TAKE PROFIT & BREAK EVEN

Dalam forex trading, mengurus posisi trade yang sedang aktif adalah sebuah konsep yang penting untuk kejayaan trader, dua kaedah untuk mereka uruskan posisi trade mereka adalah dengan menggunakan “take profit” dan “break even“.

Kedua-dua strategi ini adalah berharga buat trader dan ia dapat membantu trader untuk memaksimumkan keuntungan anda dan pada masa yang sama ia dapat mengurangkan pendedahan risiko anda dalam pasaran.

Di bawah kita akan lihat apakah cara terbaik untuk tahu kawasan mana patut kita ambil keuntungan dengan tetapkan aras take profit dan juga bila situasi yang bagus untuk ubah paras stop loss ke break even.


Pengambilan Utama

  • Take profit adalah aras yang ditetapkan oleh trader untuk ambil keuntungan mereka secara automatik.
  • Break even adalah teknik dimana trader akan alihkan aras stop loss mereka ke paras harga dimana mereka buka posisi trade tersebut.
  • TP dan BE dapat membantu trader untuk mengurangkan pendedahan risiko mereka pada masa yang sama dapat membantu memaksimakan pulangan dan potensi keuntungan.

Aras Take Profit

TP atau take profit merujuk kepada aras yang ditetapkan oleh trader untuk menutup posisi dagangan secara automatik apabila pasaran sudah capai paras harga sasarannya dan ambil keuntungan.

Ianya amat penting untuk trader ketahui di mana tempat yang sesuai untuk mereka ambil keuntungan.

Jika sasaran TP kita terlalu dekat terdapat potensi untuk kita terlepas untuk menangkap pergerakan trend besar, tetapi kalau kawasan sasaran kita terlalu jauh harga mungkin tidak akan sampai ke aras take profit tersebut.

Jadi trader perlu pastikan mereka tahu dimana kawasan atau aras harga yang terbaik untuk mereka menutup posisi dan ambil keuntungan.

Terdapat pelbagai cara untuk trader tetapkan tahap take profit mereka seperti kawasan support dan resistance atau guna alat trading seperti fibonacci extention.

Tidak kira apa kaedah anda guna pun, ia lebih kepada cara masing-masing, tiada cara yang tepat anda perlu mencuba dan lihat apa yang sesuai buat gaya trading dan juga teknik trading yang anda gunakan.

Guna Alat Fibonacci Extention Untuk Kawasan TP

Contoh, katakan anda gunakan fibonacci extention untuk tahu kawasan TP dimana, tapi alat extention ini akan berikan kepada anda 3 aras iaitu 61.8, 100, dan 161.8 yang dilihat sebagai kawasan potensi take profit.

Mungkin anda adalah price action trader dan hanya membuat analisa menggunakan area SnR. Jika begitu sasaran untuk dijadikan aras TP yang sesuai adalah pada kawasan SnR seterusnya yang berdekatan.

Guna SnR Sebagai Kawasan TP

Contoh jika anda membuka posisi buy pada support, sasaran anda mungkin jangkakan harga akan bergerak ke kawasan resistance yang terdekat.

Kalau sell pada kawasan resistance, sasaran anda mungkin harga akan bergerak hingga ke kawasan support yang seterusnya.

Take Profit Risk Ratio

Kita dapat lihat dengan jelas, harga berjaya bertahan pada kawasan up trendline dan kita ingin membuka posisi buy order dengan aras stop loss berada di bawah candlestick tersebut dan terdapat dua sasaran keuntungan di aras resistance yang terdekat.

Apa Itu Break Even(BE)

Break even atau BE adalah situasi dimana kita gerak atau ubah aras stop loss kita ke aras yang sama dimana kita buka posisi trade tersebut dengan bertujuan untuk memastikan tiada kerugian akan di alami sekiranya harga pasaran mula berubah arah.

Contoh, kalau anda sedang trade pair USD/CHF dan anda ada buka posisi beli di harga 0.95850 dan stop loss pula berada 30 pip dari itu 0.95550, kemudian katakan harga sudah bergerak ke arah analisa tapi masih tidak sampai ke kawasan take profit.

Anda berasa takut jika harga berubah arah semula dan alami kerugian, apa yang anda boleh buat untuk atasi rasa takut itu adalah dengan ubah aras SL kepada paras yang sama atau lebih dari harga yang anda buka trade itu.

Dalam contoh ini anda akan ubah aras stop loss dari 0.95550 kepada 0.95850 atau lebih.

Dengan ini walaupun harga berubah arah semula anda tidak akan alami kerugian kerana aras SL sudah berada pada aras yang sama dimana anda buka posisi itu, jika SL anda berada lebih dari aras harga kemasukan, bila stop loss disentuh anda masih akan terima keuntungan.

Contoh situasi, katakan kita mempunyai dua kawasan potensi untuk ambil keuntungan TP 1 dan TP2.

Apa yang kita perlu buat adalah ubah aras stop loss kita apabila harga sudah sampai ke kawasan take profit pertama. Dengan ini walaupun harga turun semula sekali pun, tiada risiko buat kita kerana kita telah tetapkan paras break even.

Cara Set Break Even

Untuk ubah aras stop loss, anda boleh lakukannya pada platform metatrader di komputer mahupun di aplikasi phone.

Cara Tetapkan Break Even di MT4 Komputer

Kalau anda menggunakan MT4 di komputer, anda perlu ke terminat dan tekan kanan di tetikus pada posisi trade yang anda ingin ubah aras SL dan pilih “Modify or Delete Order“.

Ubah Stop Loss ke BE

Selepas itu, anda perlu masuk harga dimana anda ingin ubah aras stop loss dan tekan butang “Modify” untuk ubah tetapan harga itu.

BE di MT4 Phone App

Untuk tetapkan break even guna aplikasi phone MT4 pula, anda boleh tekan posisi trade yang anda ingin ubah sehingga munculnya paparan ini dan pilih “Modify order”, pastikan anda hafal aras harga yang ingin diubah.

Kemudian letak aras harga terbaru di ruang belah kiri dan tekan butang “Modify” untuk tukar tatapan itu.

Begitulah cara untuk anda ubah aras stop loss yang dipanggil sebagai break even.

Walaupun dengan melakukan break even sahaja dapat kurangkan pendedahan risiko anda semasa trading, tapi jika ia digabungkan dengan scaling out ia dapat tingkatkan lagi potensi keuntungan anda pada masa yang sama.

Kesimpulan

Setiap peluang trade yang diambil anda perlu pastikan anda tahu dimana anda akan ambil keuntungan, jika anda tidak mempunyai sasaran anda hanya akan dikaburi emosi dan perasaan tamak dengan berharap harga boleh pergi lebih jauh.

Jadi pastikan anda tahu dimana anda akan ambil keuntungan dan ingat agar tidak meletak sasaran anda terlalu dekat kerana mungkin akan terlepas peluang pada masa yang sama tidak terlalu jauh untuk harga capai.

Break even dapat membantu untuk kurangkan pendedahan risiko lagi-lagi jika kita mempunyai banyak sasaran take profit atau kawasan take profit yang agak jauh.

Dengan ketahui bila dan dimana patut kita ubah aras stop loss, kita dapat bawa perjalanan trading kita ke peringkat seterusnya.