SPREAD DALAM FOREX TRADING

Sebutan yang anda akan kerap dengar sebagai trader adalah “spread“, jadi apa itu spread sebenarnya dan kenapa ia penting untuk trader tahu tentangnya.

Terdapat berapa jenis spread yang berbeza anda akan lihat apakah perbezaan setiap spread tersebut dan macam mana nak pilih spread yang terbaik berdasarkan gaya trading anda.


Pengambilan Utama

  • Perbezaan di antara harga bid dan ask dikenali sebagai spread.
  • Spread adalah caj dari pihak broker kepada trader dengan cara inilah broker menjana keuntungan mereka.
  • Spread terdapat 2 jenis, variable dan fixed.
  • Spread akan berkembang bergantung kepada pair apa, waktu, dan keadaan ekonomi semasa.

Apa Itu Spread

Nilai spread terdiri daripada perbezaan dalam harga bid dan harga ask.

  • Bid adalah paras harga jika kita ingin menjual base currency.
  • Ask pula adalah aras harga dimana kita ingin membeli base currency.

Spread adalah caj perkhidmatan daripada pihak broker setiap kali trader melakukan transaksi trading mereka.

Broker membuat keuntungan mereka daripada nilai spread tersebut.

Bergantung juga kepada broker yang digunakan, sesetengah broker hanya menawarkan satu jenis spread sahaja, dan ada juga broker yang menawarkan 2 jenis spread:

  1. Fixed Spread
  2. Variable Spread
Perbezaan di antara fixed dan variable spread

Fixed Spread

Broker yang menawarkan spread jenis fixed ini dikenali sebagai broker market maker atau “dealing desk” yang bermaksud mereka(broker) adalah pihak yang akan menerima dan menyerap pesanan dagangan trader daripada menghantar pesanan tersebut kepada pihak liquidity provider(LP).

Seperti namanya, fixed spread ini bermaksud paras spread itu tidak akan berubah dan kekal sama saja tidak kira apa yang berlaku di dalam pasaran.

Dengan tidak menghantar pesanan trader kepada mana-mana LP, pihak broker dapat menawarkan spread yang kekal kerana merekalah yang menggawal paras harga yang dipaparkan pada carta.

Saya saran untuk anda lihat cara broker market maker beroperasi, jika anda ingin memahami lebih mendalam tentang topik ini.

Kelebihan Fixed Spread

Jadi apakah kelebihan trade guna akaun fixed spread?

Dengan akaun yang mempunyai nilai spread akan kekal sama, anda boleh mula trade dengan modal yang kecil sedikit kerana dengan akaun jenis spread yang sentiasa berubah (mengembang dan mengecil) kita mungkin perlukan modal yang besar sedikit untuk tampung kos spread pihak broker.

Kerana nilai spread yang tidak berubah anda dapat tahu berapa kos yang anda akan bayar kepada pihak broker setiap kali anda trade.

Kekurangan Fixed Spread

Seperti yang dikatakan broker yang menawarkan fixed spread biasanya adalah market maker, dan broker market maker ini mempunyai reputasi untuk cuba merugikan trader dengan membuat slippage dan requotes.

Kerana setiap kali trader mendapat keuntungan pihak broker dealing desk akan alami kerugian dan setiap kali trader rugi pihak broker akan mendapat keuntungan.

Tapi tidak kesemua broker market maker adalah teruk, kebanyakan trader yang katakan broker manipulasi chart atau ubah arah sementara(spike) itu biasanya broker yang tidak jujur dan kemungkinan tinggi mereka adalah broker white label.

Sebab itu ianya amat penting untuk trader memilih broker yang betul dan dipercayai.

Variable Spread

Variable spread adalah bertentangan dari fixed spread, jika fixed spread bermaksud spread akan sentiasa kekal sama tidak kira keadaan pasaran semasa, variable spread pula akan berubah-ubah bergantung kepada keadaan pasaran ketika waktu itu.

Spread jenis variable biasanya ditawarkan oleh broker “non-dealing desk” maksudnya pihak broker akan menghantar pesanan tansaksi trader kepada liquidity provider(LP).

