Potensi kejatuhan di pair CAD/JPY dan GBP/NZD

Selamat Pagi,

Pergerakan market ketika ini agak tidak menentukan dan ini berpunca di sebabkan ketegangan isu diantara negara Russia dan juga Ukraine. Jadi sila berhati-hati ketika melakukan dagangan dan sentiasa menjaga risiko akaun anda supaya tidak alami kerugian yang besar.

Minggu ini saya akan melihat potensi untuk short di pair GBP/NZD dan CAD/JPY dan ini adalah pandangan saya buat 2 pair ini.

GBP/NZD

Untuk pair GBP/NZD saya jangkakan penurunan untuk berlaku dan terdapat 2 level resistance yang mungkin harga akan menolak. Yang pertama adalah di 2.03643 – 2.03322 dan ketika ini harga sedang berada berdekatan dengan level ini.

Tapi sekiranya harga break level itu saya akan jangkakan harga akan pergi ke level resistance kedua iaitu di 2.04937 – 2.04631, jika harga menolak di level ini kemungkinan apa yang berlaku adalah chart pattern triple top dan pattern itu adalah chart pattern reversal.

[adrotate group=”2″]

CAD/JPY

CAD/JPY telah berada di dalam keadaan sideway sejak awal tahun lagi, tetapi saya jangkakan pergerakan downtrend mungkin akan bermula di pair ini. Level yang saya akan lihat adalah 90.170 – 89.98, jika berlakunya ciri-ciri bearish di level ini ianya mungkin satu peluang yang bagus untuk memasuki pasaran dan ia dapat memberikan penjagaan risiko yang bagus.

Sekiranya harga bercadang untuk bergerak lebih tinggi berbanding level itu, boleh lihat level 90.961 – 90.784, ini adalah level resistance kedua yang saya akan pantau sekiranya harga gagal untuk bertahan di level 90.170 – 89.98.

Trading ini adalah satu perkara yang mempunyai risiko tinggi sekiranya anda tidak menjaga risiko. Jadi sila berhati-hati ketika trading, kesemua analisa di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.

Market Recap

Ini adalah sesi market recap untuk analisa pada minggu lepas.

Recap Analisa Untuk AUD/USD

Pada minggu lepas saya menjangkakan untuk berlakunya kenaikan di pair AUD/USD dan pada hari isnin market sudah memasuki zone pertama tetapi market berak melebihi level tersebut. Tapi pada 15 febuari harga telah kembali semula di level tersebut untuk memberi peluang entry. Kemudian market membuat kenaikan sebanyak 110 pip.

Recap Analisa Untuk EUR/JPY

Pada 14 feb EUR/JPY telah bertahan di level pertama di 131.448 – 131.234 dan membuat peturunan sebanyak 90 pip. Tetapi harga melakukan bergerakan kenaikan semula dan tembus level tersebut. Kemudian pada  17 Febuari harga selah kembali bertahan semula di level yang sama dan melakukan penurunan lebih daripada 150 pip.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply