ini saya akan pantau pair AUD/USD dan juga GBP/NZD.
Kedua-dua pair ini memberikan ciri-ciri reversal, jika kita dapat tangkap di awal pemulaan trend reversal ini, ianya mungkin satu potensi yang bagus.
Pair AUD/USD
Di pair AUD/USD saya jangkakan untuk berlakunya bearish trend reversal. Pair ini telah berada di dalam keadaan up trend selama 2 bulan.
Tapi saya jangkakan pergerakan uptrend ini sudah makin melemah dan bearish akan mula mengawal pasaran pair ini tidak lama lagi.
Level support pertama: 0.74795 – 0.74656
Jika harga berjaya membuat break level support ini saya akan tunggu berlakunya pullback untuk harga kembali ke level tersebut menjadi resistance.
Tapi masih terdapat kemungkinan harga akan bertahan di situ dan melakukan satu lagi kenaikan, jadi untuk kepastian reversal akan berlaku, saya akan lihat jika harga berjaya break level ini.
Level support kedua: 0.74251 – 0.74112
Jika harga berjaya break support pertama kemungkinan level ini akan menjadi sebagai level di mana harga akan membuat pullback untuk kembali ke level pertama kita tadi sebagai resistance.
Pair GBP/NZD
Pair GBP/NZD juga menunjukan ciri-ciri potensi bullish trend reversal.
Level resistance pertama: 1.90677 – 1.90188
Ini adalah level support pertama yang saya akan lihat. Jika harga berjaya membuat breakout dari level ini, saya akan tunggu berlakunya pullback semula ke zone ini sebagai support.
Walaupun terdapat lagi potensi untuk harga membuat satu lagi penurunan, untuk pergerakan jangka masa lama, saya jangkakan reversal untuk berlaku.
Level resistance kedua: 1.93107 – 1.93581
Level resistance kedua kita pula terletak dalam 250 pip jaraknya dari level pertama kita tadi.
Jadi jika benar berlakunya reversal, terdapat ruang yang luas potensi untuk harga kembali ke level resistance kedua.
MARKET RECAP
EUR/USD
Minggu lepas saya jangkakan pergerakan menaik di pair ini. Tapi apa yang berlaku selepas harga sampai ke level ini adalah harga gagal untuk melakukan pergerakan kenaikan seperti yang dijangkakan.
Harga berada di sekitar kawasan support itu sepanjang minggu.
NZD/CHF
Pair NZD/CHF pada minggu lepas juga saya jangkakan pergerakan menaik.
Tapi apa yang berlaku adalah harga gagal untuk membuat pullback ke area support kita dan harga terus berjalan.
Pengajarannya di sini adalah, tidak kira seyakin mana kita dengan trading strategy kita dan betapa yakin kita terhadap setup trading yang berlaku.
Masih terdapat potensi untuk market tidak bergerak seperti apa yang kita jangkakan. Dari masa-kesemasa situasi seperti ini tetap akan berlaku.
Apa yang penting adalah cara kita riaksi terhadap situasi seperti ini. Sebab itu ianya amat penting untuk jaga risk management serta money management kita.
Jika situasi seperti ini berlaku kita perlu kurangkan pendedahan risiko kita.