ROLLOVER/SWAP

Apa Itu Rollover Dalam Forex Trading

Rollover juga dikenali sebagai “swap“, ia adalah sebuah caj faedah(interest), caj ini dikenakan kepada trader yang memegang posisi trading mereka dalam tempoh semalaman.

Caj ini dikenakan ketika waktu sesi pasaran New York telah tutup dan bermulanya waktu sesi pasaran Asia.

Jadi katakan anda ada buka posisi trade pada jam 3 pagi contohnya dan pada jam 5 pagi(waktu sesi pasaran Asia bermula) posisi tersebut masih aktif, anda tetap akan dikenalan caj rollover walaupun posisi tersebut baru dibuka 2 jam lepas.

Terdapat 2 jenis rollover yang anda patut tahu:

  • Positive Rollover: Dimana pihak broker akan membayar faedah kepada trader untuk posisi trade yang sedang aktif. Biasanya akan dimasukan ke baki akaun trading trader.
  • Negative Rollover: Trader yang perlu membayar faedah untuk membawa posisi trade tersebut keesokan harinya. Caj itu akan ditolak melalui baki akaun trading.

Cara Elak Rollover

Walaupun caj rollover ini biasanya kecil saja(melainkan anda trade dengan saiz lot besar), tapi dalam tempoh jangka masa panjang ia dapat memberi kesan yang ketara lagi-lagi buat trader jenis swing yang akan pegang posisi trade mereka berhari atau berminggu lamanya.

Jadi ada ke cara untuk elak dari kene caj rollover ini?

Cara untuk elak kene caj rollover adalah dengan pastikan tutup semua posisi trade yang sedang aktif sebelum jam 5 pagi.

Tapi cara itu mungkin agak menyusahkan sedikit kerana mungkin anda terlupa masih ada posisi trade masih aktif atau mungkin juga anda adalah seorang swing trader, maka perlu pegang posisi trade itu untuk tempoh masa panjang.

Sekarang ini ada sesuatu yang di panggil sebagai “Islamic Akaun” atau “Swap Free Akaun” dan akaun ini ditawarkan buat trader yang beragama Islam.

Jenis akaun ini ditawarkan kebanyakan broker buat mereka yang tidak boleh dikenakan caj bayaran faedah.

Bergantung juga kepada broker yang dipilih, sesetengah broker ada meletakan syarat kepada pemilik akaun swap free ini seperti tidak boleh pegang posisi trade melebihi 8 hari, ada juga yang tidak boleh melebihi 14 hari.

Anda perlu hubungi pihak broker untuk tanya tentang apakah syarat-syarat untuk swap free atau islamic akaun mereka.

Soalan Lazim

Apa Itu Swap

Swap adalah sebuah caj yang pihak broker kenakan kepada trader yang memegang posisi trade melebihi waktu sesi dagangan harian.

Cara Elak Dari Kena Swap

Anda boleh elak daripada kena caj swap ini dengan menggunakan akaun jenis Islamic atau akaun bebas swap. Bergantung kepada broker yang digunakan mereka mungkin menetapkan syarat untuk trader yang menggunakan akaun jenis bebas swap.