Kenali Diri Anda Sebagai Trader


Terdapat pelbagai jenis trader, ada trader yang hanya pegang posisi trade mereka dalam jangka masa pendek, ada yang jenis pegang posisi trade mereka untuk jangka masa panjang.

Ramai trader jangkakan yang prosess ini hanya membuang masa, tetapi sebenarnya ianya amat penting untuk kita tahu yang diri kita ini trader jenis apa.

Kebanyakan trader akan memilih cara trading strategy tersebut hanya sebab mereka nampak ada orang lain guna strategy tersebut dan berjaya.

Mungkin orang tersebut berjaya disebabkan strategy itu sesuai dengan diri dia tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan anda.

Jika ianya semudah itu sudah ramai dah trader yang berjaya di luar sana tetapi malangnya dalam industri ini lebih daripada 95% trader gagal dan salah satu sebabnya adalah kerana mereka pilih strategy trading yang tidak sesuai dengan mereka.

Macam mana nak tahu strategy yang sesuai?

Saya tidak boleh suruh anda untuk jadi seorang swing trader dan pegang posisi trade selama beberapa hari atau minggu, kerana ia mungkin tidak sesuai dengan anda.

Pada awal-awal saya mula trading dulu saya tidak tahu saya ini trader jenis apa jadi saya perlu banyak meneroka sambil “try & error” untuk jumpa cara trading yang sesuai dengan saya.

Cara tersebut tidak salah tetapi ianya akan makan lebih banyak masa dan duit serta boleh ambil masa bertahun lamanya.

Jadi saya ada sediakan beberapa soalan atau quiz di bawah dimana anda boleh jawab soalan tersebut untuk ketahui anda ini trader jenis apa.

Sila jawab soalan tersebut dengan jujur supaya anda dapat jawapan yang lebih tepat.

[adrotate group=”4″]

Quiz anda trader jenis apa

0%

Pernyataan manakah yang paling sesuai untuk anda ketika bertanding?

Pada masa lapang, apa yang paling anda gemari?

Sekiranya anda diberi RM1000, yang manakah antara berikut yang akan anda lakukan dengan duit tersebut?

Pasukan sukan kegemaran anda jauh ketinggalan pada separuh masa permainan, apa yang harus dilakukan oleh jurulatih?

Di tempat kerja, jika anda menyelesaikan satu projek lebih awal dari tarikh akhir yang dijadualkan, apa yang akan anda lakukan dengan masa lapang tambahan tersebut?

Dalam suasana majlis, perihalan berikut yang manakah paling sesuai dengan anda?

Mana diantara kerjaya tempat kerja berikut yang paling anda suka?

Bagaimana anda biasanya trade ketika acara seperti nonfarm payrolls (NFP)?

Quiz anda trader jenis apa
Taniah anda adalah seorang Scalping Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Intraday/Swing Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Position Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:

Share your Results:

Adakah anda sudah jawab soalan quiz tersebut dan sudah tahu anda trader jenis apa?

Sila lihat dibawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan jenis-jenis trader:

Scalping: Scalping adalah trader yang mencari peluang untuk jangka masa pendek, motifnya adalah untuk menggambil keuntungan yang kecil dan trader scalper biasanya akan membuka berpuluh posisi trade dalam sehari.

Posisi trade mereka biasanya hanya kekal dalam beberapa minit sebelum mereka tutup posisi trader tersebut, jadi mereka lebih bergantung kepada kuantiti dari profit kecil-kecilan tersebut akan berkembang menjadi besar.

Sekiranya anda adalah trader jenis scalping, anda tidak mempunyai kesabaran untuk memegang posisi trade buat jangka masa yang panjang.

Anda lebih suka apabila pasaran bergerak pantas, kadang-kadang berdagang di sekitar pengeluaran berita utama yang berpotensi memberikan pergerakan yang besar dalam jangka waktu yang sangat singkat.

Disebabkan itu trader scalping perlu pantas membuat keputusan dan perlu kerap melihat chart untuk mencari peluang trade kerana mereka biasanya trade di time frame yang kecil seperti 1 minit atau 5 minit.

[adrotate group=”2″]

Intraday/Swing: Intraday atau Swing trader adalah seseorang trader yang biasanya tidak kesah untuk tinggalkan posisi trading mereka selama beberapa jam hingga beberapa hari.

Intraday biasanya akan memegang posisi trade mereka tidak melebihi 1 hari, manakala swing trader biasanya akan pegang posisi trade mereka melebihi beberapa hari hingga berminggu.

Sekiranya anda trader jenis ini, anda lebih suka kepada aspek analysis market seperti mencari corak dan memanfaatkannya dalam trading anda.

Oleh kerana anda meletakkan lebih sedikit perdagangan setiap hari atau mingguan, kerugian boleh memberi lebih banyak kesan pada jiwa anda, jadi mengingati tujuan jangka panjang anda dan tetap mematuhi kepada trading plan anda adalah mustahak.

Position Trade: Seorang position trader memikirkan untuk jangka masa yang lebih lama daripada kebanyakan trader lain, position trader juga digelar sebagai “investor”.

Mereka mencari peluang untuk membuat keuntungan untuk jangka masa panjang jadi mereka tidak begitu kesah jika hasil keuntungan mereka datang lewat sedikit.

Position trader biasanya mempunyai tahap keyakinan yang sangat kuat dan releks kerana mereka biasanya memegang posisi mereka selama berbulan dan kadang-kadang bertahun.

Biasanya cara mereka analisa market lebih kepada fundamental analysis berbanding teknikal analysis dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu semasa seperti isu politik dan ekonomi sesebuah negara.