WAKTU PASARAN FOREX

Salah satu kelebihan pasaran forex berbanding pasaran lain seperti saham adalah waktu pasaran forex beroperasi.

Pasaran saham hanya dibuka sekitar 7 jam sehari, hari isnin hingga jumaat, manakala pasaran forex pula aktif selama 24 jam sehari, dari hari isnin hingga jumaat.

Ini bermaksud sesiapa saja boleh berdagang dalam pasaran forex tidak kira waktu bila sekalipun pagi, petang mahupun malam.

Tapi walaupun pasaran forex ini aktif selama 24 jam sehari itu tidak bermaksud pergerakan harga akan sentiasa aktif, ada waktu dimana pasaran bergerak aktif dan ada waktu dimana ianya agak perlahan dan hambar.

Jadi bagaimanakah untuk anda tahu pair apa yang patut fokus dan bila masa yang sesuai untuk trade. Kita akan bincang semuanya di bawah.


Pengambilan Utama

  • Pasaran forex akan kekal dibuka selama 24 jam setiap hari dari isnin hingga jumaat.
  • Terdapat waktu dimana pergerakan harga dalam pasaran forex aktif dan ada waktu pergerakan mereka perlahan.
  • Pasaran forex akan tutup jika terdapat cuti umum.
  • Ketika sesi New York dan Sesi London bertembung adalah waktu ketika pasaran paling aktif.
  • Perbezaan zon masa setiap negara dapat mempengaruhi pergerakan pasaran.
  • Ianya lebih bagus untuk fokus pada pair mata wang dimana pasaran tempatan sedang dibuka.

Waktu Forex Malaysia

Bila Waktu Pasaran Forex Di Malaysia
Waktu Pasaran Dunia Aktif

Terdapat 4 sesi pasaran dunia yang anda perlu ingat:

  • Sydney, Australia dari jam 9:00 pm hingga 6:00 am UTC
  • Tokyo, Jepun dari 12:00 am hingga 9:00 am UTC
  • London, Great Britain jam 7:00 am sampai 4:00 pm UTC
  • New York, Amerika Syarikat dari jam 1:00 pm hingga 10:00 pm UTC

Sesi dimana pasaran bergerak paling aktif adalah ketika waktu dimana sesi New York dan sesi London bertembung ketika waktu malam.

Ketika ini harga bergerak dengan laju kerana ketika waktu inilah ramai pelabur-pelabur dan bank-bank besar sedang aktif.

Biasanya ketika hari isnin, pergerakan carta agak perlahan mungkin disebabkan ia adalah hari orang baru mula bekerja selepas cuti dan berahat pada hujung minggu. Tapi ada saja situasi dimana pada hari isnin pun harga bergerak laju.

Bila hari jumaat pula pergerakan pasaran agak tidak menentu kadang-kadang ia agak susah untuk dijangka dan diramal, mungkin kerana pada hari jumaat ramai pelabur-pelabur besar sudah ingin menutup posisi dagangan mereka dan ambil keuntungan buat minggu tersebut sebelum pasaran tutup.

Waktu Pasaran Fx Aktif

Walaupun waktu forex paling aktif adalah ketika sesi New York dan London bertembung itu tidak bermakna sesi lain tidak bagus untuk trade.

Ia lebih bergantung kepada pair mata wang mana yang anda fokus ketika waktu itu.

Sebagai contoh, jika ketika waktu pagi di Malaysia anda lihat pair EUR/USD biasanya pergerakan mereka agak perlahan dan tidak begitu laju tapi kalau anda lihat mana-mana pair dengan mata wang seperti AUD atau JPY pergerakan harga di pair-pair ini agak laju.

Ini kerana ketika waktu pagi Malaysia pasaran yang sedang dibuka adalah negara Australia, New Zealand dan juga pasaran Jepun, sebab itu ketika jam pagi waktu Malaysia ianya lebih bagus untuk anda fokus pada pair yang berkaitan dengan AUD, NZD, atau JPY.

Ketika waktu tengah hari pasaran Europe dan London baru dibuka dan kalau lihat waktu itu barulah pair mata wang berkaitan dengan EUR dan GBP akan mula aktif.

Ketika waktu malam pula pasaran A.S dan Canada mula dibuka, dan ketika inilah pair USD dan CAD akan bergerak dengan aktif.

Jadi ia bergantung kepada waktu bila anda akan berdagang dan pilih pair mata wang yang sesuai dengan waktu tersebut.

