Back to: Trading Psikologi dan Mindset
Kita akan bermula dengan ketahui apakah matlamat anda dalam trading ini.
Apakah sebab anda ingin mula ceburi bidang trading ini?
Apa yang membuatkan anda sanggup untuk ambil risiko dan mula trading?
Adakah sebab mahukan duit yang banyak ataupun sebab kebebasan atau nak tambah pendapatan bulanan anda atau sebab lain?
Saya mahu anda ambil sehelai kertas dan tulis kesemua sebab kenapa anda mahu ceburi bidang ini.
Selepas anda sudah tulis sebab-sebab utama kenapa anda mula ceburi bidang ini saya mahu anda tulis pula kenapa anda mahukan benda tersebut?
Contoh katakan salah satu sebab kenapa anda ceburi bidang ini adalah disebabkan mahu menjana duit dari trading, tulis kenapa anda mahu jana duit dari trading, atau mungkin anda mahukan kebebasan, jadi sebab apa anda mahukan kebebasan tersebut?
[adrotate group=”2″] |
Saya bagi contoh, antara sebab saya mula trading adalah sebab mahu menjana duit.
Sebab apa Saya mahu jana duit dari trading, kerana untuk membantu kurangkan beban keluarga saya pada masa yang sama trading ini boleh buat pada bila-bila masa.
Itu antara salah satu sebab kenapa saya mula ceburi bidang ini, lagi mendalam sebab anda lagi bagus.
Pastikan kita jujur dengan diri kita sendiri ketika menulis tujuan dan juga matlamat tersebut, sebab apa dan kenapa anda mahu capai matlamat tersebut.
Kenapa menulis matlamat kita ini penting dan macam mana ia dapat bantu dalam trading kita?
Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Gail Matthews, seorang profesor psikologi di Dominican University of California, menunjukkan kekuatan sebenar apabila kita menulis matlamat kita.
Dr. Gail Matthews telah menggumpul sebanyak 267 peserta, tetapi hanya 149 peserta menamatkan kajian tersebut.
Kesemua peserta tersebut terdiri daripada lelaki dan wanita, berumur dari 23 hingga 72 tahun dari seluruh dunia dan juga dari pelbagai jenis lapisan masyarakat: Usahawan, pendidik, artis, peguam, pegawai bank, dan lain-lain.
Mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Satu kumpulan tidak perlu mencatat matlamat mereka tatapi hanya bayangkan sahaja, dan kumpulan lain, mereka akan menulis matlamat mereka.
Untuk pendek cerita, peserta yang mencatatkan matlamat mereka lebih cenderung untuk mencapai matlamat mereka jauh lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang tidak mencatat matlamat mereka.
Antara sebab lain kelebihan menulis matlamat kita adalah:
– Meningkatkan Motivasi
Apabila anda menuliskan matlamat dan impian, motivasi anda untuk mencapainya akan meningkat.
Tetapi, jika anda hanya menuliskan matlamat dan tidak bertindak, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Jika anda tidak bersemanggat untuk capai matlamat tersebut ianya mungkin disebabkan matlamatnya tidak cukup menarik untuk anda. Tidak ada niat di sebalik mencapai matlamat tersebut.
Untuk terus bermotivasi, ianya penting untuk menetapkan matlamat yang menarik dan kemudian bertindak untuk capai matlamat tersebut.
Menulis matlamat serta meninjau kemajuan anda dari masa kesemasa, kemudiannya meletakkan langkah tindakan seterusnya akan membantu anda untuk terus kekal bermotivasi.
– Dapat tumpukan Usaha
Dengan menulis matlamat ia dapat membantu kita untuk kekal fokus kepada matlamat tersebut.
Tanpa tujuan yang jelas kita akan melompat dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain dan lebih mudah terganggu.
– Peringatan
Apabila kita mula menuliskan matlamat, ia akan memasukkannya ke dalam fikiran kita.
Ianya sangat penting, kerana apabila tujuan atau matlamt tersebut tertanam kuat di dalam fikiran kita, matlamat tersebut menjadi lebih mudah untuk diingati.
Kerana perjalanan untuk menjadi seorang trader itu tidak mudah kita akan lalui banyak halangan serta rintangan dan dari masa kesemasa kita akan berasa seperti mahu mengalah.
Tapi jika kita ingat tentang matlamat kenapa kita mahu mula trading dahulu ia akan membantu kita untuk kekal semangat.
Jadi, lagi mendalam sebab anda dan anda tahu kenapa anda mahu capai sesuatu matlamat tersebut, anda akan lagi bersemanggat untuk berusaha mencapainya.
Selepas sudah tulis apa matlamat anda, letakan kertas tersebut dekat tempat yang lebih mudah untuk anda nampak.
Sebagai contoh letak di sebelah komputer anda ataupun boleh tampal di cermin atau pintu dimana anda sentiasa dapat melihat matlamat tersebut.