Spread akan berkembang atau mengecil bergantung kepada permintaan orang ramai terhadap mata wang tersebut dan keadaan turun naik pasaran.

Secara asasnya jika permintaan untuk mata wang tersebut sedang kurang maka spread akan makin melebar, jika permintaan sedang tinggi maka nilai spread akan semakin mengecil.

Kelebihan Variable Spread

Disebabkan keuntungan broker bergantung kepada spread dan bukannya berdasarkan kerugian trader, maka kelebihan broker non-dealing desk adalah akan lebih kurang berlakunya manipulasi pada chart mereka seperti isu requote dan harga spike.

Tapi itu tidak bermaksud kita akan bebas 100 peratus daripada manipulasi dalam pasaran.

Kekurangan Variable Spread

Jika anda adalah trader jenis scalper mungkin ianya tidak begitu bagus buat anda untuk guna jenis akaun spread variable.

Ini kerana trader scalper biasanya mempunyai aras stop loss dan take profit yang kecil. Disebabkan spread boleh menjadi besar dalam keadaan tertentu ini boleh menjejaskan potensi keuntungan buat trader scalper.

Sekiranya nilai spread menjadi terlalu lebar, ia adalah sesuatu perkara yang buruk untuk trader kerana spread yang luas dapat menjejaskan potensi keuntungan trader.

Sebab itu ia amat penting untuk tahu bila masa sesuai untuk trade kerana jika tersalah pilih waktu mungkin ketika itu spread sedang melebar.

Dengan memilih bila waktu yang betul kita dapat kurangkan risiko untuk mendapat pendedahan terdahap spread yang luas.

Fixed vs Variable Spread Mana Lagi Bagus?

Yang mana lebih bagus fixed spread atau variable spread?

Jawapan dia adalah bergantung kepada trader itu sendiri serta gaya trading mereka.

Jika anda adalah seorang trader gaya scalper mungkin fixed spread lebih sesuai untuk anda kerana kurang risiko untuk spread menjadi lebar. Atau mungkin anda mempunyai modal trading yang kecil maka fixed spread juga sesuai untuk anda.

Tapi kalau anda adalah seorang trader yang suka trade ketika keluaran data ekonomi maka variable spread lebih sesuai untuk trader jenis ini. Mungkin juga anda adalah seorang swing trader maka jarak spread mungkin tidak akan menjejaskan prestasi trading anda.

Tiada jawapan yang tetap, semuanya bergantung kepada apa yang sesuai untuk diri anda berdasarkan gaya trading yang digunakan.

Soalan Lazim

Kenapa Spread Biasanya Lebar Waktu Malam?

Spread akan melebar sekiranya terdapat kekurangan permintaan untuk mata wang tersebut ketika waktu itu. Biasanya waktu malam tidak begitu banyak transaksi yang berlaku dalam pasaran forex.

Adakah Spread Yang Rendah Ini Bagus?

Spread yang rendah amatlah bagus lagi-lagi sekiranya anda adalah trader scalper. Kerana spread yang luas dapat menjejaskan potensi keuntungan trader.

Apakah Paras Spread Yang Bagus?

Untuk pair EUR/USD spread biasanya sekitar 1 pip ke 2 pip bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Tapi setiap broker menawarkan nilai spread yang berbeza, anda boleh hubungi atau layari laman web pihak broker yang digunakan untuk tahu lebih lanjut.

Ada Ke Broker Menawarkan 0 Spread?

Ada, terdapat broker yang menawarkan spread yang bermula dari 0 pip tapi biasanya mereka akan kenekan caj komisyen berdasarkan saiz lot setiap kali anda trade. Komisyen yang dikenakan oleh broker bermula serendah $2 hingga $8 setiap satu lot dan jumlah minima deposit yang diperlukan biasanya tinggi untuk layak mendapat akaun zero spread.

Kesimpulan

Secara asasnya terdapat dua jenis spread variable dan fixed. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri.

Bergantung kepada broker yang digunakan ada yang menawarkan kedua-dua jenis spread tersebut kepada pelangan mereka.

Untuk pilih jenis spread yang patut anda gunakan adalah dengan melihat gaya trading anda.