PENNANTS CHART PATTERN

Pennant adalah salah satu continuation chart pattern dan ia kelihatan seperti flag pattern tapi rupa ia adalah bentuk segi tiga dan ia dipanggil sebagai “pennant” dan ia boleh berlaku di pergerakan pasaran downtrend ataupun uptrend.

Mari kita lihat macam mana bentuk pattern ini berlaku serta bagaimana cara untuk trade pattern pennants ini.


Pengambilan Utama

  • Pennant adalah sebuah continuation pattern yang boleh berlaku di uptrend atau downtrend.
  • Cara terbaik untuk trade pattern ini adalah dengan tunggu harga membuat breakout daripada pennant.
  • Pennant kelihatan sama seperti pattern symmetrical triangle.

Apa Itu Pennant Chart Pattern?

Contoh Rupa Bentuk Pattern Pennant

Pattern pennant antara pattern yang kerap berlaku dalam pasaran dan ia berbentuk hampir seperti flag atau segi tiga(triangle) di mana garisan trendline makin lama bergerak makin rapat antara satu sama lain atau dalam erti kata lain ia semakin mengecil.

Ianya dianggap sebagai pattern continuation maksudnya ia adalah corak pergerakan pasaran yang menunjukkan ciri-ciri bahawa pasaran mungkin akan meneruskan pergerakan ke arah trend sebelumnya.

Trader menggunakan pattern ini sebagai tanda-tanda potensi untuk memasuki pasaran apabila harga membuat breakout daripada kawasan pennant tersebut.

Bullish Pennant

Bullish Pennant Pattern Di Chart Live

Bullish pennant berlaku selepas pergerakan harga yang kuat dan terhasilnya fasa pertama pattern ini iaitu pole, kemudian harga akan mula berehat dan bergerak secara perlahan buat seketika dan ini akan menyebabkan pasaran bergerak dalam keadaan sideways.

Aras trendline resistance dan juga aras support makin mula rapat diantara satu sama lain yang membuatkan terjadinya corak pennant, akan berlakunya breakout dahulu sebelum harga sambung semula bergerak ke arah trend pasaran.

Tetapi sekiranya harga membuat breakout ke bawah terdapat kemungkinan apa yang berlaku adalah pattern symmetrical triangle kerana kedua-dua pattern ini kelihatan sama. Jadi trader perlu tunggu kepastian sehingga ada berlakunya breakout yang menunjukkan harga akan sambung bergerak ke arah trend.

Bearish Pennant

Chart Bearish Pennant Pattern

Bearish pennant hanya berlaku di pergerakan downtrend, dan ia bermaksud harga berpotensi untuk bergerak lebih rendah lagi selepas berlakunya breakout ke bawah.

Cara Trade Pattern Pennant

Target Pennant

Kaedah untuk trade pattern pennant adalah konsep yang sama seperti trade pattern flag.

Jika harga sudah membuat breakout dari pattern, sasaran kita adalah sama seperti jarak pole.

Jika jarak pole adalah 50 pip, maka pergerakan continuation yang kita jangkakan juga adalah 50 pip. Tapi perlu ingat juga harga boleh bergerak kurang atau lebih daripada sasaran.

Jadi pastikan untuk amalkan penjagaan risiko yang bagus.

Satu perkara lagi anda perlu ingat adalah, apabila trade pattern continuation ia disarankan untuk hanya mencari breakout yang berlaku mengikut arah trend sahaja, contoh jika ianya adalah pergerakan uptrend maka hanya tunggu peluang apabila harga membuat breakout ke atas.

Jika harga pecah kawasan pattern ke arah yang bertentangan, dinasihatkan untuk jangan cuba trade pair tersebut dan lihat peluang pada pair yang lain.

Kesimpulan

Pattern Pennant adalah sebuah pattern yang dapat memberi gambaran kepada para trader tentang potensi arah pergerakan pasaran.

Dengan mengenal pasti pattern ini trader boleh tunggu sehingga berlakunya breakout sebelum memasuki pasaran untuk tangkap pergerakan arah trend.

Tetapi itu tidak bermakna trader boleh trade hanya menggunakan pattern ini dalam analisa mereka, ianya lebih baik jika digabungkan bersama-sama kaedah analisa teknikal yang lain untuk meningkatkan kepastian trader tentang arah pasaran secara keseluruhan.