MOVING AVERAGE INDICATOR

Dapat mengenali arah trend adalah amat penting sebagai trader, kita boleh lihat swing harga untuk tahu arah trend semasa, tetapi kita boleh juga gunakan indicator seperti moving average untuk mudahkan proses ini.

Indicator moving average atau MA adalah antara indicator yang selalu digunakan trader, ia adalah sebuah indicator yang bagus untuk mengenali arah trend semasa dan boleh juga diguna sebagai aras potensi support dan resistance.


Pengambilan Utama

  • Moving average adalah indicator yang digunakan untuk mengenali arah trend pasaran dan boleh juga digunakan sebagai aras SnR.
  • MA adalah indicator yang paling kerap digunakan oleh trader.
  • Antara tetapan period Moving Average yang biasa digunakan adalah 20, 50, 100 dan 200.
  • Terdapat 4 jenis moving average, tapi EMA dan SMA adalah yang paling banyak digunakan oleh trader.

4 Jenis Moving Average

Ada 4 jenis method moving average:

  1. Simple Moving Average(SMA)
  2. Exponential Moving Average(EMA)
  3. Smoothed
  4. Linear Weight

Tapi dalam kesemua jenis tersebut hanya dua yang kerap digunakan trader iaitu SMA dan EMA.

Jadi apakah perbezaan diantara EMA dan juga SMA?

Simple Moving Average

Simple Moving Average SMA Di Chart
Rupa Simple Moving Average Indicator

Simple moving average bermaksud ia mengambil paras harga tutup sebelumnya dan memberi kiraan jangkaan gerakan harga akan datang.

Contoh, kalau anda trade guna time frame 1 hour dengan menggunakan moving average period 10, jadi ia akan ambil paras harga tutup(Closing Price) 10 jam sesi trading yang lepas dan campurkan kesemuanya sekali kemudian bahagi dengan nilai period, dalam contoh ini ia adalah 10.

Daripada formula kiraan tersebut terhasilnya garis simple moving average.

Walaupun anda tidak perlu ingat formula itu, tapi ianya bagus untuk paham cara asas indicator ini tercipta.

Exponential Moving Average

Indicator EMA Di Chart
Exponential Moving Average

EMA memberikan lebih kepentingan kepada data harga terkini.

Di bawah adalah formula untuk EMA::

EMA = Closing price x multiplier + EMA(hari sebelumnya) x (1-multiplier)

SMA vs EMA

Apakah perbezaan SMA dan EMA, jika kita lihat cara kiraan mereka sememangnya berbeza tapi bila kita lihat di chart ia kelihatan hampir sama.

SMA vs EMA

Walaupun kelihatan seperti sama saja, exponential moving average lebih sensetif kepada perubahan pergerakan harga berbanding dengan simple moving average.

Kedua-dua SMA dan EMA mempunyai kelebihan dan juga kekurangan mereka tersendiri.

  • SMA – Kelebihan Simple Moving Average mungkin kurangnya berlaku false signal, tetapi signal untuk buy atau sell lagi lambat kerana pergerakan simple moving average lebih perlahan.
  • EMA – kelebihan Exponential Moving Average dapat beri signal buy atau sell dengan lebih cepat, tetapi boleh berlaku banyak false signal kerana ia lebih sensetif dan mudah mengikut pergerakan harga.

Plot Moving Average Di Chart MT4

Untuk masukkan indicator MA di chart di platform MT4, anda perlu ke paparan navigator dan cari “Moving Average” di dalam katagori Trend.

Atau anda boleh juga guna ikon indicator untuk lebih mudah dan pantas.

Selepas itu anda akan nampak paparan untuk mengubah tetapan MA ikut kemahuan anda. Boleh tekan butang Ok.

Cara Guna Moving Average Dalam Forex

Saya ingin berkongsi dengan anda 3 cara untuk gunakan indicator MA ini dalam forex trading.

1) Guna Moving Average Untuk Kenali Arah Trend

Kaedah ini mungkin cara yang paling mudah sekali, kita guna indicator MA untuk kenali arah trend pasaran semasa.

Untuk guna cara ini, anda perlu guna 3 jenis indicator SMA dengan tetapan period yang berbeza.

  • SMA 50
  • SMA 100
  • SMA 200

Ini adalah tetapan yang selalu digunakan oleh trader untuk tahu arah trend pasaran untuk jangka masa panjang.

Jika anda lihat rajah di atas, kita dapat lihat dengan jelas bahawa pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend di mana, SMA 100 berada di atas SMA 200 dan SMA 50 berada di atas SMA 100.