Bila Masa Sesuai Untuk Trade Forex?

Sesi yang terbaik untuk berdagang adalah apabila bertembungnya 2 sesi pasaran negara yang berbeza.

Setiap hari akan ada waktu dimana sesi Asia akan bertembung dengan sesi Eropah, dan pasaran Eropah akan bertembung dengan sesi pasaran A.S

Tapi waktu paling pasaran forex aktif adalah apabila sesi A.S bertembung dengan sesi Europe, ketika ini adalah waktu dimana liquidity dan jumlah transaksi besar akan berlaku kerana kebanyakan bank besar berada di A.S dan Eropah.

Kenapa Perlu Trade Ketika Waktu Ini?

Jika anda adalah trader intraday atau scalper, anda perlukan jumlah transaksi tinggi agar trade anda akan berjalan dengan lancar.

Tapi kalau anda adalah seorang swing trader, mungkin ia tidak akan memberi impak yang besar sangat dalam trading anda kerana swing trader biasanya akan memegang posisi mereka untuk tempoh yang lebih lama berbanding intraday dan scalper.

Jumlah Transaksi Tinggi

Kelebihan lain untuk trade berdasarkan waktu pasaran dunia adalah dari segi kelebaran spread ketika waktu tersebut.

Jika jumlah transaksi dalam pasaran agak rendah jarak spread biasanya akan menjadi lebih besar dan ini berpotensi untuk menjejaskan potensi trading kita.

Tapi kalau kita pilih pair yang sesuai buat waktu itu, biasanya spread di pair-pair ini tidak begitu besar dan pergerakan harga pada pair-pair ini juga lebih jelas.

Waktu Keluaran Data Laporan

Data daripada economic calendar hanya akan keluar apabila pasaran tempatan itu sedang dibuka sahaja.

Contoh, kita tidak akan nampak keluaran data berkenaan JPY ketika waktu malam, kerana pasaran Jepun sedang tutup.

Jadi jika anda adalah seorang news trader, tahu bila waktu sesi pasaran dibuka agak penting buat anda.

Soalan Lazim

Jam Berapa Pasaran Forex Tutup dan Mula Sesi Baru?

Sesi forex dibuka pada jam 5:00 pagi waktu Malaysia hari isnin hingga hari sabtu jam 5:00am.

Waktu Bila Pasaran Forex Aktif

Pasaran forex paling aktif ketika sesi London bertembung dengan sesi New York. Kedua-dua sesi ini bertembung pada jam 9:00pm waktu Malaysia.

Bila Patut Anda Trade Pasaran Fx?

Anda boleh trade pasaran forex pada bila-bila masa dari hari isnin hingga jumaat, ini kerana market forex dibuka selama 24 jam pada hari minggu.

Boleh ke Trade Forex Waktu Pagi?

Boleh, anda boleh trade forex pada waktu pagi, tapi pastikan anda fokus pada pair yang sesuai untuk berdagang ketika waktu itu seperti AUD, NZD dan JPY, kerana ketika itu pasaran tempatan sedang dibuka.

Boleh Ke Trade Forex Waktu Malam?

Anda boleh trade forex pada waktu malam dan pair yang patut anda fokus pada waktu malam adalah pair USD, CAD, GBP dan EUR, kerana ini adalah mata wang negera yang sedang aktif.

Pasaran Forex Buka Ke Ketika Cuti Umum?

Walaupun pasaran forex ini sentiasa dibuka tapi pada hujung minggu dan ketika adanya cuti umum, pasaran forex akan ditutup. Anda masih boleh lagi menukar mata wang pada mana mana kaunter kewangan, tapi anda tidak boleh membuat transaksi dagangan kerana ketika waktu cuti kerana pihak broker tidak bekerja.

Kesimpulan

Melakukan dagangan berdasarkan waktu mana pasaran sedang dibuka amat penting untuk forex trader kerana jika kita salah pilih pair dimana waktu pasaran tempatan sedang tutup maka nilai spread akan lebih besar kerana jumlah transaksi yang rendah.

Pilih pair berdasarkan pasaran mana yang sedang dibuka dapat elak dariapda memilih pair yang mempunyai nilai spread yang luas.

Bukan itu saja, dengan memilih pair yang sesuai untuk didagang pada waktu tersebut dapat memastikan harga bergerak dengan laju dan dalam keadaan trend.