Apa itu Pip dan Piptette Dalam Forex

Mungkin anda pernah terdengar trader katakan “20 pip” atau “100 pip” dan saya pasti ramai yang dengar perkataan itu buat pertama kali akan berfikir “bahasa apa mereka cakap ni?”.

Tapi jangan risau selepas habis bacaan ini anda akan paham maksud pip itu sebenarnya.

Tahu cara baca serta kira pip amatlah penting dan wajib tahu sebagai seorang trader forex.

Apa Itu Pip dan Pipette

Cara baca pip dalam forex

Pip adalah unit kiraan untuk menyatakan perubahan nilai dalam sesebuah pair mata wang.

Contoh, jika harga semasa pair EUR/USD begerak dari 1.2400 ke 1.2401 itu bermaksud nilai kenaikan atau perubahan adalah sebanyak 0.0001(satu pip).

Kalau perubahan sebanyak 0.0005 itu adalah perubahan sebanyak 5 pip.

Kebanyakan pair mata wang biasanya guna 4 titik perpuluhan, satu pip = 0.0001, jadi bila anda dengar saja trader sebut perkataan “pip” mereka bermaksud perubahan harga nilai sesebuah pair mata wang tersebut.

Pipette

Apa pula Pipette?

Panggilan Pipette merujuk kepada perubahan harga juga sama seperti pip cuma nilainya lebih kecil berbanding pip.

Apa itu pipettes

Sesetengah broker menggunakan 5 titik perpuluhan berbanding 4 titik perpuluhan seperti contoh di pip.

Tapi konsep mereka masih sama saja, ia bermaksud perubahan nilai harga pada pair mata wang.

Setiap 0.00001 persamaan dengan 1 Pipette dan setiap 10 Pipette adalah 1 pip.

Sebagai contoh pair USD/CAD berubah dari 1.30016 kepada 1.30017, itu adalah perubahan sebanyak 0.0001 atau 1 pipette.

Pipette juga di panggil sebagai point. Setiap 10 point persamaan dengan 1 pip.

Pair JPY

Kesemua contoh sebelum ini menunjukan nilai pip untuk pair yang mempunyai 4 dan 5 titik perpuluhan, tapi bagaimana pula untuk pair JPY?

Kiraan pip untuk pair JPY

Sebelum ini anda sudah lihat 0.0001 adalah persamaan dengan satu pip. Untuk mana-mana pair JPY pula ianya setiap 0.01 persamaan dengan 1 pip.

Soalan Lazim

Apa Maksud Pipette

Pipette adalah pecahan untuk pip, 0.00001 adalah 1 pipette dan setiap 10 pipette persamaan dengan 1 pip. Pipette juga dipanggil sebagai “point” oleh trader.

Berapakah Nilai Setiap 1 Pip

Untuk kesemua major pair, setiap 1 pip persamaan dengan $10 USD jika saiz lot yang digunakan adalah 1 standard lot saiz.

Nilai $1 USD dalam pip

Jika saiz lot yang dibuka adalah 1 standard lot, maka setiap 0.00001(1 pipette) adalah persamaan dengan $1.

Apa Makna Pip

Makna pip adalah “percentage in point” yang menunjuk ukuran perubahan harga dalam pair forex.