Pasaran forex beroperasi selama 24 jam sehari dari hari isnin hingga jumaat.
Walaupun pasaran forex ini dibuka selama 24 jam sehari pernah tak anda terfikir bila masa yang sesuai untuk trade pasaran forex.
Ianya penting untuk kita tahu bila waktu yang sesuai untuk trade pasaran forex kerana sebagai trader kita mahukan “Volume“, tanpa volume market tidak akan ada banyak pergerakan.
Volume yang tinggi hanya berlaku apabila lebih ramai trader yang menyertai market, apabila lebih ramai trader yang menyertai market, lebih banyak supply dan demand dalam erti kata lain pergerakan yang berlaku.
Disebabkan terdapat perbezaan waktu di antara negara akan ada waktu market aktif dan juga perlahan.
Sebab kenapa trader perlukan volume adalah satu kerana pergerakan laju atau liquidity.
Kedua ketika market tidak banyak pergerakan spread, perbezaan antara harga jual dan beli biasanya akan menjadi lebih lebar ketika liquidity kurang di dalam market, jadi transaksi ketika kita mahu lakukan trading mungkin lebih mahal waktu itu.
Jadi bila masa yang sesuai untuk trade forex?
Kita perlu tahu dalam pasaran forex ada 3 sesi market.
1) Asia, seperti negara Jepun, Australia & New Zealand.
2) Europe, negara seperti German dan London.
3) U.S, New York.
Ketika 2 sesi bertembung waktu itulah banyak volume trade yang masuk ke dalam market.
Setiap hari akan ada waktu dimana pasaran Asia bertembung dengan pasaran Europe, dan pasaran Europe bertembung dengan pasaran U.S.
Kebiasaannya ketika waktu London serta New York dibuka, waktu itu paling banyak liquidity dan volume di dalam market. Jadi waktu yang sesuai untuk mula trade forex adalah apabila 2 sesi market ini bertembung.
ketika jam waktu 3 tengah hari waktu Malaysia adalah waktu pasaran Asia bertembung dengan pasaran Europe.
Jam 8 malam waktu Malaysia adalah waktu dimana pasaran Europe bertembung dengan pasaran U.S.
Tip Tambahan
Kalau anda hanya boleh trading pada waktu pagi waktu Malaysia, saya sarankan anda untuk hanya fokus di pair mata wang AUD, NZD serta JPY, kerana ketika waktu itu pasaran negara tersebut sedang dibuka dan mata wang tersebut terdapat luquidity yang tinggi berbanding matawang lain seperti USD dan EUR.
Jika anda hanya trade waktu tengah hari saya sarankan untuk trade pair mata wang GBP dan juga EUR kerana market Europe serta London sedang dibuka.
Jika waktu malam biasanya kebanyakan pair akan aktif ketika waktu itu lagi-lagi pair mata wang USD dan CAD.
Kenapa Kita Perlu Trade Ketika Waktu Ini?
Sekiranya anda adalah trader intraday ataupun scalper, anda perlukan liquidity didalam market untuk melakukan dagangan dan ketika waktu pertembungan itulah waktu yang sesuai untuk anda melakukan trade anda.
Sekiranya anda position trader atau swing trader yang memegang posisi trade mereka untuk jangka masa yang lama, ianya mungkin tidak akan memberikan impak yang besar kepada anda.
Tetapi anda masih perlu berhati-hati kerana ketika waktu begini kerana masih ada risiko untuk spread menjadi luas dan sentuh level stop loss anda.
Jika anda mahu tahu dengan lebih mendalam lagi berkenaan topik ini, saya sarankan untuk anda baca waktu dagangan di Malaysia.
Kesimpulan
Ianya penting untuk trader forex tahu bilakah masa yang sesuai untuk berdagang dan aset apa yang patut mereka lihat ketika waktu tersebut.
Jika tersalah pilih matawang mungkin pergerakan market ketika waktu itu agak perlahan kerana pasaran sedang tutup.
Jadi pastikan pilih pair matawang yang sesuai dengan waktu anda sedang trading agak tidak alami masalah seperti merket bergerak perlahan atau pergerakan yang tidak menentu.