Back to: Belajar Forex Trading
Trendlines adalah salah satu teknik teknikal analisa yang biasa digunakan oleh trader selepas support dan resistance.
Jadi apakah perbezaan antara level trendline dan juga SnR?
Trendline secara asasnya mempunyai konsep yang sama saja seperti aras SnR, di mana paras harga kemungkinan akan berubah arah, contoh harga akan menaik(support) dan di mana paras harga mungkin akan mula menurun(resistance).
Cuma apa yang membezakan mereka adalah rupa mereka. Area support dan resistance yang biasa terhasil daripada garisan yang mendatar, trendline pula ia berdasarkan kecuraman pergerakan menaik dan penurunan yang berlaku dalam pasaran.
Pengambilan Utama
- Trendline adalah garisan SnR cuma ia terhasil daripada kecuraman naik turun pasaran.
- Garis trenline dapat dilihat apabila gabungan antara dua titik swing harga pasaran.
- Trendline adalah cara yang bagus untuk tahu arah trend market semasa.
Isi kandungan
Cara Lukis Trendline
Bagaimana nak melukis aras trendline ini menggunakan platform metatrader 4. Untuk lukis trendline ini mudah saja anda perlu bermula dengan pilih alat melukis trendline seperti di bawah.
Secara asasnya jika pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend, trendline akan di lukis pada dua paras swing low yang jelas di mata dan kita perlu hubungkan 2 paras low tersebut untuk dijadikan sebagai level up trendline(support).
Untuk downtrend pula, trendline dilukis pada dua titik swing high yang jelas dilihat dan aras itu akan dijadikan sebagai resistance.
Cara Trade Guna Trendline
Sekarang anda sudah tahu cara untuk lukis aras trendline, jadi sekarang ini mari kita lihat macam mana nak trade menggunakan trendline.
Langkah pertama adalah dengan kenal pasti dua titik swing harga dimana kita boleh sambung untuk jadikan area resistance trendline kita.
Selepas itu, anda dapat lihat setiap kali harga kembali ke kawasan trendline ia berjaya bertahan sebagai resistance dan harga mula menurun.
Untuk dapatkan kepastian bahawa harga akan bertahan di trendline itu, kita dapat gabungkan pattern candlestick dalam analisa kita.
Jika berlakunya candlestick pattern di kawasan trendline ia menunjukkan potensi trade yang bagus. Seperti di gambaran diatas, kita dapat lihat dengan jelas berlakunya candle pattern bearish engulfing yang menunjukan petanda harga mungkin akan menurun.
Trendline Breakout
Breakout juga boleh berlaku pada trendline. Breakout berlaku apabila harga telah berjaya bergerak melebihi paras kawasan trendline kita.
Apabila situasi ini berlaku paras trendline kita akan berubah, contoh, jika trendline sebelum ini adalah level resistance, tapi selepas berlakunya breakout ia akan berubah menjadi support.
Jika anda lihat gambar carta di atas, kita dapat lihat berlakunya breakout dari kawasan resistance trendline dan harga kembali pada trendline tersebut dan ia bertahan sebagai support sebelum harga mula berubah arah gerakan kepada menaik.
Contoh Lukis Up Trendline
Ini adalah contoh untuk up trendline pula.
Kita bermula dengan menggenal pasti dua titik swing low pasaran yang berlaku, satu adalah Low dan satu lagi adalah Higher Low, kemudian kita sambungkan dua titik tersebut menggunakan alat trendline.
Kemudian kita dapat lihat setiap kali harga kembali pada paras trendline tersebut ia bertahan sebagai support.
Tapi tidak lama kemudian harga berjaya membuat breakout daripada support trendline itu dan trendline tersebut berubah daripada support ke resistance.
Soalan Lazim
Time Frame Mana Bagus Untuk Lukis Trendline?
Di mana-mana time frame adalah bagus untuk tanda trendline, cuma anda perlu ingat lagi tinggi time frame yang digunakan, lebih penting trendline tersebut. Contoh trendline di time frame M15 tidak begitu penting untuk time frame H1.
Trendline Ini Berkesan Ke?
Trendline digunakan oleh trader untuk memberi idea yang baik tentang arah trend semasa pasaran. Ketahui arah trend adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menjadi trader yang berjaya.
Siapa Guna Trendline?
Trendline adalah sebuah alat teknikal analisa yang digunakan oleh trader pakar dan juga pemula.
Trendline vs SnR Mana Lagi Bagus
Kedua-duanya adalah cara analisa teknikal yang bagus buat trader, kedua-dua memberi petunjuk dimana kemungkinan harga mungkin akan berubah arah. Jika digunakan dengan betul ia dapat membantu trader dalam analisa mereka.
Kesimpulan
Begitulah cara untuk gunakan trendline dalam analisa anda. Bermula dengan mengenali dua titik swing pasaran dan kemudian sambungkan dua titik tersebut menggunakan alat trendline.
Untuk jadikan analisa trendline kita lebih kukuh atau untuk tahu jika aras trendline itu akan bertahan atau tidak adalah dengan lihat jika berlakunya candlestick pattern apabila harga telah kembali ke garis trendline tersebut.
Tapi satu perkara yang anda perlu ingat adalah trendline ini hanya boleh digunakan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan trending, jika pasaran sedang berada dalam keadaan sideways atau pasaran bergerak dalam keadaan yang tidak menentu maka trendline tidak dapat membantu dalam analisa.