FLAG CHART PATTERN

Flag pattern adalah antara chart pattern yang mudah untuk dikenal pasti dan ia adalah pattern kegemaran kebanyakan trader termasuk saya.

Bullish dan Bearish Flag Pattern

Nama dia “flag” adalah kerana rupa bentuknya seperti rupa bendara pada tiang dan pattern ini adalah pattern continuation maksudnya ia adalah pattern yang berlaku sebelum harga bergerak ke arah trend pasaran semula.


Pengambilan Utama

  • Flag pattern adalah chart pattern continuation, ia berlaku apabila harga berehat seketika sebelum pasaran bergerak semula ke arah trend sebelumnya.
  • Flag pattern boleh berlaku pada uptrend(bullish flag) dan downtrend(bearish flag).
  • Pattern flag terdiri daripada 3 benda, flag pole, the flag dan continuation.

Ciri-ciri Flag Pattern

1) Flag Pole

Flag pole berlaku apabila harga bergerak secara kuat dan laju, ia boleh jadi pergerakan awal mulanya trend pasaran.

2) The Flag

Ia adalah ciri-ciri utama dalam pattern ini dan ianya adalah pattern itu sendiri yang kelihatan seperti bendera.

Pergerakan ini berlaku selepas pergerakan yang kuat(flag pole) dan harga berehat seketika dengan bergerak secara perlahan atau membuat pullback kecil.

Apa yang anda perlu ingat, lagi lama harga berehat atau bergerak perlahan selepas berlakunya flag pole, lebih kuat atau agresif pergerakan continuation pattern tersebut.

3) Continuation

Ini adalah fasa terakhir dalam pattern ini dan ianya adalah pergerakan selepas berlakunya “corak flag“, dalam erti kata lain, harga kembali bergerak ikut arah trend asal.

Satu perkara juga yang anda perlu ingat, jarak continuation biasanya akan sama seperti jarak flag pole.

Contoh, jika flag pole bergerak sebanyak 80 pips, maka jarak continuation juga kemungkinan akan bergerak sampai 80 pips juga.

Bullish Flag Pattern

Tapi ia tidak semestinya sentiasa sama, akan ada situasi dimana harga boleh bergerak melebihi jarak tersebut. Maka cara terbaik adalah dengan menggunakan trailing stop untuk cuba ikuti arah trend hingga ke penamatnya.

Bearish Flag Pattern

Bearish Flag Pattern

Pattern bearish flag hanya berlaku ketika pergerakan downtrend, dan ia bermaksud harga mungkin boleh sambung bergerak ke arah penurunan lagi.