Dengan tahu maklumat itu, maka kita hanya ingin fokus kepada cari peluang potensi untuk buy sahaja, kerana arah trend keseluruhan adalah menaik.

Rajah di atas tunjuk contoh pasaran downtrend. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa SMA 50 berada di bawah SMA 100, dan SMA 200 berada di atas 100.

Jadi kita hanya fokus pada peluang potensi sell sahaja.

Tapi harga tidak sentiasa bergerak dalam keadaan trend. Jika harga sedang bergerak secara mendatar, moving average biasanya akan bergerak secara bersilang antara satu sama lain dan kita tidak akan dapat nampak arah trend dengan jelas.

Jika anda jumpa keadaan seperti ini, ia dinasihatkan untuk tunggu sehingga harga bergerak dalam arah trend yang jelas atau trade pada pair mata wang lain.

2) Guna Moving Average Sebagai Level SnR

Satu lagi cara kita boleh gunakan indicator MA ini sebagai aras support dan resistance.

Apa yang bezanya adalah aras SnR yang biasa terdiri daripada garisan yang lurus. Tapi MA disebabkan pergerakan moving average ikuti pergerakan harga maka ia lebih fleksibel.

Guna Moving Average Sebagai SnR

Contoh di atas menunjukan aras SMA 10 itu bertahan sebagai support, setiap kali harga menyentuh kawasan MA itu harga akan bergerak lebih tinggi.

Rajah di atas tunjuk aras SMA itu bertahan sebagai resistance.

Moving Average False Breakout

Kelemahan kaedah ini adalah, apabila anda membuat backtest dengan strategi ini anda akan nampak berlakunya false signal agak banyak.

Jadi ada ke cara untuk selesaikan masalah ini?

Dua Garis Moving Average

Cara terbaik adalah dengan menggunakan 2 indicator moving average. Rajah di atas tunjuk contoh bila kita tambah lagi satu SMA pada chart.

Walaupun harga telah bergerak melebihi aras 10 SMA tapi harga masih berada dibawah 20 SMA. Ia ibarat menjadi sebuah kawasan SnR diantara 10 SMA dan 20 SMA.

3) Moving Average Crossover

Ini adalah cara untuk ketahui jika trend sudah ingin berubah arah(reversal). Signal ini berlaku apabila 2 moving average(atau lebih) mula bersilang antara satu sama lain yang menunjuk kemungkinan pasaran akan berubah arah.

MA Bullish Crossover

Anda dapat lihat dengan jelas berlakunya persilangan diantara 2 moving average dan tidak lama kemudian harga membuat perubahan arah ke uptrend.

MA Bearish Crossover

Situasi yang sama, cuma perubahan daripada uptrend kepada downtrend.

Tapi trading menggunakan moving average sahaja tidak mencukupi kerana kita pasti akan bertembung dengan keadaan pasaran seperti di bawah.

MA Crossover False Signal

Sebab itu kita tidak boleh bergantung hanya kepada satu indicator sahaja, kita perlu gabungkan dengan teknik teknikal analisa yang lain untuk mencipta sebuah strategi trading.

Soalan Lazim

Period Berapa Yang bagus Untuk Moving Average?

Period 20, 50, 100 dan 200 adalah antara period yang selalu diguna untuk kenali arah trend pasaran jangka masa panjang.

Boleh Ke Trade Guna Moving Average Saja?

Indicator moving average bagus untuk megenali arah trend tapi ia tidak disarankan untuk hanya membuat keputusan trade berdasarkan satu indicator sahaja, anda perlu mempunyai gabungan beberapa buah indicator yang lain untuk membuat keputusan trading yang lebih efektif.
Sebuah trading stretegi yang bagus pasti memiliki komponen untuk kenali arah trend, tahu di mana nak masuk dan keluar trade, serta pengurusan risiko yang bagus.

Mana Lagi Bagus EMA atau SMA?

Kedua-duanya adalah bagus ia bergantung kepada strategi anda. Cuba untuk lakukan backtest untuk tahu yang mana lebih sesuai dengan strategi yang anda gunakan.

Kesimpulan

Moving average adalah sebuah indicator yang bagus dan sangat membantu trader untuk ketahui arah trend pasaran. Bukan itu saja, MA juga boleh digunakan sebagai aras support dan resistance.

Walaupun indicator MA ini mempunyai potensi yang bagus, tapi ia amat disarankan untuk tidak membuat keputusan trading hanya berdasarkan satu indicator ini sahaja.

Sebuah strategi trading yang bagus mempunyai gabungan beberapa teknik analisa yang lain.